Kecoh anak berlakon watak g4y, sekali netizan k0rek siapa bapa dia

KETIKA orang ramai sibuk memperkatakan tentang pelakon remaja Danish Iskandar yang terkait dengan lakonan watak gay, bapanya Muhammad Burhanuddin turut menarik minat netizen kerana memiliki wajah tampan.

Selain memuji wajah kacak, susuk tubuh yang sasa atau soda juga menjadikan Burhanuddin, 43, semakin popular.

Kata Burhanuddin, dia mula terkena tempias selepas netizen ‘menyiasat’ latar belakang Danish Iskandar, 17, yang dikritik ramai kerana didakwa berani menerima tawaran lakonan dalam siri hubungan songsang berjudul Stay Away From Me.

Muhammad Burhanuddin mula menceburi bidang lakonan sejak 2006.

“Sebenarnya tak ramai yang tahu Danish adalah anak saya, dalam setahun dua ni dia lebih aktif dalam drama berbanding dengan saya.

“Tetapi selepas terjadinya kes ini, barulah mereka tahu yang rupa-rupanya bapa Danish ini adalah seorang pelakon,” katanya kepada mStar.

Tambah Burhanuddin yang juga seorang pelakon, jumlah pengikutnya di Instagram juga mula bertambah selepas kes membabitkan anaknya menjadi perhatian.
Orang mula stalk saya sehingga jumlah followers naik secara mendadak.

“Orang mula stalk saya sehingga jumlah followers naik secara mendadak. Saya banyak habiskan masa bersama Danish, ke mana dia pergi saya ikut dan kami selalu workout bersama-sama,” katanya yang turut bertindak sebagai pengurus anaknya itu.

Pelakon dan juga model ini mula berjinak-jinak dalam industri seni secara separuh masa bermula 2006 dan kemudian memberi fokus sepenuhnya pada tahun 2015.

Selain bidang lakonan, Burhanuddin juga menjual produk air secara dalam talian.
Sementara itu apabila ditanya lanjut tentang kontroversi yang berlaku terhadap anaknya, Burhanuddin berkata, tiada unsur tema hubungan songsang dikesan ketika menerima skrip dan penerangan daripada pihak produksi.
Danish Iskandar merupakan anak kepada pelakon Muhammad Burhanuddin.

Tambahnya, mereka juga tidak dimaklumkan tentang kaitan aplikasi Blued iaitu laman sosial untuk komuniti gay atau hom0seksual sehinggalah penggambaran tamat.

“Kami sudahpun meneliti skrip sejak daripada hari pertama dan semuanya jelas tiada sebarang unsur yang mencurigakan. Jalan cerita yang diberitahu oleh penerbit juga menggambarkan satu persahabatan yang akrab antara dua individu.

“Kami tiada masalah dengan penceritaannya dan pihak produksi memberitahu yang drama ini akan dipromosikan di aplikasi seperti WeChat.

“Kami tak tahu yang video ini akan dipromosikan di aplikasi Blued sehinggalah hari mereka beri link kepada pelakon untuk membuat promosi aplikasi berkenaan. Kami terkejut dan menolak untuk membuat promosi aplikasi terbabit,” ujarnya.

Berlakon watak g4y, Danish Iskandar mohon maaf

Kuala Lumpur: Pelakon drama bersiri Stay Away From Me yang mengetengahkan perlakuan gay, Danish Iskandar, 17, membuat permohonan maaf dan menafikan dia menyokong perbuatan homoseksual seperti yang dipaparkan dalam drama itu.

Danish juga turut mengakui dia masih naif sebagai pendatang baru dalam industri hiburan tanah air.

“Saya ingin memohon maaf atas kekhilafan dan isu yang tercetus. Kami tidak menyokong sama sekali perbuatan yang ditularkan. Ini adalah kenaifan saya sebagai orang baru dalam industri hiburan.

“Di masa akan datang, kami akan lebih berhati-hati dalam meneliti perkara-perkara membabitkan tawaran lakonan,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Hadir sama, peguamnya Datuk Wan Azmir Wan Majid.

Danish berkata, dia menyerahkan semua urusan berkaitan perundangan kepada peguamnya.

“Saya bertindak untuk tidak mengambil kisah kerana saya tahu perkara sebenar. Saya serahkan semuanya kepada pihak peguam,” katanya.

Menurutnya, insiden itu turut mengganggu fikirannya memandangkan dia sedang menjalani peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Apa yang berlaku sedikit sebanyak mengganggu mental saya memandangkan saya juga sedang menjalani peperiksaan. Jadi, saya cuma ikut saja perjalanan yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Muhammad Burhanuddin turut mengakui kecuaiannya dalam meneliti tawaran lakonan anaknya.

“Saya terkhilaf juga. Sebelum ini, pihak kami ada menerima beberapa tawaran lakonan untuk karya-karya yang ditayangkan di Facebook dan platform dalam talian, tapi tak ada isu.

“Ini adalah kali pertama isu sebegini berlaku dan kepada bakat-bakat baru, saya rasa semua perlu lebih berhati-hati,” katanya.

Selain Danish, dua lagi pelakon drama kontroversi itu iaitu Rees Ayman dan Hardy Saiful turut memberikan kenyataan permohonan maaf di majlis itu.

Mereka bertiga juga sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini dan bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak produksi drama berkenaan berkaitan isu moraliti.

Terdahulu, drama itu mencetuskan kontroversi apabila menayangkan jalan cerita serta babak-babak yang mengangkat kisah homoseksual dan ditayangkan di aplikasi untuk golongan itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*