“Sepatutnya kami berkahwin tahun lalu” Joy Revfa Rupanya Masih Single

CYBERJAYA : Pernah dua kali mengalami kegagalan dalam alam rumah tangga, selebriti dan usahawan, Joy Revfa, mengaku tidak pernah berasa serik untuk kembali memegang status isteri sekiranya takdir menemukannya dengan lelaki yang tepat selepas ini.

Menurut Joy, malah ketika hubungannya dengan seorang jurulatih kecergasan putus di tengah jalan sekitar Mac tahun lalu juga bukan penyebab untuknya menutup pintu hati buat mana-mana lelaki yang ingin mengenali.

Tak serasi

“Sepatutnya kami berkahwin tahun lalu. Tapi saya membatalkan perkahwinan itu kerana rasa tidak serasi dengannya. Saya akur dengan ujian hidup ini yang mana, kita mungkin tak akan dapat apa yang diingini tapi hidup perlu diteruskan.

“Sekarang saya akui masih single. Rasanya, bercinta dengan perniagaan lebih menenangkan. Buat masa sekarang, memang itulah fokus saya, sibuk dengan kerjaya dan anak. Jika Allah hadirkan jodoh lagi selepas ini, insya-Allah saya terbuka menerimanya.

“Tak ada istilah serik sebab manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan,”katanya.

Joy berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran gincu BlackRevfa keluaran MERVE Cosmetics Malaysia di Skyglass, di sini, kelmarin.

Selain itu, Joy meski tidak bersedia untuk berkahwin buat masa ini, dia bagaimanapun mengaku ada didekati beberapa orang lelaki yang ingin mengenali.

“Jujur ada berkawan dan berkenalan. Ada yang atas paksi profesional. Ada juga yang cuba menambat hati. Tapi entahlah,saya pun tak mahu larut dengan perasaan sebegitu dulu,”katanya.

Ditanya mengenai ciri lelaki yang disukai, kata ibu kepada Muhammad Arryan Firdaus, 7, ini, dia berharap selepas ini dipertemukan jodoh dengan lelaki yang memiliki kualiti seorang suami, bertanggungjawab dan mampu membimbing keluarga.

“Kalau boleh, biarlah dia boleh menyayangi anak saya juga selain saya. Satu lagi, saya harap lelaki berkenaan dapat membimbing bukan sahaja dari aspek rumah tangga, tetapi juga dalam bab agama,”katanya.

Terus Bangkit Walaupun Hubungan Tak Berpanjangan

Dalam pada itu, Joy atay nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, mengaku perlu terus bangkit dan maju ke hadapan tanpa berpaling ke belakang atau duduk menangisi kegagalan di masa lalu.

“Saya terus bangkit dan segera ‘move on’ demi anak tunggal. Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya.

“Saya bagai beroleh kekuatan dan ingin mencabar diri menjadi yang terbaik. Menjadi ibu tunggal, ada dua perkara yang harus kita hadapi iaitu harus lawan dan kalahkan apa juga cabaran mendatang. Ia bertitik tolak kepada rasa takut dan tak mampu.

“Kita diciptakan untuk mewujudkan kemuliaan Allah SWT dan memanfaatkan kelebihan yang ada dalam diri kita. Percayalah setiap kelebihan bukan ada pada sesetengah orang tapi ada di setiap dalam diri kita. Cubalah cari, anda pasti akan jumpa,” katanya.

Joy Revfa pernah  bertunang tahuan lepas, dan ikut perancangan akan nikah lepas Hari Raya Aidilfitri

“Dia seorang yang jaga solat dan tak pernah bersentuhan dengan saya”

TIDAK berasa bimbang dengan tanggapan orang luar, usahawan kosmetik selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Z.A pada Sabtu.

Menurut Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, seseorang wanita itu berhak memilih pasangan yang terbaik dan mampu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Saya dah kebal dengan kritikan. Bagi saya, bahagia itu bukan bergantung pada mulut orang lain tapi atas diri kita sendiri.

Antara selebriti yang menghadiri majlis pertunangan Joy.

“Kalau rasa dalam tempoh perkenalan, lelaki itu tak sesuai untuk dijadikan suami dan imam, kita sebagai wanita berhak untuk memilih mana yang terbaik.

“Tak kan kita nak hidup dengan orang yang tak sesuai atau tak bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga,” kata Joy kepada mStar.

Joy memuat naik foto bersama bakal suami yang ditutup wajahnya pada majlis pertunangan mereka yang diadakan pada Sabtu.

Beberapa selebriti antaranya Heliza Helmi, Lufya Omar dan bekas isteri Fizo Omar iaitu usahawan Mawar Abdul Karim turut menghadiri majlis tersebut.

Dalam pada itu, Joy memberitahu dia terpaksa merahsiakan wajah dan identiti kekasihnya kerana bimbang diganggu pihak luar.

Saya terpaksa sorok wajah dan identiti dia sehingga hari pernikahan kami sebab takut nanti ada yang menganggu.

Kata bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini, mereka berkenalan pada tahun lalu dan jejaka itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

“Saya terpaksa sorok wajah dan identiti dia sehingga hari pernikahan kami sebab takut nanti ada yang menganggu. Sebenarnya saya kenal dia pada hujung tahun lalu.

“Ketika itu, saya hadir di sebuah mesyuarat tentang perniagaan kecergasaan. Dari situ, kami berkenalan dan dia ada ciri-ciri lelaki idaman saya.

“Dia seorang yang sangat jaga solat dan batas pergaulan. Sepanjang kami kenal, dia tak pernah nak bersentuhan dengan saya.

“Kami banyak berkongsi mengenai perniagaan dan kini dia salah seorang rakan kongsi dalam syarikat saya untuk kecergasaan iaitu Merve Fitness,” ujarnya.

Joy bersama keluarga kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Joy merancang untuk melangsungkan perkahwinan selepas menyambut hari raya Aidilfitri.

Menerusi laporan mStar pada 14 Februari lalu, Joy mengakui dia bakal menamatkan zaman jandanya dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Joy pernah menimbulkan spekulasi di laman sosial apabila memberi bayangan seakan-akan dirinya dirisik seseorang yang dipercayai pelakon.

Bagaimanapun, Joy mengesahkan hubungan mereka sudah berakhir.

Dalam perkembangan lain, kehadiran gincu edisi terhad BlackRevfa yang juga produk ke-30 dikeluarkannya terus membuatkannya tak menang tangan.

Serentak dengan pelancaran produk berkenaan, Joy mengalu-alukan sesiapa yang terkesan dengan keadaan pandemik COVID-19 ini untuk mulakan perniagaan dan menjana pendapatan.

Untuk rekod, perkahwinan pertama Joy dengan seorang usahawan, Datuk Ray Imran hanya mampu bertahan selama setahun dan kedua-duanya bercerai pada tahun 2015.

Kemudian, perkahwinannya dengan penyanyi dan selebriti, Hafiz Hamidun pula berlangsung pada 1 Mei 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.

Namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Joy Revfa memfailkan pembubaran perkahwinan di mahkamah syariah pada 21 Ogos 2017.

Kedua-duanya sah bercer4i pada 25 Oktober 2017.

Ramai lelaki DM Joy Revfa nak berkenalan, mahu cari bakal suami kewangan kukuh dan kuat agama

GAGAL dalam dua kali perkahwinan dan satu ikatan pertunangan, usahawan kosmetik Joy Revfa belum terbuka hati untuk menerima lelaki dalam hidupnya.

Menurut Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, buat masa sekarang dia menghadkan hubungan dengan mana-mana lelaki sekadar kawan semata-mata.

“Berkawan tu adalah tapi sebenarnya saya memperkecilkan saya punya ‘circle’, bagi saya lebih baik tumpu kepada perniagaan dulu dan mungkin baru terbuka hati untuk menerima orang lain.

“Buat masa itu saya mengelak untuk didekati lelaki dan ada beberapa orang yang ingin berkenalan dengan saya,” ujarnya kepada mstar.

Akui pemilik MERVE Cosmetics Malaysia, dia tidak terlepas daripada pandangan sinis segelintir masyarakat terhadap status janda.

Tambahnya lagi, ada juga yang berpendapat bahawa gelaran janda membawa maksud isteri yang dibuang oleh suami.

“Ada orang yang pandang ibu tunggal ini macam orang yang kena ‘reject’, sebenarnya tak pun dan kami tak dibuang pun.

“Orang juga cakap yang saya ni janda jadi bagi saya janda atau tidak yang penting betapa kuatnya anda meneruskan hidup demi anak-anak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Joy yang melancarkan koleksi gincu dipanggil BlackRevfa yang juga produk ke-30 dikeluarkannya terus membuatkannya tak menang tangan.

“Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang bagai ada elemen magis. Ia berwarna hitam, namun apabila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan.

“Kami tawarkan perniagaan tanpa modal dan tidak perlu memegang stok. Semuanya akan diuruskan oleh ibu pejabat.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*