Tular Lelaki Pecahkan Cermin Kereta Isteri. Sekali Ini Tindakan Pihak Polis Atas Perbuatannya.

Tindakan seorang lelaki merentap cermin Perodua Axia isterinya sehingga pecah dan tercabut selepas mengugut untuk merosakkan kereta mangsa mengundang padah apabila dia ditahan polis. Perbuatan lelaki itu sempat dirakam isterinya yang berusia 24 tahun menggunakan telefon bimbitnya sebelum membuat laporan polis.

Video berdurasi 26 saat dalam kejadian yang berlaku Isnin lalu itu turut ditular di Facebook semalam. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 13 Disember lalu, jam 10.37 pagi. Beliau berkata, ketika kejadian mngs.4 sedang memandu kereta bersama anak-anaknya di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah sebelum menyedari diekori suaminya yang berusia 30 tahun itu dengan menunggang motosikal Honda Wave.

“Suspek kemudian menahan kereta mngs.4 dan mengetuk cermin kereta bahagian hadapan sebelah penumpang beberapa kali menyuruh mngs.4 membuka tingkap kereta. Suspek memberi alasan memberikan wang kepada anak mereka namun isterinya hanya membuka sedikit tingkap menyebabkan suspek tiba-tiba merentap cermin kereta berkenaan sehingga pecah dan tercabut,” katanya dalam kenyataan hari ini. Ahmad Shukri berkata, serpihan kaca itu turut terkena kepada anak mngs.4 menyebabkan anak-anak mngs.4 terkejut dengan kejadian itu. Beliau berkata, mngs.4 kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Berikutan itu, pegawai penyiasat bersama anggotanya kemudian pergi ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan serta merakam percakapan saksi kejadian. Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kawasan kejadian adalah di tepi jalan berhampiran kawasan rumah mngs.4,” katanya. Ahmad Shukri berkata, hasil pemeriksaan mendapati kawasan itu tidak dilengkapi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) namun mangsa sempat merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbitnya sendiri.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dilakukan. “Suspek ditahan pada hari sama sejurus selepas kejadian dan direman empat hari bermula semalam sehingga 17 Disember ini untuk membantu siasatan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati, lelaki itu negatif bahan terlarang,” katanya. Sumber: Hmetro

Siap Cakap Nak Ambil Kereta Isteri. Wanita Ini Tampil Beri Penjelasan Kejadian Pemuda Kopak Tingkap Kereta Sampai Pecah.

Semalam, sepotong video berdurasi sekitar 27 saat yang memperlihatkan seorang lelaki dengan keadaan terburu-buru memecahkan tingkap sebuah kereta viral di media sosial.Menerusi video berkenaan, lelaki itu dilihat mahu menghulurkan sesuatu kepada pemilik kenderaan tersebut. Namun, disebabkan hanya sedikit ruang sahaja dibuka, lelaki terbabit dengan ganasnya memecahkan tingkap kereta wanita itu.

Sebaik sahaja tingkap kereta berkenaan pecah, tangisan dua kanak-kanak kecil yang berada dalam kereta tersebut mula kedengaran. Menerusi laman Facebook, tuan empunya video iaitu Amira Nabila berkongsi kisah sebenar di sebalik rakaman viral tersebut. Menerusi kapsyen, difahamkan lelaki berkenaan merupakan suaminya dan mereka dalam proses ingin berpisah.

“Letih laa si4l punya perangai pagi-pagi aku kalut nak pergi kerja, celah-celah tu juga nak mai buat hal! Depan anak-anak juga nak tunjuk kelaku. Konon tu nak bagi duit dekat anak hang, ingatkan nak hulur beli susu pampers anak. Sekali tu duit aku yang melayang. Family aku dah la tak hebat, tak pasal dok kena perosah repair cermin dekat aku, seratus dua pun main dengan family tak hebat ni nampak nilai tu besar, boleh beli susu pampers anak stok untuk dua minggu. Sebelum cerita ni di play victim, aku nak habaq sesiapa pasaipa aku buka tingkap sesuku saja. Sehari sebelum kejadian, dia bawa pelari beg dokumen aku yang ada dalam kereta. Sebab tu hari ni aku buka tingkap sikit ja, kalau buka tingkap full, memang kena jerat laa macam sebelum-sebelum ni yang dok jadi dah,” katanya. Video : Klik link

Dalam pada itu, Amira turut menjelaskan yang suaminya pernah mengvgut untuk mengambil keretanya. “Lagipun aku berhati-hati kali ni sebab sebelum ni dia dok ugvt nak ambil kereta aku, siap mention nak bakar lagi. Sebelum ni juga dah berkali-kali jadi dok berebut kunci kereta dengan aku, sampai buang angin tayar kereta pun ada. So aku dah sampai tahap tak larat dah nak hadap benda ni. “Kami dalam proses perpisahan, dan sudah tak duduk skali sejak April 2021. Jadi statement ni aku bawa keluar siap-siap sebelum ada orang lain dok plot twist cerita jadi kot lain lepas tu dok claim aku putar belit bagi carca marba keadaan ka apa ka aku ada video ni sebagai bukti. Post aku bukan nak provok siapa-siapa cuma kalau rasa terprovok, cek balik. Salah tetap salah,” tulisnya. Sumber : Gempak

Lepas 10 Tahun Kahwin Tiba Tiba Pagi Tu Suami Minta Sesuatu Kat Isteri Dengan Alasan Yang Tak Masuk Akal. Terkedu Isteri Bila Dengar Apa Yang Suami Minta.

Hai salam kepada semua pembaca. aku baru dilepaskan.. alhamdulillah aku dilepaskan dengan cara baik. kisah bermula sehari sebelum raya baru2 ni pagi sebelum raya orang lain sibuk nak melemang Merendang Buat ketupat laki aku pulak pagi tu dok ketar kepala tegedk2 nak mintak kawin sorang lagi. sebagai seorang isteri.

sapa tak marah. Sapa tak kecewa. sapa tak sedih tiba2 tak ade angin tak ada ribut nak kawen.. Nak kawen dengan sapa.? bila kamu jumpa? kenal kat mana? langsung aku tak tau. bijaknya lelaki kan? 10 tahun percaya tiba2 hilang sekelip mata.. tak ada angin tak ada ribut. alasannya mudah. aku suka gadged.. aku tak layan dia.. aku tak jaga makan pakai.

tapi bila dipikirkan balik. Selama ini dia makan apa? Dia pakai baju apa? dia tidur atas apa? sapa yang buat semua tu? hantuuu kak limah ke? Dulu tak laki aku saiz x tapi sekarang ni dah jadi saiz XL. Ehh Sapa yang jaga? Hantu kak limah jugak ke ? Aku kenal dia dari kosong sampai la sekarang. aku malas lah nak cakap dia pangkat apa.. dari susah sampai dah mula hidup senang.

Dia tinggal aku macam tu je. sekelip mata Allah tarik semua dari aku.. aku mintak dia buat pilihan aku atau Dia. dia tak boleh nak buat keputusan.. dia tetap nak juga dengan yang sana. aku ambik jalan selamat aku tarik diri.. baru je sebulan benda ni jadi dan dengan mudah dan dengan sekali lafaz aku dilepaskan dengan talak 1… macam tu saja. Tak ada alasan kukuh lain.

Terbaru ni pula.. mak sedara bekas laki aku contac aku cakap bekas laki aku cakap pada sedara mara bila dia tak dak kat kem aku melayan jantan.. ya rabbi.. fitnah apakah itu? sepanjang sebulan aku kat kem dan kawan2 baik bkas laki aku banyak sangat tolong. Kawan baik dia.. bukan kawan baik aku.. dia kat mana masa tu. Dia abai aku seolah2 dah tak de ikatan.. mungkin orang lain boleh faham dan orang tau apa yang jadi bukan salah aku. tapi aku tak salahkan pon bekas laki aku tu.. mungkin pada mata dia..aku tak pandai jaga dia.

tapi pada aku. aku dah buat sehabis boleh.. lillahiitaaala aku buat semua benda Iklas untuk kamu. Walaupon kita dah tak dak apa2. aku tak simpan dendam. Yang jadi biar lahh. teruskan lah hidup macam biasa. Cuma agak susah untuk aku. sebab aku tak Punya apa2 mak abah pon dah lama pergi dulu.. pada yang merampas aku tak kisah awak nak kan suami aku.

Awak ada harta awak ada rupa awak ada segalanya.. perlu lagi ke nak kan suami orang. mula2 dulu aku pikir nak viral muka kamu tapi apa aku dapat. buang masa je. tau tak sebab apa aku tak nak jumpa kamu.. tak nak srng kamu.. walaupon kita dekat aku boleh sangat2 kalau nak buat… tapi jatuhlaa standart aku nak pegi jumpa orang macam kau.. bodh la aku kalu nak begdh kerana seorang lelaki.. sebab tu aku ambil keputusan aku diam dan aku biar jee kamu dating depan2 mata aku..

aku tau dan aku nampak selalu. Berkali2 juga hancur bederai hati aku… rasa nak pengsan kat situ. Tapi aku kuatkan semangat.. aku tak duduk sorang2.. aku cari kawan2 aku. aku cari semangat aku balik. aku buat seolah2 tak dak apa yang jadi.. padahal dalam hati Allah saja yang tahu.. aku perempuan kamu pun perempuan sikit pon kamu tak jaga hati wanita lain.. kita Sama2 perempuan kak.. sepatutnya hormat perasaan orang lain.

Kalau nak pun sabar la. Tunggu selesai semuanya. ambik la. dating la ceruk mana kamu nak duduk. aku tak nak mendoakan yang buruk2 untuk kamu berdua. biar lah apa yang dah jadi jadikan pengajaran untuk diri aku sendiri. cuma pesanan untuk kamu. Mintak doa la pada tuhan…

supaya hidup kamu jangan merana macam aku bila satu hari benda yang sama jadi pada kamu atau anak2 kamu. baik kamu doa dari sekarang kak. Mintak kawan2 kamu tolong aminakan sekali. jaga2 kak sebab kifarah Allah ni selalunya cepat..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*