Kamal Adli, Uqasha Senrose Dedah Berapa Orang Anak Mereka Inginkan

Semalam pasangan selebriti Uqasha Senrosedan Kamal Adli mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah sebulan bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan pada 5 November lalu.

Menerusi sidang media semalam, Uqasha berkata dia dan Kamal akan menunaikan umrah pada 23 Disember depan sebelum berbulan madu.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Kamal berkata dia teruja untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri serta memohon doa agar perjalanan dipermudahkan.

“Ini pengalaman pertama saya buat umrah dan kami akan mebawa bersama iringan-iringan doa yang baik-baik untuk kami berdua.

“Sudah semestinya saya tambah seronok sebab pergi tunai ibadah bersama-sama isteri. Doakan moga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Ditanya mengenai soal cahaya mata, pasangan itu mahukan empat orang anak. Kata Uqasha, dia tidak menolak seandainya diberikan rezeki zuriat dalam masa terdekat.

“Sejujurnya saya bersedia sekiranya ada rezeki hamil awal. Iyelah hal macam ni, sebaiknya tidak perlulah dirancang.

“Kalau ada, ada la. Kalau iktu Kamal, dia gembira sekiranya kami mempunyai empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 5 November lalu. Berita perkahwinan mereka terpaksa dirahsiakan kerana terikat dengan hak eksklusif bersama Astro.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*