“Nanti baby tu dah besar. Dia boleh tengok apa yang orang dah buat dekat dia” Ibu Ini SedlhTengok Anak Kena Hempvk

Selalu bukan kita dengar keluh-kesah pengasuh di taska tentang anak-anak yang dihantar setiap pagi? Mereka bukan sahaja di hantar dalam keadaan belum mandi, malah ada yang masih dengan lampin pakai buang yang penuh.

Malah, ada juga yang menghantar anak mereka dengan pakaian balik dari taska pada hari sebelumnya. Memang benar, pengasuh di taska mempunyai tanggungjawab mereka juga. Ini memang kenyataan yang tak dapat disangkal lagi.

Malah ramai yang berkata ‘Jadi cikgu taska/tadika senang je, jaga budak-budak’ , dianggap mudah, tetapi hakikatnya guru saja yang tahu cabarannya yang sebenar.

Tugas seorang guru bukan mudah tidak kira guru sekolah rendah atau menengah. Pengorbanan insan tersebut yang diperumpamakan seperti sebatang lilin tiada tolak bandingan. Tetapi tugas ini dilihat pada pandangan mata kasar orang lain tugas tersebut hanya mendidik sahaja.

Situasi sebegini juga turut dirasai oleh guru-guru yang mengajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Rata-rata masyarakat yang tidak memahami konsep sebenar Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyangka guru-guru di sini tugasnya hanya menjaga kanak-kanak.

Pandangan masyarakat seperti ini tidak dipersetujui oleh seorang guru yang mengatakan tugas seperti ini begitu hebat dan mencabar apatah lagi mendidik anak-anak seawal seusia bayi hingga 6 tahun.

Dek kerana kesabaran itulah yang membezakan guru-guru ini. Jika tiada sabar maka akan jadi seperti video klip dibawah. Rata-rata ibu bapa sangat marah dengan apa yang buat oleh penjaga tersebut.

Tengok Apa Yang Orang Dah Buat

Seperti yang tular di media sosial hari ini, perkongsian facebook dari seorang ibu Cahaya Naziha Mohd Nhazeri  ini buat ramai rasa sedih serta luahkan rasa marah atas apa yang terjadi.

“Pos dekat sini la sebagai kenangan… nanti baby tu dah besar. Dia boleh tengok apa yang orang dah buat dekat dia. Semoga Allah pelihara anak2 syurga yang lain. Aku selalu tngok dekat anak org ja. Sekali anak aku yang kena.Aku dah cukup baikkkkkkk”

Video kejadian ini tidak dapat dipastikan dimana dirakam dan diambil. Namun apa yang paling penting dalam tugas mendidik ini kesabaran adalah kunci utama. Bukan senang untuk menjaga karenah anak-anak kecil dengan bermacam ragam.

Antara komen-komen netizen,

kredit: Cahaya Naziha Mohd Nhazeri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*