“Dulu saya pernah dibvli” Tengku Hassanal kongsi kisah pernah jadi mngsa bvli

SEJAK kebelakangan ini negara digemparkan dengan beberapa kes buli melibatkan pelajar sekolah di mana ia mendapat liputan meluas pihak media.

Ketika ramai netizen melahirkan kemarahan selepas satu video buli melibatkan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh tular di media sosial, perkara tersebut turut mendapat perhatian Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IgStory), baginda menzahirkan rasa kesal dan dukacita dengan beberapa kejadian buli seperti yang dilaporkan berlaku di Pahang baru-baru ini.

“Saya dapat tahu ada kes buli di negeri saya. Saya dukacita dan kesal. Saya nasihatkan semua untuk sentiasa berbuat baik kepada rakan-rakan,” titah baginda.

Dalam perkongsian yang sama, Tengku Hassanal turut berkongsi kisahnya yang pernah menjadi mngsa buli sebelum ini.

“Dulu saya pun pernah dibuli orang asing semasa di luar negara. Dan saya amat sedih apabila rakyat saya sendiri bergaduh.

“Kepada pelajar-pelajar sekolah semua di Pahang, tolong jangan bergaduh dan jangan pukul orang!” tulis baginda.

Perkongsian Tengku Hassanal di Instagram Story, pada Selasa.

Tengku Hassanal seterusnya bertitah kes buli mesti segera ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan persekitaran sekolah selamat.

“Saya meminta semua pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan,” tuisnya sambil turut membuat memuat naik ‘screenshot’ mengenai berita kes buli yang berlaku di Pahang.

Pada Isnin, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan polis menerima tiga laporan kes buli membabitkan tiga sekolah di negeri itu.

Dulu saya pun pernah dibuli orang asing semasa di luar negara. Dan saya amat sedih apabila rakyat saya sendiri bergaduh.

Tiga laporan berkenaan diterima dalam tempoh empat hari iaitu antara 6 Disember hingga 10 Disember lalu.

Menurut Mohd Yusri, laporan daripada mangsa buli mendakwa mereka dipukul pelajar senior atas pelbagai alasan sehingga mengalami lebam dan bengkak.

Dalam laporan polis pertama pada 6 Disember lalu, empat pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Muadzam Shah dijadikan ‘karung tinju’ oleh sekumpulan pelajar tingkatan empat dan lima.

Laporan kedua yang diterima pada 10 Disember pula melibatkan seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Maran, di mana mangsa mengalami lebam pada bahagian perut kerana dipukul oleh beberapa pelajar senior kerana didakwa memotong barisan di dewan makan asrama.

Laporan ketiga yang diterima juga pada 10 Disember, melibatkan seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Kuala Lipis, yang mengalami kesan lebam dan bengkak di bahagian muka selepas dipukul dengan tangan oleh beberapa orang pelajar senior kerana dituduh menghisap vape di asrama.

Ujarnya, semua pelajar terbabit sudah dikenal pasti dan pada masa ini siasatan giat dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Minggu lalu, negara digemparkan dengan kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak susulan tersebarnya video memaparkan beberapa orang pelajar menumbuk perut seorang pelajar lain.

Dalam perkembangan terbaru, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf berkata Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) mengambil keputusan menamatkan pengajian 10 pelajar maktab berkenaan yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli tersebut.

Tegur rakan tonton video luc4h punca pelajar MRSM dibuli

Kerana menegur rakan agar tidak menonton video luc4h dipercayai menjadi motif seorang pelajar lelaki tingkatan satu dibuli dalam kejadian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS) Kuala Kangsar, minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, punca kejadian tersebut didedahkan mangsa berusia 13 tahun ketika ditemu bual polis.

“Berdasarkan temubual itu, mangsa memberitahu dia telah menasihati seorang daripada suspek supaya tidak menonton video lucah dan jika enggan akan melaporkan kepada guru atau warden.

“Ini antara punca mengapa enam pelajar itu marah dan bertindak memukul serta membuli mangsa. Seorang pelajar tingkatan tiga telah mengarahkan enam pelajar terbabit untuk menumbuk mangsa,” kata beliau selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Agensi Polis Bantuan Kontinjen Perak 2021 di Dewan Agro Aman Jaya, Kompleks Perumahan Kakitangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) di sini hari ini.

‘Di asrama ramai anak iblis, mereka ikat kemaluan aku kat kipas’
Kisah benar mangsa buli di asrama
Anggota bomba parah dalam letupan meninggal dunia
Menurut beliau, ekoran insiden tersebut, pihaknya menahan 10 pelajar yang terlibat untuk dirakam percakapan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, mangsa kini dirawat di sebuah hospital di Selangor dan keadaannya stabil tanpa kecederaan serius.

“Kita telah merampas 11 buah telefon bimbit untuk dihantar ke bahagian forensik bagi melihat kandungan dalam peranti berkenaan.

“Setakat ini, dua laporan polis diterima berkaitan kes tersebut iaitu daripada pengetua sekolah dan bapa mangsa. Kertas siasatan kes itu akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk proses pendakwaan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Media pada Jumaat lalu melaporkan, video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut.

Video tersebut mendapat perhatian warganet dengan rata-rata mengecam tindakan pelajar-pelajar berkenaan yang membuli mangsa.

Susulan kejadian itu, 10 pelajar lelaki melibatkan sembilan pelajar berusia 13 tahun dan seorang lagi berusia 15 tahun ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar untuk membantu siasatan.

Siasatan kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) menamatkan pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli yang tular baru-baru ini.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa pada Selasa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*