KL Juara Buat Ramai Terkejut. Sekali Ada Sesuatu Pulak Annuar Musa Lakukan Pada Paulo Josue Buat Ramai Penyokong KL City Berang.

Kuala Lumpur City (KL City) FC menyempurnakan ‘kisah dongeng’ mereka apabila mengejutkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 untuk merangkul Piala Malaysia ke-100 tahun pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad ‘Warga Kota’ mengucapkan selamat tinggal kepada penantian 32 tahun untuk memenangi piala keagungan itu yang juga gelaran keempat mereka selepas kali terakhir memenanginya pada 1989. Lebih manis, bukan setakat mengesahkan kejuaraan tanpa sebarang kekalahan dalam kempen Piala Malaysia malah mereka juga meraih tiket ke Piala AFC musim depan.

Belum reda isu mengenai tindakannya ‘mengimport’ pasukan gendang dari Kelantan, penasihat Kuala Lumpur City, Annuar Musa sekali lagi melakukan sesuatu yang mencetuskan kontroversi sehingga menimbulkan kemarahan penyokong kelab tersebut.

Ianya berlaku ketika pemain KL City sedang rancak meraikan kejayaan mereka menoktahkan penantian 32 tahun untuk menjulang Piala Malaysia selepas menumpaskan ‘gergasi’ bola sepak tanah air Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sewaktu Paulo Josue sedang memegang trofi kejohanan berprestij tersebut, Annuar secara tiba-tiba mengambil trofi dari tangan kapten pasukan berkenaan dari belakang dan kemudian menjulangnya seorang diri. Ia boleh ditonton dalam video di bawah:

Dari reaksi pemain import Brazil itu juga jelas kelihatan bagaimana beliau agak terkejut dan ‘kurang senang’ dengan tindakan berkenaan, lantas mahu segera mengambil kembali trofi berkenaan bagi meraikan malam bersejarah bersama rakan-rakannya yang lain.

Kita semua tahu, pentas sukan ini sering dijadikan alat untuk ‘orang politik’ ini menaikkan ‘saham’ mereka, tetapi Menteri Komunikasi dan Multimedia ini terlalu ketara ‘gelojohnya’ mahu mengambil kredit kepada kejayaan pasukan. Bukanlah langsung tidak boleh untuk menyentuh trofi itu, tetapi seeloknya tunggulah pemain-pemain dan pegawai pasukan yang telah mengerah kudrat dan keringat mereka sepanjang musim.

Merekalah yang berjuang bermt1-mt1an di atas padang. Selaku ‘penasihat’ yang hanya duduk di kerusi VIP sepanjang 90 minit perlawanan, hormatilah hasil titik peluh mereka. terlebih dahulu. Keadaan ini pastinya memarakkan lagi api kemarahan penyokong Kuala Lumpur terhadap Annuar dan tentunya desakan agar beliau berundur dari jawatan tersebut semakin kuat.

“Kito Ado Maruah Lagi Boh, Tak Lapar Nak Katok Gende Pasukan Ore Main” – Mesej Penyokong Kelantan Kepada Annuar Musa

Memalukan. Mungkin itulah reaksi pertama penyokong Kelantan ini apabila mendapat perkhabaran tentang tindakan Penasihat Kuala Lumpur City, Annuar Musa yang ‘mengimport’ pasukan gendang dari Kelantan untuk dibawa ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Perkara tersebut disuarakan oleh seorang penyokong The Red Warriors menerusi ciapannya di Twitter yang menganggap ianya seolah-olah membuatkan penyokong Kelantan tiada maruah apabila perlu bergendang untuk pasukan lain selepas tidak layak ke perlawanan akhir.

“Kito ado maruah lagi boh. Takdok pasal nak sokong pasukan ore lain semato pasukan sendiri takleh masuk final. Tak lapar nak katok gende pasukan ore main. Jadi la penyokong yang ada maruah!” ujarnya yang jelas kecewa. Tambahnya lagi, alasan mengatakan pukulan gendang itu dapat menaikkan semangat pemain dan penyokong KL City tidak masuk akal kerana penyokong kelantan sendiri tidak ‘naik semangat’ mendengar paluang gendang ketika menonton di stadium.

Annuar Musa yang pernah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menggunakan alasan bahawa penyokong KL City datang dari seluruh negara dan beliau membandingkan dengan pemain kelab ibu kota itu yang datang dari pelbagai negeri dan juga luar negara.

“Kita bangkit dari bawah dengan sikap yg positif. Pemain KL City ada dari Perak, Kelantan, Selangor, Terengganu hatta luar negara. Kita pasukan ibu kota,pasukan milik semua,” ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia itu dalam akaun Twitternya. Bagaimanapun langkah tersebut bukan sahaja dianggap menjatuhkan maruah penyokong Kelantan, malah penyokong KL City juga telah menyuarakan kemarahan mereka menerusi pelbagai medium.

“Apa kena mengena orang negeri lain duk pukul gendang dekat KL ni. Kau kalau nak tabur bakti pun bukan ini cara dia. KL is KL bro. Nak bagi tiket percuma kau punya pasal. Tapi jangan buat memekak dengan gendang dan kain rentang dari negeri lain. KL yang layak ke Final , orang Kelantan yang penuh side KL. Ini kelakar.” Sumber: semuanya bola

Baru Je Najib Dedah Tidak Akan Terima Katak Politik. Sekali Ada Warganet Yang Tampil Dedahkan Sesuatu Buat Ramai Terkedu.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada rakyat Melaka yang memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat dan memimpin negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Menurutnya, rakyat mahukan kestabilan demi kemakmuran dan bukannya katak-katak politik yang memaksa PRN diadakan di negeri tersebut.

“Satu pilihan raya yang sebenarnya tidak perlu diadakan dan terpaksa dibuat kerana PH (Pakatan Harapan) berkomplot dengan empat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) untuk menarik sokongan daripada kerajaan negeri. Rakyat telah bersuara serta membuat pilihan dan rakyat juga telah menghantar mesej jelas. Pencapaian harus diutamakan dan janji wajib ditepati. Katak-katak politik tidak diterima sama sekali dan rakyat mahukan kestabilan demi kemakmuran,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya pada Sabtu.

Pada Sabtu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan BN memenangi 15 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan sekali gus berjaya membentuk kerajaan di Melaka. Dalam pada itu, Najib turut yakin Melaka akan bertambah baik, stabil dan makmur di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Saya juga ingin menambah di sini bahawa rakyat boleh berpegang kepada janji manifesto BN Melaka dan kita sama-sama usahakannya. Kepada ADUN-ADUN BN dan kepimpinan kerajaan negeri Melaka, mandat telah diberikan oleh rakyat. Buat sehabis baik, tunaikan janji BN dan laksanakan urus tadbir yang cemerlang di Melaka. Melaka telah banyak ketinggalan sejak PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) dan kita perlu kembalikan Melaka ke landasan pembangunan. Melaka juga perlukan pemulihan ekonomi dan urus tadbir kebajikan rakyat yang lebih baik,” katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada akar umbi Pas di Melaka yang turut memberikan sokongan atas dasar dan semangat Muafakat Nasional di kawasan-kawasan tertentu. “Walaupun terdapat perbezaan pendapat dari segi hala tuju bersama pada masa ini, namun ahli-ahli kita semua tidak lupa usaha-usaha dahulu ke arah pembentukan Muafakat Nasional dan hanya mahukan yang terbaik. Persaudaraan yang terjalin atas semangat perjuangan dan keikhlasan tidak akan terputus,” katanya.

Ada Calon Katak Lompat Menang

Menurut sorang warganet, terdapat seorang calon BN yang telah lompat dari PKR berjaya menang dan di terima oleh penduduk Melaka. “Semalam ada 1 je katak menang, dun Rembia. BN punya calon tu katak lompat. Lompat from PKR to UMNO. So untuk cakap rakyat tolak katak lompat tak boleh juga.

Dua kali melompat, calon Barisan Nasional (BN) yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia dimenanginya atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Datuk Jailani Khamis telah dipilih semula oleh pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November lepas. Beliau menang dengan majoriti 860 undi. Pada PRU 2018 lalu, Jailani menang atas tiket PKR dengan majoriti undi 6,773 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Norpipah Abdol yang juga penyandang kerusi itu, dan calon PAS, Rashidi Razak, dalam saingan tiga penjuru.

Calon BN DUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menyediakan enam Aku Janji sendiri, tetapi tidak memasukkan Aku Janji untuk tidak lagi melompat parti. Sumber : Trending Sangat

Najib Saran Laksanakan GST Semula Dengan Segera Apabila Negara Pulih Dari Wabak Covid 19.

[PARLIMEN] BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyarankan supaya sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula dengan segera apabila negara pulih dari Covid-19.

Menurutnya, ia bagi membolehkan negara mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata negara-negara jiran yang kesemuanya melaksanakan cukai GST kini telah berjaya menurunkan cukai korporat mereka ke paras lebih rendah berbanding Malaysia.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini merancang untuk mengurangkan cukai korporat secara berperingkat sehingga ke 17 peratus agar negara lebih kompetitif berbanding negara-negara jiran.

“Hasutan-hasutan bermotif politik yang membawa kepada pemansuhan sistem cukai GST, telah menghalang hasrat kerajaan BN dahulu.

“Selepas tiga tahun dimansuhkan, persepsi rakyat bahawa GST punca utama kenaikan harga barang terbukti tidak benar dan meleset apabila harga barangan asas naik lagi ketara setelah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan,” katanya.

Najib berkata, selain memberi ruang untuk menurunkan cukai korporat dan cukai peribadi, sistem GST yang dipadankan dengan pakej bantuan rakyat sebenarnya memainkan peranan amat penting untuk mengurangkan jurang pendapatan.

“Ini berlawanan dengan propaganda yang menyebabkan sebahagian rakyat termakan hasutan kononnya GST lebih memangsakan pendapatan rendah dan menyebabkan kenaikan harga barangan. Hakikatnya adalah sebaliknya GST menyumbang kepada fiskal kerajaan dan lebihan pendapatan hasil kerajaan itu dipulangkan kepada rakyat terutama sekali golongan B40 dan M40,” katanya.

Beliau berkata, perlu disedari GST adalah cukai penggunaan di mana lebih tinggi perbelanjaan seseorang, lagi tinggi jumlah bayaran GST dan ia membuatkan golongan kaya dan berkemampuan yang berbelanja lebih, akan membayar lebih GST.

“GST juga menyasarkan ekonomi gelap dengan saiznya sebesar RM300 bilion setahun yang sebelum ini terlepas dari membayar apa-apa cukai. Dengan GST, saiz ekonomi gelap dapat dikuncupkan iaitu dianggarkan dari 25 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 10 peratus,” katanya.

Menurutnya, kutipan hasil GST mampu diagih kepada golongan B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbanding nilai GST yang dibayar mereka. “Sebab itu, kita perlu laksanakan semula GST secepat mungkin apabila negara pulih dari Covid-19,” katanya. Sumber: Malaysiapost

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*