Guru 59 Tahun Tidak Puas Hati Lepas Gagal Jadi Isteri Kedua Menteri Kewangan. Sekali Ini Jawapan Tengku Zafrul.

PETALING JAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz terkejut selepas terbaca ada wanita terpedaya dengan janji manis ‘tipu’ yang mengaku sebagai dirinya sehingga sanggup menyerahkan wang sebanyak RM4,200.

“Sekiranya ada perkara yang mencurigakan, sila semak dengan pihak berkuasa agar perkara begini tidak akan berlaku lagi.

“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan dan menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah kerana hati saya sudah berpunya dan tidak berminat untuk mencari yang kedua,” katanya di akaun Facebooknya.

Tengku Zafrul turut memberi nasihat kepada wanita di luar sana agar lebih berhati-hati dengan pelbagai tipu helah oleh individu yang tidak bertanggung jawab.Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang wanita berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika kerugian RM4,200 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai Menteri Kewangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof dilaporkan berkata, mangsa yang tinggal di Kemayan di sini berkenalan dengan suspek pada awal bulan ini.

Katanya, suspek menggunakan nama Facebook Tengku Zafrul dan memperkenalkan diri sebagai Menteri Kewangan dan berjanji untuk memberikan wang sebanyak RM1 juta serta sebuah kenderaan jenis Rolls-Royce kepada mangsa jika bersetuju untuk berkahwin dengannya.

“Suspek kemudiaan meminta mangsa berurusan dengan individu bernama Siti menerusi WhatsApp yang didakwa pengurus bank kepada Tengku Zafrul.

“Mangsa kemudiannya diminta membayar yuran pemprosesan untuk berkahwin dengan suspek.

“Selepas menyedari ditipu, mangsa membuat laporan kerana tidak berpuas hati suspek menggunakan nama menteri untuk menipunya selain bimbang akan keselamatan diri, keluarga serta hartanya di kemudian hari,” ujarnya. – K! ONLINE

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Baru Je Najib Razak Gesa Tengku Zafrul Untuk Tekan Butan I Citra 10k. Sekali Ini Pulak Yang Terjadi Pada Laman Fb Tengku Zafrul.

Selepas Barisan Nasional menang ‘besar’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka , bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan meluluskan pengeluaran i-Citra, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan mahu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertindak segera ke atas permintaan tersebut.

“Tengku Zafrul, kasi tekan butang i-Citra RM10k secepat mungkin,” tulisnya. Susulan perkongsian bekas Perdana Menteri itu, pengguna laman sosial bersetuju dengan cadangan tersebut dan berharap agar kerajaan segera meluluskan pengeluaran i-Citra RM10,000. “Terima kasih dato, dalam gembira meraikan kemenangan, masih ingat pasal rakyat yang sedang kesusahan,” tulis Naim Nazihar pada ruangan komen.

Turut tinggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Kal Lie. “Betul tu DS Najib Razak, kami betul-betul memerlukan RM10,000 tu lagi- lagi golongan B40 macam saya ni. “Dah merata-rata saya mohon kerja, tapi semuanya tak nak ambik, mereka lebihkan yang sihat tubuh badan dan berumur 30 ke bawah. Sebab tu perlukan sangat RM10,000 untuk buat modal berniaga kecil-kecilan,” ujarnya. Sehingga pukul 1 tengah hari tadi, hantaran tersebut telah dikongsi lebih 2,400 pengguna dan lebih 11,000 pengguna Facebook telah tinggalkan komen.

Hantaran Najib di laman Facebooknya

Reaksi Yang Ditinggalkan Orang Ramai Dekat Facebook Tengku Zafrul

Jangan la buat2 tak nampak desakan rakyat KWSP 10k , Tapi hal lain laju jer umun walaupon bukan masa yg sesuai dan mengaibkan org lain…, beri perhatian yg khusus tampa mengikut telunjuk manusia yg berkepentingan dan berdendam. 10k one off.. Tengku sila la tekan butang i-citra.. Rakyat tengah tunggu tu.. Termasuk sy.. Dgn segala hormatnya sila tekan bintang i-citra.

Salam..Tengku Zafrul, harap kerajaan pertimbangkan Tuntutan terakhir 10K Kwsp, keluhan dan desakan, tidak ada tindakan dari kerajaan, berbulan-bulan lamanya. Tengku Zafrul minta tuan bgi pengeluaran 10k on off..kami amat memerlukan ketika ini…byk tanggungang yg perlu di pikul dan di selesai kan…kasihani lah kami…tuan permudah kan urusan kami,Allah permudah kan urusan tuan.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Baru Je Najib Dedah Tidak Akan Terima Katak Politik. Sekali Ada Warganet Yang Tampil Dedahkan Sesuatu Buat Ramai Terkedu.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada rakyat Melaka yang memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat dan memimpin negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Menurutnya, rakyat mahukan kestabilan demi kemakmuran dan bukannya katak-katak politik yang memaksa PRN diadakan di negeri tersebut.

“Satu pilihan raya yang sebenarnya tidak perlu diadakan dan terpaksa dibuat kerana PH (Pakatan Harapan) berkomplot dengan empat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) untuk menarik sokongan daripada kerajaan negeri. Rakyat telah bersuara serta membuat pilihan dan rakyat juga telah menghantar mesej jelas. Pencapaian harus diutamakan dan janji wajib ditepati. Katak-katak politik tidak diterima sama sekali dan rakyat mahukan kestabilan demi kemakmuran,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya pada Sabtu.

Pada Sabtu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan BN memenangi 15 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan sekali gus berjaya membentuk kerajaan di Melaka. Dalam pada itu, Najib turut yakin Melaka akan bertambah baik, stabil dan makmur di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Saya juga ingin menambah di sini bahawa rakyat boleh berpegang kepada janji manifesto BN Melaka dan kita sama-sama usahakannya. Kepada ADUN-ADUN BN dan kepimpinan kerajaan negeri Melaka, mandat telah diberikan oleh rakyat. Buat sehabis baik, tunaikan janji BN dan laksanakan urus tadbir yang cemerlang di Melaka. Melaka telah banyak ketinggalan sejak PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) dan kita perlu kembalikan Melaka ke landasan pembangunan. Melaka juga perlukan pemulihan ekonomi dan urus tadbir kebajikan rakyat yang lebih baik,” katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada akar umbi Pas di Melaka yang turut memberikan sokongan atas dasar dan semangat Muafakat Nasional di kawasan-kawasan tertentu. “Walaupun terdapat perbezaan pendapat dari segi hala tuju bersama pada masa ini, namun ahli-ahli kita semua tidak lupa usaha-usaha dahulu ke arah pembentukan Muafakat Nasional dan hanya mahukan yang terbaik. Persaudaraan yang terjalin atas semangat perjuangan dan keikhlasan tidak akan terputus,” katanya.

Ada Calon Katak Lompat Menang

Menurut sorang warganet, terdapat seorang calon BN yang telah lompat dari PKR berjaya menang dan di terima oleh penduduk Melaka. “Semalam ada 1 je katak menang, dun Rembia. BN punya calon tu katak lompat. Lompat from PKR to UMNO. So untuk cakap rakyat tolak katak lompat tak boleh juga.

Dua kali melompat, calon Barisan Nasional (BN) yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia dimenanginya atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Datuk Jailani Khamis telah dipilih semula oleh pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November lepas. Beliau menang dengan majoriti 860 undi. Pada PRU 2018 lalu, Jailani menang atas tiket PKR dengan majoriti undi 6,773 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Norpipah Abdol yang juga penyandang kerusi itu, dan calon PAS, Rashidi Razak, dalam saingan tiga penjuru.

Calon BN DUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menyediakan enam Aku Janji sendiri, tetapi tidak memasukkan Aku Janji untuk tidak lagi melompat parti. Sumber : Trending Sangat

Najib Saran Laksanakan GST Semula Dengan Segera Apabila Negara Pulih Dari Wabak Covid 19.

[PARLIMEN] BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyarankan supaya sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula dengan segera apabila negara pulih dari Covid-19.

Menurutnya, ia bagi membolehkan negara mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata negara-negara jiran yang kesemuanya melaksanakan cukai GST kini telah berjaya menurunkan cukai korporat mereka ke paras lebih rendah berbanding Malaysia.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini merancang untuk mengurangkan cukai korporat secara berperingkat sehingga ke 17 peratus agar negara lebih kompetitif berbanding negara-negara jiran.

“Hasutan-hasutan bermotif politik yang membawa kepada pemansuhan sistem cukai GST, telah menghalang hasrat kerajaan BN dahulu.

“Selepas tiga tahun dimansuhkan, persepsi rakyat bahawa GST punca utama kenaikan harga barang terbukti tidak benar dan meleset apabila harga barangan asas naik lagi ketara setelah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan,” katanya.

Najib berkata, selain memberi ruang untuk menurunkan cukai korporat dan cukai peribadi, sistem GST yang dipadankan dengan pakej bantuan rakyat sebenarnya memainkan peranan amat penting untuk mengurangkan jurang pendapatan.

“Ini berlawanan dengan propaganda yang menyebabkan sebahagian rakyat termakan hasutan kononnya GST lebih memangsakan pendapatan rendah dan menyebabkan kenaikan harga barangan. Hakikatnya adalah sebaliknya GST menyumbang kepada fiskal kerajaan dan lebihan pendapatan hasil kerajaan itu dipulangkan kepada rakyat terutama sekali golongan B40 dan M40,” katanya.

Beliau berkata, perlu disedari GST adalah cukai penggunaan di mana lebih tinggi perbelanjaan seseorang, lagi tinggi jumlah bayaran GST dan ia membuatkan golongan kaya dan berkemampuan yang berbelanja lebih, akan membayar lebih GST.

“GST juga menyasarkan ekonomi gelap dengan saiznya sebesar RM300 bilion setahun yang sebelum ini terlepas dari membayar apa-apa cukai. Dengan GST, saiz ekonomi gelap dapat dikuncupkan iaitu dianggarkan dari 25 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 10 peratus,” katanya.

Menurutnya, kutipan hasil GST mampu diagih kepada golongan B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbanding nilai GST yang dibayar mereka. “Sebab itu, kita perlu laksanakan semula GST secepat mungkin apabila negara pulih dari Covid-19,” katanya. Sumber: Malaysiapost

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*