Di biar berbulan2 tanpa berita, Isteri Shuk bagitahu apa yg suami dia buat

Isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossa menerusi satu hantaran di TikTok dilihat seolah-olah meluahkan apa yang terpendam terhadap apa yang berlaku dalam rumah tangganya. Sebelum ini, Rossa mendedahkan dia sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.

Menerusi hantaran tersebut, Rossa dilihat seolah-olah kecewa terhadap tindakan seseorang yang telah meninggalkannya tanpa khabar berita.

Orang memperlakukan aku teruk, diorang biar aku tunggu diorang berbulan-bulan, diorang bercuti, bercheck in. Aku sabar ja menunggu walaupun tiada kepastian.

Ujar pemilik nama Rossalennah Natassyiah Asshaferah, apa yang berlaku menyebabkan dia berasa sedih dan sering kali menangis namun, masih percaya dengan ketentuan Ilahi

Sedih jangan cakap la. Tuhan ja tau bila di mana. Berapa banyak aku menangis. Menangis la bah tabah. Tapi aku yakin ini cara Allah jadikan insan macam kita ini lebih sabar dan tabah.

Bersyukur la dalam ujian ini kita orang yang dikhianat bukan pengkhianat.

Terdahulu, Rossa mendedahkan dia menerima mesej daripada pengikutnya yang mendakwa melihat kelibat suaminya dengan seorang wanita di dua lokasi berbeza. Rossa bagaimanapun, menafikan wanita yang dilihat bersama suaminya itu adalah dirinya.

Sumber: Rossa Sera Via OB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*