Baru Je Nak Umum Tarikh Di Meletop. Kini Terkejut Kamal Adli Dan Uqasha Dah Selamat Bergelar Suami Isteri.

Sama cantik sama padan, aktor kacak Kamal Adli selamat bergelar suami kepada aktres Uqasha Senrose dengan dua kali lafaz di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu. Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.

Dalam majlis yang diadakan seawal 7.30 pagi itu, beberapa wajah popular turut menjadi saksi upacara pernikahan mereka antaranya adik-beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang. Hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir. Pasangan pengantin kelihatan cukup cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun.

Kamal dan Uqasha kemudian diraikan dalam sesi memotong kek lima tingkat yang disaksikan oleh para tetamu yang hadir.Kedua mempelai saling tak tumpah seperti putera dan puteri klasik dengan busana tradisional daripada kain songket berona ungu hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.

Tular Uqasha Tersasul Depan Live. Sampai Tertunduk Malu Bila Panggil Gelaran Macam Ni Pada Kamal Adli.

Pasangan pelakon popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendapat perhatian ramai dalam sebuah rancangan realiti nyanyian berjudul, Lagu Cinta Kita sejak beberapa hari lalu. Seperti diketahui penonton, rancangan terbabit telah menggandingkan Kamal Adli dan Ain Edruce sebagai pengacara di atas pentas dan keserasian mereka bergandingan bersama cukup menceriakan pentas. Bagi minggu ini pula, kedua-dua pengacara itu telah membuat persembahan berjudul Dia. Dalam pada itu, nampaknya suasana semakin meriah pula apabila Uqasha Senrose tersasul memanggil Kamal Adli dengan gelaran sayang ketika bakal suaminya itu berada diatas pentas.

Sedar dengan tersasul panggil sayang, Uqasha Senrose terus tertunduk seperti malu manakala Ain Edruce pula didengar cuba mengawal situasi tersebut. Nampaknya menjengah ke aplikasi TikTok, kedua-duanya telah mendapat perhatian warganet apabila ada yang turut tercuit hati dengan situasi tidak disangka-sangka itu dan dalam pada masa yang sama, kecomelan Uqasha Senrose menarik tumpuan ramai. Lanjutan daripada komen-komen warganet di hantaran video pendek yang dimuat naik itu juga, rata-ratanya turut merasa terhibur dengan gelagat comel pasangan selebriti sama cantik, sama padan itu.

“Alah comel Cik tunang tersasul lak”

“Adoi tersasul lak”

“Alah comel cik tunang tersasul…”

“Aku je ke yang ulang ulang, comellll”

Sumber : KL Menjerit

Muat Naik Gambar Hadir MLM. Ada Peminat Dkwa Uqasha Senrose Sunting Bahagian Leher Dan Ini Respon Beliau.

Pelakon Uqasha Senrose sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila foto terbaru yang dimuat naik aktres itu kelihatan luar biasa seolah-olah disunting secara berlebihan di bahagian leher.

Foto tersebut difahamkan telah dimuat naik di akaun Instagram miliknya di mana dia dilihat hadir ke program Maharaja Lawak Mega 2021 malam tadi.

Apa yang menarik perhatian peminat adalah saiz leher yang didakwa warganet kelihatan agak pelik dan ‘terlebih’ jinjang.

Ia sekaligus mengundang persoalan dalam kalangan pengguna media sosial sama ada busana yang digayakan pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu tidak sesuai atau Uqasha telah menyunting foto secara berlebihan.

Terpanggil dengan kritikan warganet, Uqasha kemudian tampil memberi jawapan balas dan bertegas bahawa dia tidak mengubah atau menyunting foto terutamanya di bahagian leher.

“Sudah memang leher saya begitu. Hendak panjangkan leher macam mana?” balas Uqasha.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang memuji kecantikan bakal isteri kepada pelakon Kamal Adli ini yang tidak ubah seperti patung Barbie.

Terdahulu, Uqasha pernah menuai komen daripada warganet susulan tindakannya menyunting foto di bahagian pinggul agar kelihatan lebih ‘montok’ berbanding asal.

Serik Berapa Kali Sudah Kena. Uqasha Senrose Terkilan Dengan Peniaga Tempatan Menyalahkan Golongan Selebriti Disebabkan Ini.

Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir peniaga tempatan menyalahkan golongan selebriti yang tidak membantu mempromosikan produk mereka.

Menurut Uqasha, peniaga tempatan sepatutnya berterus-terang sekiranya mahu selebriti mengulas produk yang dihantar kepada mereka.

Tidak seharusnya peniaga mengelirukan penerima produk dengan mengatakan produk diberikan sebagai hadiah.

“Salam semua, kalau ikhlas nak bagi gift cakap gift jangan harapkan review or anything. Jatuh tak ikhlas.

“Even gift pun saya selalu post di IGS (Instagram Story) tanda terima kasih.

“Serik berapa kali kena, kita nak tolong seller-seller tempatan tapi kita pula kena balik,” katanya.

Bagaimanapun kata Uqasha, teguran tersebut dibuat secara terbuka dan tidak ditujukan kepada individu tertentu.

“Tak tuju kepada sesiapa, cuma berterus-terang,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Bakal Tamatkan Zaman Bujang. Uqasha Senrose Dirai Sebelum Bergelar Isteri.

Umum tahu bahawa pelakon cantik Uqasha Senrose sedang menghitung hari untuk disatukan dengan aktor Kamal Adli dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Bagaimanapun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, perancangan untuk mengadakan majlis pernikahan pada sekitar Jun lalu tidak dapat dilaksanakan.

Bakal tamatkan zaman bujang?

Semalam, pelakon Setelah Terlafaznya Akad itu dilihat sedang diraikan sebelum menamatkan zaman bujang bersama adik beradiknya dan juga rakan-rakannya.

Dapat dilihat juga Uqasah memakai selempang yang bertulis ‘bride to be’ dan juga hiasan atas kepala yang tertera tulisan ‘bride’.

Malah, sejak semalam tular juga beberapa keping foto Kamal Adli yang sedang melakukan sesi mengukur pakaian atau ‘fitting’ telah mencuri perhatian warganet.

Aksi pelakon Kamal Adli berkongsikan momen-momen dirinya sedang melakukan sesi mengukur pakaian atau fitting menerusi Instagram Storynya telah mencuri perhatian warganet.

Menerusi video yang dikongsikan itu kelihatan pelakon tersebut bertemu dengan pereka fesyen tersohor iaitu Rizman Ruzaini dan meninggalkan kapsyen “ukur apa tu?” seperti memberi hint bakal memakai busana pengantin dari pereka fesyen tersebut.

Tidak hanya melakukan fitting bersama Rizman, malah Kamal turut berkongsi video beliau sedang bertemu dengan pereka yang pakar membuat suit iaitu Kenny Lords di Lords Tailor.

Hal itu sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa majlis pernikahan pasangan merpati dua seloji itu bakal berlangsung tidak lama lagi.

Malah, ada juga sumber mengatakan Kamal dan Uqasha bakal menamatkan zaman bujang mereka pada awal bulan November selepas terpaksa menangguhkan majlis yang sepatutnya dilakukan pada bulan Jun lalu kerana pandemik COVID-19 meningkat.

Terdahulu, Kamal yang digandingkan bersama Uqasha dalam drama Perempuan Tanpa Dosa telah pun melamar wanita jelita itu di acara anugerah MeleTOP, Disember tahun lalu.

Perubahan Ketara Pada Diri Kamal Adli. Kamal Adli Tampil Jelaskan Tentang Perubahan Dirinya Yang Meriah Perhatian Warganet

Sejak kebelakangan ini,pelakon Kamal Adli dikatakan sudah lama menyepi dari media sosial sejak dia dedahkan dirinya jalani kuarantin selepas disahkan positif covid19. Terbaru Kamal Adli kongsikan khabar terbarunya.

Kataanya”Saya dah kembali, lama hilang sebabkan hari tu positif Covid-19. Lepas tu kuarantin dan sekarang Alhamdulillah dah negatif, syukur.”Sekarang saya dah masuk set drama baru, DUIT, best cerita ni fasal scmmer,” katanya.Kali terakhir Kamal memuat naik fotonya di Instagram adalah pada 4 Januari lalu.

Kebanyakan peminat mendoakan kesihatan kekasih kepada pelakon Uqasha Senrose itu selain ada yang menegur bentuk badan aktor itu semakin susut berbanding sebelum ini.”Kenapa nampak pucat dan kecut.”Laa Covid ke, moga sihat sepenuhnya dan kembali ceria.

“Alhamdulillah, patutlah sepi… apa pun jaga diri ya. Semoga sentiasa dijauhi daripada perkara yang tidak diinginkan,” tulis waragent.Pelakon Fizo Omar dan Roy Azman turut menitipkan ucapan buat Kamal dan mengharapkan aktor itu kekal sihat dan bertenaga seperti biasa.Sebelum ini, beberapa selebriti tempatan turut pernah dijangkiti virus Covid-19 antaranya Alif Satar, Emma Maembong, Shima Anuar, Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Aprena Manrose dan PU Riz.

Lepas Terbongkar Pasal Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Akhirnya Kamal Adli Tampil Buka Mulut Bongkarkan Tatikh Pernikahan Mereka

” Saya sudah cukup gla atas pentas ketika melamar Uqasha. Saya cuma minta doa yang baik-baik daripada peminat,” Demikian kata-kata pelakon Kamal Adli yang secara berseloroh menceritakan detik beliau melamar Uqasha Senrose di atas pentas minggu lalu.

Kisah sensasi itu lantas mendapat perhatian seluruh peminat kedua pasangan tersebut yang kini tertanya-tanya bila mereka akan mendirikan rumahtangga. Selepas melam4r aktres jelita, Uqasha Senrose secara langsung dalam program Anugerah MeleTOP Era 2020 minggu lalu, Kamal Adli mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya itu pertengahan tahun depan.

Perkara tersebut dimaklumkan secara eksklusif oleh Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 34, kepada Kosmo! semalam. ” Buat masa ini, tarikh terpaksa dirahsiakan dahulu sebab masih berbincang dengan kedua-dua keluarga.

Nikah pada pertengahan tahun depan, selepas Aidilfitri

”Namun, jika tiada aral melintang, Insya-Allah kami akan bernikah pada pertengahan tahun depan selepas Aidilfitri,” kata pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu. Aidilfitri dijangka disambut pada 1 Syawal, 13 Mei 2021. Bagaimanapun, Kamal mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua peminat agar urusan perkhwinannya dengan Uqasha Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 28, dipermudahkan.

” Sebenarnya, saya tidak berani nak cakap lebih-lebih sebab keluarga masing-masing sedang uruskan hal ini. Sementara itu, Kosmo! turut mendapatkan reaksi daripada Uqasha sendiri. Menurut Uqasha, urusan pernikahan lebih baik ditentukan Kamal kerana dia seorang lelaki.

” Lebih baik tanya Kamal sendiri sebab tak manis untuk saya ber­suara lebih sebagai seorang wanita. Cukuplah apa yang digembar-gemburkan ketika saya dilamar secara langsung tempoh hari. ” Selebihnya, seperti tarikh majlis, persiapan dan sebagai­nya biarlah kami uruskan sendiri tanpa menghebohkan kepada umum,” ujar Uqasha yang juga kakak kepada pelakon Nelydia Senrose.

Kamal dan Uqasha Senrose mula digosipkan bercinta sejak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang tahun lepas. Gosip cinta mereka semakin bertiup kencang apabila kembali digandingkan sebagai teraju utama menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa yang berakhir sia­rannya bulan lalu.

Pada Oktober lalu, Kamal dan Uqasha dalam sebuah video yang dikongsikan pengarah drama terbabit, Michael Ang mengakui ada menghadiri kursus pra­perkahwinan. Sebelum ini, beberapa selebriti pernah membuat kejutan melam4r kekasih menerusi siaran langsung termasuk aktor Paskal, Hairul Azreen yang melamar kekasihnya, Hanis Zalikha pada program Gegar Vaganza. Selain itu, selebriti popular Awal Ashaari juga pernah membuat kejutan melamar kekasih hatinya, Scha Al-Yahya secara langsung pada program Propaganza. Sumber:k0smo via limauais

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*