Vokalis kumpulan Screen, Gmie meninggal dunia

KUALA LUMPUR- Penyanyi terkenal yang juga vokalis kumpulan Screen, Gmie menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat peny4kit buah pinggang berlubang.

Menurut anak Allahyarham, Siti Hadirah, beberapa hari sebelum ini, ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan.

Bahkan, kata Siti Hadirah, Allahyarham juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.

“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.

“Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” ujar Siti Hadirah dalam kiriman mesej menerusi Instagram kepada Astro AWANI.

Gmie menempa nama sebagai antara penyanyi terbaik negara menerusi kumpulan Screen yang masyhur dengan lagu Bila Cinta Didusta.

Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro pada 2016.

Biodata Profil G-Mie (Screen)

Nama penuh G-Mie (Screen): Hajmi Haji Ibrahim

Umur: 45 tahun

Asal: Klang, Selangor

Keluarga: Berkahwin; 5 orang anak

Pendidikan dan kerjaya: SPM; kini Kerani Logistik di Pelabuhan Klang

Album: Sha Na Na(1995) Kau Saja Di Hati (1997) Orang Yang Ku Sayang Sayang (1998) Permata Hati(2000) Manja Kekasihku (2001) Kembali (2005)

Lagu hits G-Mie (Screen): Tak Suka Tak Apa, Bila Cinta Didusta, Kita Ditakdirkan Berpisah

Sejarah awal karier G-Mie (Screen) Gegar Vaganza musim ketiga: Bermula dengan kugiran-kugiran kampung. Pernah menganggotai 3 band termasuk Unique (bersama SRC, 1995) sebelum menganggotai

Screen pada tahun yang sama dan akhirnya mula menempa nama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*