Selepas Netizen B4ntai Tak Puas Hati Dakwaan Aniaya Isteri, El Azman Mula Buka Mulut

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga usahawan Nur Amirah yang mendakwa namanya dibuang dari syarikat Elrah Exclusive selepas meminta untuk berpisah dengan suaminya, El Azman walaupun dirinya merupakan pengasas bersama.

Amirah turut meluahkan berharap agar dirinya dilepaskan oleh si suami kerana tiada guna pun untuk bersama lagi serta mahu memulakan hidup baru.

Menerusi video live sebellum ini, Amirah juga berkata perkahwinan mereka dikatakan agak tegang walaupun pernah beberapa kali mencuba untuk memperbaiki hubungan.

Usahawan muda itu juga memaklumkan yang dia pernah mengalami tekanan perasaan atau depresi di awal perkahwinan dan pernah meminta untuk diceraikan kerana tidak berasa bahagia.

Selepas sekian lama berdiam diri, El Azman dilihat memuat naik satu perkongsian selepas isterinya mendakwa namanya daripada syarikat Elrah Exclusive.

Menerusi perkongsian tersebut, El Azman berkata Allah uji kerana Allah sayang dan dengan ujian tersebut dia semakin dekat dengan Maha Pencipta.

Malah, El Azman juga percaya di sebalik kesabaran membuatkan individu itu makin dekat dengan Allah. Meskipun dicaci, dihina atau difitnah tetapi jika bersabar dan redha maka semuanya akan kembali baik semula.

Kenyataan El Azman itu mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen The Vocket dimana ramai mengatakan tidak kira apa ujian dihadapi namun tindakannya yang membuang isteri dari syarikat tanpa pengetahuan isteri adalah perkara salah.

Malah, ada yang meminta usahawan itu supaya berhenti menunggang agama demi kepentingan diri. Ada juga yang mempersoalkan sudah anaiya orang terus menjadi seorang yang warak.

Melihatkan pada entri yang dikongsikan, rata-rata netizen tidak percaya dengan kenyataan El Azman yang tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan yang tular sejak minggu lalu.

Tidak kurang juga ada yang meminta usahawan itu melepaskan isterinya supaya boleh menuntut harta sepencarian dan tidak perlu seolah merasakan diri menjadi mangsa atau menyebut tentang agama.

Difahamkan, El Azman kini berada di Tanah Suci sedang menunaikan ibadah Umrah. Minggu lalu, Amirah tidak lupa mengucapkan selamat menunaikan umrah kepada suaminya serta menyaran supaya tidak menggunakan lagi perkataan RAH dipercayai singkatan namanya bagi jenama bisnes tersebut.

SUMBER: The Vocket

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*