“Bukan main kipas Dyson” Anak2 datang dinner, sekali Chef wan selamba ungkit pasal kahwin di siam

Kalau sebut nama Datuk Chef Wan, pasti semua sudah cukup familiar mendengar celotehnya setiap kali muncul dalam rancangan memasak.

Meskipun sering kelihatan dengan personaliti ceria di kaca TV, namun chef selebriti ini kerap kali diuji masalah berkaitan dengan anak-anaknya sendiri.

Dulu Serina sempat kejutkan ramai apabila nikah kali kedua tanpa pengetahuan Chef Wan

Terdahulu anak perempuannya, Serina sempat mengejutkan ramai apabila menikah untuk kali kedua tanpa pengetahuan Datuk Chef Wan.

Susulan itu, chef tersebut sempat naik angin setelah dimaklumkan akan perkahwinan berkenaan yang dilakukan di sempadan Thailand. Mujur sahaja wanita ini sudah memberikan penjelasan dan akhirnya isu berkenaan kembali reda.

“Membawang ke mesyuarat nak lari kahwin di Siam lagi sorang tu? Dulu mereka pakat adik beradik”

Terbaru, Serina, suami dan juga adiknya iaitu Nazri dilihat telah berkunjung ke salah sebuah restoran ayahnya bagi menikmati makan malam.

Meskipun Datuk Chef Wan tiada bersama, namun beliau dilihat memuat naik gambar keluarga kecilnya itu sambil berseloroh memerli isu anak perempuannya yang kahwin lari di Thailand.

Diam diam memerhati, tapi dalam hati berbunga tengok anak bahagia…Hati seorang ayah mana je tak kecil hati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen faham akan perasaan chef selebriti tersebut sebagai seorang ayah. Ketegasan dan juga mulutnya yang ‘laser’ tetap tidak dapat menyembunyikan kasih sayang terpancar buat anak-anak.

Chef Wan Luah Perasaan Isu Rayuan Mahkamah Serina Buat Ramai Simpati

Cef selebriti popular, Chef Wan meluahkan perasaan berkenaan isu hak penjagaan cucu-cucunya, iaitu Tristan Tareef, 11 dan Isabella Saffiya, 10.

Chef Wan menerusi hantaran di Instagram berkata, dia dan keluarga akan menanti keputusan mahkamah sama ada hak jagaan kedua cucunya itu diberi kepada anaknya, Serina atau bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh.

Anak saya, Serina ada di sini dan kami menghabiskan masa bersama. Sungguhpun mahkamah memutuskan untuk memisahkan anak-anaknya untuk mendapat hak jagaan masing-masing, perempuan untuk Serina dan lelaki kepada bapanya, saya nasihatkan anak saya supaya tidak pisahkan mereka adik-beradik.

“Kami akan tunggu untuk rayuan kelak sama ada akan dapat hak penjagaan penuh untuk mereka berdua (sebab kedua belah pihak mahukan hak yang sama). Jadi kita tengok keputusan mahkamah.

“Jika nanti ada yang menang dan kalah terhadap rayuan, nasib lah. Terimalah aja keputusan mahkamah. Saya dah penat dengan kes mahkamah mereka. Sampai tumbuh bulu bawah itu pun nak naik court turun court ke lagi. Mereka akan menginjak usia 11 dan 12 tidak lama lagi. Jika back the same pun saya nasihatkan anak saya drop it. Don’t ever separate them,” tulis Chef Wan.

Dalam pada itu, Chef Wan turut menasihati Serina supaya berdamai dengan bekas suami memandangkan masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri.

“Berikan saya sedikit ketenangan pada penghujung perjalanan saya. Saya dah buat yang cukup untuk realisasikan perkahwinan impian mereka. Berkorban untuk anak-anak mereka dan melalui pelbagai hal kerana mempertahankan kebenaran dan hak masing-masing.

“I need to also move on with my life. Mereka dah bagi saya cukup malu dalam hidup dengan kegagalan perkahwinan dan kahwin tangkap basah bapak tu dan emaknya kahwin di Siam. Cukup-cukuplaj memalukan saya dan menyusahkan image saya di negara ini.

“Orang hanya tahu menghakimi dan salahkan saya sebagai seorang ayah, padahal saya telah buat yang terbaik dan berbelanja hampir sejuta ringgit kerana mereka berdua. Madu yang diberi, tuba yang saya dapat balik,” kongsinya.

Begitupun, Chef Wan sedar bahawa Allah SWT Maha Kaya dan Maha Mendengar isi hatinya untuk bekas menantu dan anak-anaknya sendiri.

“Saya nasihat Serina, dah jumpa jodoh masing-masing, pandai-pandailah bawa diri. Hidup saya tak panjang. Saya dah kerja seumur hidup hanya untuk berkorban untuk ramai orang. Tolong jangan buat hati saya menangis lagi.

“I need to move on. Enough is enough,” akhirinya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan Isabella kepada Serina manakala anak sulung, Tristan kepada Gavin.

Serina menikahi Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.

Rumah tangga pasangan itu hanya bertahan selama tujuh tahun apabila mereka bercerai pada 1 Ogos 2017 di Mahkamah Syariah Petaling Jaya dengan talak satu.

Sumber: Instagram Chef Wan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*