Terjah Peminat Secara Rawak. Fazura Bagi Amaran Pada Peminat Supaya Berhati Hati Pakai Tudung Jenamanya.

PETALING JAYA – Sebuah video pendek TikTok menyaksikan selebriti kesayangan ramai, Nur Fazura melakukan ‘terjahan’ secara rawak terhadap seorang peminatnya menjadi tular dalam aplikasi berkenaan.

Nur Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 38, mengejutkan seorang peminat dengan mengajaknya merakamkan foto selfie bersama.

“Faz selalu kalau nampak orang pakai tudung Faz, selalunya akan buat terjahan tapi tak tahulah dia kenal Fazura ke tidak.

Dalam pada itu, individu di sebalik akaun tersebut menulis: “Hati-hati bila pakai tudung Fazura! Kena tengok kiri dan kanan. Manalah tahu tiba-tiba.. Faz sendiri yang ajak selfie kan?.”

Selalunya, peminat yang teruja untuk merakamkan gambar bersama selebriti kesayangan mereka dan dalam situasi ini, perkara seperti terbalik dan membuatkan ramai yang terus jatuh hati dengan keperibadian pelakon itu.

Tidak terhenti hanya di TikTok, video berkenaan turut dibawa ke Twitter selepas ditonton hampir sejuta kali dalam aplikasi tersebut.

Thank you pakai tudung saya (ucapan Nur Fazura dalam video). The level of appreciation,” ciap seorang pengguna Twitter.

Seorang pengguna Twitter berjantina lelaki memuat naik satu ciapan menggeletek hari berbunyi: “Esok aku beli dan pakai, kemudian jalan-jalan di sana dengan harapan dapat selfie dengan Fazura.”

Dijual dengan harga serendah RM27 sehelai, Kosmo! Online sebelum ini pernah melaporkan tudung keluaran isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berjaya terjual 80,000 helai dalam tempoh dua jam.

Bukan itu sahaja, difahamkan dalam tempoh berkenaan, jualan jenama yang semakin mendapat tempat dalam hati pengguna itu mencecah RM2.16 juta. – Sumber: K! ONLINE

Semua Koleksi Tudung Jadi Rebutan Sehingga Sold Out. Rakan Dedah Rahsia Disebalik Kejayaan Fazura.

Rakan perniagaan Fazura, Hafiz Nassir berkongsi rahsia aktres tersebut apabila berjaya menjual koleksi tudung sebanyak 200,000 helai dalam tempoh 45 minit di platform beli-belah dalam talian, baru-baru ini.

Menerusi laporan Harian Metro, dia menyatakan rasa kagum terhadap keperibadian dan semangat pelakon berusia 38 tahun itu yang memberi komitmen sepenuhnya dalam setiap perkara dilakukan.

“Apa yang saya nampak dia seorang yang menjaga solatnya. Walaupun sibuk dengan penggambaran yang kadang-kadang memakan masa hampir 10 jam, tapi solat menjadi keutamaannya selain memastikan auratnya sentiasa terjaga. 

“Selain itu, satu perkara yang saya cemburu adalah dia tidak suka berkongsi kebaikan yang dilakukan seperti amalan sedekah…

“atau bantuan yang dihulurkan kepada golongan memerlukan. Seboleh mungkin dia enggan orang ketahui niat baiknya itu,” katanya.

Video:

https://www.instagram.com/p/CUpFCp2g4i4/?utm_source=ig_web_copy_link

Hafiz berkata, suami Fazura iaitu Fattah Amin turut menjadi antara individu yang tidak lekang memberikan sokongan kepada aktres filem J Revolusi itu selain membantu menguruskan perniagaan.

“Bagi saya, dia adalah wanita yang sukakan misteri. Dia tidak akan berkongsi sesuatu projek selagi belum dilancarkan…

“Bagi mengelak segala perkara negatif atau perasaan yang tidak baik. Dia lebih selesa bersaing dengan dirinya sendiri,” ujarnya.Terdahulu, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin berkongsi satu video di laman Instagram meluahkan rasa syukur apabila koleksi terbaharu tudungnya habis dijual dalam masa sejam sahaja.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber: OMM

Ramai Yang Sedih Tak Sempat Beli. Tak Sampai 1 Jam Stok Koleksi Baru Tudung Fazura Sold Out Sekali Lagi.

Pelakon cantik, Nur Fazura, 38 kini dilihat sangat aktif menceburi bidang perniagaan berbanding kembali ke set pengambaran selepas melahirkan puteri sulungnya.

Tudung keluaran aktres tersebut menjadi fenomena dalam kalangan peminatnya sejak kebelakangan ini susulan harga yang berpatutan dan semua golongan mampu membelinya.

Lancarkan koleksi tudung terbaru

Pada Jumaat 5 November 2021, Fazura telah melancarkan satu lagi koleksi dibawah jenamanya dan membuat IG live bagi mempromosikan tudung terbaru keluaran Fazura.

VIDEO:

https://www.instagram.com/tv/CV4yBoQjgE1/?utm_source=ig_web_copy_link

Baru keluar dah habis lagi!

Walau bagaimanapun, dalam perkongsian terbaru isteri kepada aktor Fattah Amin ini, dia memaklumkan yang koleksi tersebut  telah habis licin diborong para peminat di aplikasi pembelian atas talian.

Manakala untuk stok di website jenama Fazura pula, hanya tinggal beberapa helai sahaja lagi yang belum terjual.

VIDEO:

https://www.instagram.com/tv/CV41agsDByL/?utm_source=ig_web_copy_link

Perkara berkenaan sememangnya sudah beberapa kali terjadi sejak pelakon itu memutuskan untuk menjalankan perniagaan tudung mampu milik.

Niat asalnya untuk memastikan para peminat dapat membeli tudung jenamanya nampaknya terlaksana kerana Fazura sendiri pernah mengatakan bahawa semua lapis golongan mampu mendapatkan tudung yang sama dipakai olehnya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai peminat mulai meninggalkan komen di ruangan Instagramnya menyatakan  gagal merebut peluang mendapatkan koleksi terbaru jenama tudung Fazura.

Fazura juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang membeli produk jualannya dan setiasa menyokong perniagaan yang diusahakan sehingga mendapat permintaan ramai.

Sumber: Instagram @missfazura

Fokus sangat buat tutorial hijab. Sekali ada satu benda yang buat Fazura sebak bila lihat wanita ini.

Tudung keluaran pelakon cantik, Nur Fazura sebelum ini pernah tvlar dan ‘s0ld out’ dalam masa beberapa jam sahaja selepas dikeluarkan kerana menawarkan harga yang sangat berpatutan. Selebriti itu juga kini sering membuat video di Instagram mempromosikan jenama tudung dan cara pemakaian yang sering digayakan bagi tatapan para peminat.

Dalam salah satu perkongsian semula warganet di aplikasi TikTok, Fazura dilihat tiba-tiba sahaja s3bak apabila terpandang seorang wanita yang memakai tudung jenama keluarannya ketika membuat live di Instagram. Dia yang ketika itu sedang melakukan tutorial tudung bert3riak sebelum terdiam sebentar dan meng4kui sangat terh4ru dengan apa yang dilihat olehnya.

Perkongsian yang dibuat akaun TikTok @fazurafave itu telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan hanya selepas sehari dimuat naik.

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen memberi respon apabila melihat re4ksi Fazura yang terh4ru ketika produknya digunakan oleh orang awam.

Mereka juga sempat memuji isteri kepada aktor Fattah Amin itu yang berniaga dengan ikhlas agar semua wanita yang berhijab dapat menggayakan tudung keluarannya.

Sumber: OMM via Motifviral

Baru je tular penjual tudung Fazura yang buat macam ni. Sekali Fadilah tampil jelaskan hal sebenar.

Pengasas produk kecantikan menafikan dkwaan dia menipu duit orang ramai yang membeli tudung keluaran selebriti, Fazura seperti tular di media sosial. Noor Fadilah Mohamad, 34, sebaliknya mendkwa, tidak pernah menjual tudung termasuk keluaran pelakon popular itu dan hanya mengusahakan perniagaan berasaskan produk kecantikan selain barangan dari China secara dalam talian sejak lebih dua tahun lalu.

Katanya, dia percaya nama dan gambarnya sudah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya orang ramai, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Saya membuat dua laporan polis iaitu pada 14 Ogos lalu ketika identiti saya dikaitkan dengan penjualan tudung (jenama lain) dan terbaharu kes ini (tudung Fazura) yang dibuat pada 31 Ogos lalu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung. Scmm3r berkenaan menggunakan gambar dan nama saya di WhatsApp serta Instagram, bahkan kejadian ini mengganggu emosi dan kerja saya. Orang ramai marah dan menggelar saya penipv sedangkan saya tidak melakukannya. Urusan perniagaan saya hanya menggunakan akaun rasmi syarikat sahaja, ASKED Enterprise bukan akaun peribadi,” katanya ketika ditemui di Seri Manjung di sini, hari ini.

Menurut Noor Fadilah, dia mula menyedari identitinya disalahgunakan pihak berkenaan ketika dihubungi oleh seorang pembeli tudung sebuah jenama pada bulan lalu.

“Selepas itu rakan pula bertanya jika saya ada menjual tudung Fazura pada 30 Ogos lalu dan saya sangat terkejut apabila diberitahu gambar saya sudah tular kerana didakwa menipu. Individu itu menggunakan gambar sama dengan ‘profile’ Facebook (FB) saya dan mempunyai akaun atas nama yang hampir sama dengan nama saya iaitu Pn Noor Fadilah, tetapi ia bukan akaun saya termasuklah nombor telefon digunakan,” katanya.

Noor Fadilah berkata, dia kesal orang ramai menularkan perkara itu tanpa usul periksa dan dia juga bimbang mengenai keselamatan diri dan keluarganya. Katanya, dia berharap pihak berkuasa melakukan siasatan segera sekali gus membersihkan namanya.

“Saya berharap dengan penjelasan ini mana-mana pihak tidak lagi berkongsi gambar saya dan hantaran mengenainya serta memadamkan hantaran berkenaan,” katanya yang memberitahu sudah dihubungi oleh pengurusan tudung keluaran Fazura bagi penjelasan lanjut. Sumber : hmetro

Dah jarang nampak Fazura berlakon. Bukan tak nak berlakon tapi rupanya ini sebab Fazura tak terima apa apa tawaran.

Lama tidak melihat Fazura di sebalik kaca televisyen (TV). Sudah tidak berlakon lagikah?Rupa-rupanya, belum ada naskhah yang berjaya menambat hatinya. Jika ada pun, produksi pula tidak boleh menerima susunan jadual kerjanya selepas bergelar ibu.

Menerusi perkongsian dalam sesi siaran langsung di Instagram, isteri Fattah Amin itu mendkwa dia tawr hti dengan skrip dan jalan cerita yang hampir sama. “Dah lama tidak berlakon.

Masa itu belum kahwin lagi. Bukan apa, ada tawaran tetapi karakter dia macam cinta tiga segi, perempuan kena pukvl, jadi m4ngsa. Bosan bosan..bosan. Skrip bosan, tak payahlah. “Ada juga tawaran, macam seronok skrip berbeza, isu lain tetapi tidak boleh terima susunan kerja dan masa saya, jadi terpaksa kita tolak,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Fazura bagaimanapun akan mempertimbangkan tawaran sekiranya dia berpuas hati dengan jalan cerita, skrip dan komitmen masa. Agaknya, Fazura akan muncul dalam drama atau filem yang macam mana? Sumber:cari

Fazura muat naik banyak gambar macam ni. Sekali warganet mengharapkan Fazura terus istiqomah.

Kerap tampil mengenakan hijab sejak kebelakangan ini, pelakon jelita Nur Fazura terus mengund4ng perso4lan dalam kalangan peminat sekiranya dia dalam proses untuk berh1jrah. Meninjau ke beberapa posting di laman Instagram, ramai menyambut baik penampilan Fazura dan mend0akan pelakon berusia 38 tahun itu agar berhij4b sepenuhnya.

Untuk makluman, sebelum ini pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu hanya memakai h1jab sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun. Jadi agak berbeza kali ini apabila dilihat terus berpenampilan begitu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan atau pengumuman daripada Fazura mengenai perkara tersebut sebaliknya warganet terus teruja dan memuji kecantikan pelakon tersebut.

Fazura berkahwin dengan aktor pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lapan bulan. Sumber : DNQ.PW

Disebabkan Aeril Zafrel kerap TikTok dengan Hayla sekali ada pula yang bertanyakan anak lelakinya. Dengan tenang Aeril tampil dedahkan sesuatu soal anak lelakinya.

Keluarga selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersama tiga orang anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa dan Aya Soffya sering menjadi perhatian ramai. Pasangan sama cantik sama padan ini bersama tiga cahaya mata comel itu mengundang ramai seronok mengikuti perkembangan mereka sekeluarga yang bukan sahaja Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sahaja yang sporting malah anak-anak mereka juga.

Walau bagaimanapun, nampaknya selepas Aeril Zafrel memuat naik video TikTok terbaharu bersama anak keduanya, Hayla mengundang tanda tanya mengenai anak lelaki, Attar pula. Bagi sesetengah peminat Aeril Zafrel akui merasa tertanya-tanya mengenai hal itu berikutan lebih sering melihat dia bersama anak perempuannya.

Sehubungan Aeril Zafrel memuat naik satu rakaman video baharu dia bersama Hayla membuat rakaman TikTok bersama, peminatnya mengutarakan pertanyaan terbabit diruangan komen menerusi posting terbabit. Pun begitu, Aeril Zafrel sempoi membalas pertanyaan mengenai anak lelaki kepada peminat-peminatnya dimana dia tinggalkan komen positif sehinggakan sikapnya itu dipuji ramai. “Maaf Aeril, jarang sekali nampak Aeril bersama anak lelaki bertiktok, bergurau or bermain-main ya. Maaf ya”

“Ooo patutlah. Nak tahu juga, terima kasih sudi bagitahu. Memang ada anak-anak payah nak ajak depan kamera ni” Sumber :http://www.terengganutv.bbn.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*