Baru Je Dikritik Gara Gara Tipu Seluruh Malaysia. Sekali Tauke Tampil Nasihatkan Warganet Pulak.

Hampir seminggu mendiamkan diri selepas dikecam melakukan gimik kahwin untuk mempromosikan produk kesihatan, Tauke Jambu akhirnya tampil membuat permohonan maaf. Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 45, berkata, apa yang dilakukan itu sebenarnya ingin mengajar warganet untuk bersabar dan tidak mudah membuat sebarang spekulasi secara tergesa-gesa.

“Saya minta maaf kepada warganet dan orang di luar sana, saya tak ada niat untuk sc4m atau menipu mereka. Ni cara zaman sekarang sebab nak menjana ekonomi. Masing-masing ada cara tersendiri… cuma harap warganet sebelum memberi sebarang komen dan spekulasi kena teliti terlebih dahulu. Ini mengajar kita untuk bersabar dan menunggu segala keputusan baru lah kita tentukan dan komen jangan nak hentam je,” katanya.

Video yang tular sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan warganet.

Biarpun menerima kritikan yang teruk daripada segelintir netizen, Tauke berkata, dia tidak berkecil hati atau mengambil serius dengan pandangan negatif terhadap dirinya. “Saya tak ada simpan apa-apa pun, biasa la lumrah kehidupan ada pasang dan surut. Saya pun tak menyalahkan warganet sebab mereka yang menyokong kita sebenarnya sebab sebagai artis dan selebriti memang memerlukan warganet,” ujarnya.

Saya minta maaf kepada warganet dan orang di luar sana, saya tak ada niat untuk sc4m atau menipu mereka

Ketika ditanya berhubung dengan idea menggunakan isu perkahwinan yang disifatkan keterlaluan dan sensitif, dia berkata tidak ada yang perlu diperbesarkan dan menganggap perkara itu hanya ‘main kahwin-kahwin’. “Pasal isu kahwin tu pula samalah macam zaman kecil dulu mesti ramai pernah main kahwin-kahwin. Jadi macam saya ni baru nak hidup semula selepas banyak lakukan kesalahan, jadi saya ibaratkan diri macam budak main kahwin-kahwin,” ujarnya.

Tauke Jambu mohon maaf, tiada niat mahu tipu satu Malaysia.

Pada 23 November lalu, tular video di TikTok kononnya Tauke Jambu berkahwin sekali lagi dengan seorang wanita bernama Shu sehingga mengundang kritikan dalam kalangan warganet. Beberapa hari kemudian, Tauke memuat naik video penuh yang memperlihatkan dia dan wanita berkenaan melakonkan aksi pernikahan bagi mempromosikan produk ubat kesihatan. Sumber : Mstar

Baru Je Mengaku Hubungan Dengan Isteri Pertama. Sekali Tauke Dedah Ini Hanyalah Iklan Produk.

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba nama pelawak Tauke Jambu menjadi sebutan warganet selepas tular video seorang lelaki miripnya dengan wanita berpakaian serba putih seperti pasangan pengantin.

Tular Rakaman Video Pendek.

Rakaman video pendek memperlihatkan Tauke bersama wanita itu di muat naik oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok sebelum ia dikongsi semula di Instagram.Pemilik TikTok berkenaan turut menulis ucapan tahniah kepada pasangan pengantin dan mendoakan semoga wanita itu bahagia bersama suami tersayang.

“Congratulations Shu nama pengantin perempuan, semoga awak bahagia. Berakhir sudah perjuangan saya… saya harap awak jadi isteri yang baik disamping suami pilihan awak,” kata individu berkenaan.

Usaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 45, tidak berjaya apabila mesej dan panggilan tidak berjawab.Menjengah laman Instagram miliknya, rata-rata warganet meninggalkan komen mahu mendapatkan kepastian mengenai perkara itu.

Jika dilihat pada posting terkini, Tauke memakai baju Melayu teluk belanga putih dipercayai pakaian yang sama dipakainya seperti dalam video yang dikongsikan di TikTok.

“Aku datang sini sebab TikTok! Betul ke Tauke dah kahwin. Alhamdulillah syukur kalau abang Tauke dah kahwin, selamat pengantin baharu.

“Shooting kahwin ke tu? sampai ke sini orang serbu sebab video TikTok,” komen warganet.

Pada tahun 2019, Tauke menafikan dia menc.eraikan isterinya Nadia Mohd Affandi melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp seperti did.akwa isterinya pada Januari tahun itu.

Difahamkan, keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada orang ketiga apabila Tauke dikatakan c.urang dengan seorang wanita. Bagaimanapun, hubungan perkahwinan mereka masih utuh dan menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa. Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina, 3.

Tauke Jambu Beritahu Cerita Sebenar.

AKHIRNYA Tauke Jambu tampi memberi penjelasan selepas video pernikahannya tular di media sosial bersama seorang wanita.Menjawab dakwaan tersebut, dia telah mendapat restu dan keizinan daripada isterinya Nadia untuk berkahwin.

“Pernikahan saya dengan Shu dapat restu daripada isteri saya Nadia.

“Shu juga dah berjumpa dengan isteri saya bekenalan, mereka pun tak ada apa-apa masalah,” katanya

Tauke Jambu mengaku majlis pernikahan cuma iklan jual produk.

Rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa apabila Tauke Jambu mendedahkan perkara sebenar. Sudah menjadi kebiasaan apabila sesetengah pihak menggunakan sesuatu cerita sensasi atau kontroversi untuk membuat marketing bagi melariskan produk.Walaupun ia bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia perniagaan, namun masih ada yang membuatnya dan tetap mendapat perhatian ramai.

Majlis dapat restu isteri

Hal ini samalah seperti yang dilakukan oleh pelawak terkenal, Tauke Jambu apabila mencetuskan tanda tanya sejak awal minggu ini berkaitan majlis pernikahan melibatkan dirinya dan seorang wanita dikenali sebagai Shu.

Sebelum ini, menerusi Mstar, Tauke dan Shu telah tampil menjelaskan hal berkenaan perkahwinan tersebut dan mengakui majlis itu mendapat restu daripada isteri pelawak terbabit.

Cuma gimik perniagaan

Selepas beberapa jam video temubual itu keluar, Tauke mengambil inisiatif mendedahkan hal sebenar dengan memaklumkan tiada sebarang pernikahan pun berlaku dan ia hanyalah gimik untuk satu produk.Perkara tersebut dimuat naik ke Instagram peribadi Tauke dan menjawab segala persoalan netizen berhubung gosip yang bertebaran sejak beberapa hari ini. VIDEO : Klik link

Menurutnya, dia masih belum menambah isteri dan masih setia dengan seorang sahaja pasangan iaitu Nadia Mohd Effendi. Majlis perkahwinan dengan Shu pula hanyalah satu lakonan untuk iklan produk keluarannya.Jadi, di akhir video penjelasan itu, Tauke maminta orang ramai agar lebih bijak dan berhati-hati dalam menilai sesuatu isu viral di media sosial. Sumber: Ohmymedia/Mstar.

Inai Dijari Dan Berpakaian Serba Putih. Video Tiktok Mirip Tauke Jambu Jadi Tanda Tanya Warganet.

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba nama pelawak Tauke Jambu menjadi sebutan warganet selepas tular video seorang lelaki miripnya dengan wanita berpakaian serba putih seperti pasangan pengantin. Rakaman video pendek memperlihatkan Tauke bersama wanita itu di muat naik oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok sebelum ia dikongsi semula di Instagram.

Pemilik TikTok berkenaan turut menulis ucapan tahniah kepada pasangan pengantin dan mendoakan semoga wanita itu bahagia bersama suami tersayang. “Congratulations Shu (nama pengantin perempuan), semoga awak bahagia. Berakhir sudah perjuangan saya… saya harap awak jadi isteri yang baik disamping suami pilihan awak,” kata individu berkenaan. Usaha mStar mendapatkan penjelasan lanjut daripada Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 45, tidak berjaya apabila mesej dan panggilan tidak berjawab.

Menjengah laman Instagram miliknya, rata-rata warganet meninggalkan komen mahu mendapatkan kepastian mengenai perkara itu. Jika dilihat pada posting terkini, Tauke memakai baju Melayu teluk belanga putih dipercayai pakaian yang sama dipakainya seperti dalam video yang dikongsikan di TikTok. “Aku datang sini sebab TikTok! Betul ke Tauke dah kahwin? Alhamdulillah syukur kalau abang Tauke dah kahwin, selamat pengantin baharu.

“Shooting kahwin ke tu? sampai ke sini orang serbu sebab video TikTok,” komen warganet. Pada tahun 2019, Tauke menafikan dia menceraikan isterinya Nadia Mohd Affandi melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp seperti didakwa isterinya pada Januari tahun itu.

Difahamkan, keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada orang ketiga apabila Tauke dikatakan curang dengan seorang wanita. Bagaimanapun, hubungan perkahwinan mereka masih utuh dan menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa. Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina, 3.-Sumber: Mstar.

Hampir 4 Millon View. Akhirnya Pemilik Suara Sebenar Trend Video Tiktok Ini Buat Pengakuan Sebenar.

Baru-baru ini, sudah menjadi ikutan pengguna Tiktok menggunakan video @ahmadsaffuan86 dengan bunyi ‘Di sini rancak, di sana rancak, mana-mana rancak, Berdosa!’ sebagai hiburan malahan ‘trend’ yang diguna pakai tidak kira peringkat usia.

Justeru, menggunakan bunyi ‘mana-mana rancak, berdosa!’ ini pastinya akan menjadikan sesebuah video itu lebih menarik dan mendapat banyak tontonan. Oleh itu, pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah pemilik asal suara tersebut sehingga ianya menjadi ikutan.

Rupanya inilah pemilik suara sebenar

Melihat ‘trend’ yang semakin digilai ini, ternyata empunya suara adalah seorang lelaki yang sedang merakamkan video tersebut di sebuah tempat yang dipenuhi lori besar.

“Sebab video ni lah adik laki aku dok ulang..”

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai yang terkejut dan terhibur apabila mengetahui siapa pemilik sebenar suara yang menjadi ‘trend’ masa kini. Malahan ada yang mengatakan disebabkan video ini, adik lelakinya tidak berhenti menuturkan ayat ni berhari-hari.

“I’m addicted to..”

Ada juga netizen yang mengaku ‘ketagih’ mendengar bunyi yang ‘viral’ ini dan tidak hairanlah ianya menjadi ikutan pengguna di aplikasi ini.

“Pengakuan sebenar mengenai asal usul ayat”

Walaupun pemilik suara sebenar @Ahmad Saffuan beliau mengaku asal usul ayat tersebut bukan daripadanya. Rata-rata warganet memuji tindakkan Ahmad Saffuan kerana menghormati hak milik cipta orang lain. Sumber:Tiktok @AhmadSaffuan86

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*