Hanya tak dapat diskaun yuran mengaji RM50, lelaki ni sanggup makii guru

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki bersikap biadab terhadap seorang guru selepas gagal mendapatkan diskaun yuran mengaji anaknya sebanyak RM50 menjadi tular dan mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang lelaki bernama Adam Hussin memuat naik beberapa tangkap layar yang menunjukkan perbualan mesejnya bersama seorang individu yang mahu menghantar anak untuk mengikuti kelas mengaji yang dikendalikan beliau.

Menurut Adam, dia memaklumkan yuran kelas mengaji adalah RM50 sebulan, namun individu itu menganggapnya terlalu mahal dan memintanya supaya menerima bayaran seikhlas hati sambil mengeluarkan kata-kata yang biadab.

“Yuran Talaqqi al-Quran mahal. Malas mahu cakap banyak, adakah aku diuji atau dia diuji. Diakah yang kurang adab atau aku yang kurang sabar. Yang pasti moga kita semua tidak berkira demi agama. Ya, mungkin lah ini ujianku,” ujarnya di ruangan komen baru-baru ini.

Rata-rata pengguna laman Facebook mengecam tindakan individu itu kerana tidak menghormati guru selain bersikap kedekut terhadap ilmu agama memandangkan yuran yang dikenakan sudah berpatutan.

Bagi Izza Hanafe, yuran RM50 yang dikenakan adalah terlalu murah dan peningkatan itu adalah sedikit berbanding 15 tahun lalu.

“Saya dulu belajar mengaji dahulu ibu bapa bayar RM30. Itu harga 15 tahun lepas, sekarang kalau RM50 kira okey. Bagi pendapat saya sudah murah yuran tersebut,” katanya.

Tangkap layar menunjukkan perbualan Adam Hussin bersama individu yang bersikap biadab terhadapnya. Kredit : FB Adam Hussin

Muhd Yusri al-Jauzi pula berkata, dia geram melihat sikap biadab individu tersebut dan menyatakan yuran minimum kelas mengaji pada ketika ini adalah RM150 memandangkan pembukaan kelas mengaji memerlukan pelbagai kos.

“Berkira, tak beradab. Sekarang ini kelas mengaji paling murah RM150, RM50 tak tergamak aku nak bayar, murah sangat, biar bayar mahal, kita kena faham kos (operasi) buka kelas macam-macam perlu dibayar,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*