Akhirnya bekas isteri fizi ali tampil ceritakan hal sebenar buat ramai terkedu

Kuala Lumpur – Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali, 32, memaklumkan khabar d.uka dia dan isterinya, pelakon Shakilla Koriri, 32, sudah berpisah dan kini memilih untuk membawa haluan berbeza. Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimudin menjelaskan biarpun sudah hidup berasingan, dia dan Shakilla bersepakat untuk membesarkan anak mereka, Ameena dengan penuh kasih sayang.

“Assalammualaikum semua. Maaf kepada mereka yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni. “Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing. Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. “Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi. Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini,” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.

Saya Tahu Ramai Lihat Kami Bergembira

Biarpun diduga dengan perpisahan, pelakon Shakilla Khoriri, 32, reda dengan ketentuanNya dan mengakui fokus utama ketika ini adalah untuk membesarkan anak, Ameena yang berusia dua tahun. Shakilla berkata biarpun jodoh bersama suami, Fizi menemui titik noktah, namun mereka tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk memberikan kasih sayang buat Ameena.

“Saya tahu ramai yang melihat kami gembira dan tidak bermasalah, cuma sebagai manusia kita reda dengan ketentuanNya. Tipulah jika tidak sedih, kami sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun, malah berkawan sejak 2013 lagi. “Hubungan itu sudah lama sangat, namun Allah SWT sudah tentukan sehingga detik ini saja perkahwinan kami. Saya percaya, Allah mempunyai aturan yang lebih baik buat kami berdua.

“Bagi saya, isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana adat dan lumrah perkahwinan. Buat masa ini, hanya doa yang baik-baik saja yang diperlukan daripada semua pihak. “Sudah penat sebenarnya saya menangis, jadi jika ditanya keadaan ketika ini, sudah tiada apa hendak disedihkan lagi kerana perkara sudah terjadi. Kami berdua masih menyambung kerja seperti biasa dan bergilir-gilir menjaga Ameena,” katanya. Terdahulu, pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali menerusi paparan di Instagram memberitahu dia dan isterinya, Shakilla Koriri kini mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Dapat Tahu Fizi Ali Nak Berpisah Dengan Isteri. Sekali Ini Kata Kata Dari Feeya Iskandar Dalam Linangan Air Mata Buat Ramai Yang Sebak.

BERITA perpisahan Fizi Ali dan aktres Shakilla Khoriri mengejutkan ramai pihak termasuk rakan penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar. Feeya atau nama sebenar Nor Shafiza Iskandar Azizan, 32, tidak dapat menahan sebak ketika membaca perkongsian Fizi di Instagram mengenai berita perpisahan itu.

“Kita sebagai kawan, dah bertahun kerja sama. Apabila tengok Meena (anak Fizi) dan lihat mereka happy family tapi apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. “Nak cakap fasal janji, yela kita mesti pernah janji nak setia dengan pasangan sampai bila-bila tapi kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, Fizi menerusi laman Instagram mendedahkan dia dan pelakon Syakilla Khoriri mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun hidup bersama. Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 32, berkata, keputusan untuk membawa haluan masing-masing itu diambil secara sepakat.

Kadang-kadang Allah uji, kita doakan mereka terus kuat. Fizi berkahwin dengan Shakilla, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun. Sementara itu, Feeya atau lebih mesra disapa sebagai Cik Piah ini mengakui berasa sedih dengan berita perpisahan tersebut.

Mendoakan agar mereka terus kuat, Feeya turut memuji Fizi dan Syakilla yang tetap mengutamakan anak mereka biar apa pun terjadi. Fizi dan Syakilla dilihat sebagai pasangan yang bahagia. “Tak boleh nak cakap… kita ada anak dan kita sebagai kawan sudah tentu rasa sedih. Kita tengok mereka happy family. “Kadang-kadang Allah uji, kita doakan mereka terus kuat. Tapi baguslah, tak ada gdh-gdh. Sama-sama jaga anak walaupun dah tak bersama. “Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik,” ujarnya.

https://www.facebook.com/watch/?v=393756689163687

‘Ini soal hati, kami dah sepakat berpisah’ – Shakilla Khoriri

Kuala Lumpur: Biarpun diduga dengan perpisahan, pelakon Shakilla Khoriri, 32, reda dengan ketentuanNya dan mengakui fokus utama ketika ini adalah untuk membesarkan anak, Ameena yang berusia dua tahun. Shakilla berkata biarpun jodoh bersama suami, Fizi menemui titik noktah, namun mereka tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk memberikan kasih sayang buat Ameena.

“Saya tahu ramai yang melihat kami gembira dan tidak bermasalah, cuma sebagai manusia kita reda dengan ketentuanNya. Tipulah jika tidak sedih, kami sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun, malah berkawan sejak 2013 lagi. “Hubungan itu sudah lama sangat, namun Allah SWT sudah tentukan sehingga detik ini saja perkahwinan kami. Saya percaya, Allah mempunyai aturan yang lebih baik buat kami berdua.

“Bagi saya, isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana adat dan lumrah perkahwinan. Buat masa ini, hanya doa yang baik-baik saja yang diperlukan daripada semua pihak. “Sudah penat sebenarnya saya menangis, jadi jika ditanya keadaan ketika ini, sudah tiada apa hendak disedihkan lagi kerana perkara sudah terjadi. Kami berdua masih menyambung kerja seperti biasa dan bergilir-gilir menjaga Ameena,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali menerusi paparan di Instagram memberitahu dia dan isterinya, Shakilla Koriri kini mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Malah, Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimudin, 32, berkata, biarpun mereka bukan lagi suami isteri, namun Fizi dan Shakilla ingin memastikan anak mereka, Ameena membesar dengan baik.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun. Mengulas juga mengenai ‘ruang berbaik’ buat mereka, Shakilla berkata selepas sah berpisah, memang ada yang meminta kami berbaik demi Ameena namun ini membabitkan soal hati. Malah, kami sudah capai kata sepakat untuk berpisah.

“Biarpun Ameena diserahkan kepada saya, namun kami berdua bergilir-gilir menjaga Ameena memandangkan jadual kerja sudah padat sehingga Mac tahun depan. Jadi tidak timbul istilah berebut anak dan sebagainya. “Apabila tiba masa yang sesuai, kami akan menjelaskan situasi sebenar kepada Ameena. Cuma, sekarang saya terpaksa membuat alasan mengatakan Fizi bekerja jika dia bertanya mengenai ‘daddy’ dan InsyaAllah, Ameena akan faham juga nanti,” katanya.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*