Terkejut Dapat Bil Makan Mahal. Pak Azad Terus Buat Pengsan Depan Pelayan Buat Warganet Terhibur.

Petaling Jaya – Nampaknya sejak pembukaan sempadan negeri yang menyumbang kepada kerancakan semula industri pelancongan, pelbagai berita berkaitan kenaikan harga makanan menjadi perhatian ramai.Tidak dinafikan kenaikan harga bahan mentah sejak kebelakangan ini turut mempengaruhi. Bagaimanapun harga yang ditawarkan agak tinggi dan tidak masuk akal.

Pak Azad Terkejut Tengok Bil

Sebut sahaja nama Azad Jasmin, pasti ramai yang sudah mengetahui perangai lucunya. Video disediakan di akhir artikel.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Syazwan Shuhaimi di TikTok memaparkan Pak Azad yang menerima bil selepas selesai makan namun jumlahnya itu membuatkan dia terkejut.

Warganet yang meninggalkan komen-komen juga tidak ketinggalan turut berseloroh dengan bermacam-macam reaksi lucu terhadapnya yang mana gelagat terkejut Pak Azad itu menghiburkan apatah lagi dia jarang tidak membuatkan peminatnya ketawa.

Reaksi Orang Ramai

Saya dh tengok berulang hahahaha baru baca komen eh eh ramai juga tgk berulang biar pak ezad penat p.engsan, waiter tu terkejut.

Azad dgn wife kalau tak kelakor tak sah. Ko memang lahir2 dah kelakau ke m.usibat.. hahahaha.. 3 kali aku ulang h.njing.

Video:

https://www.facebook.com/watch/?v=427219872442237

Mcam mcm hal la pakazad nie…waiter pon terkejut.

Sapa tgok bnyk Kali sbb nk tgok hrga brpa..hahhaha. Mana mau cukup tu gaji sebulan hahahaaha.

Kredit : HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Lepas Tular Harga Kailan Ikan Masin Kayangan Akhirnya Pemilik Restoren Tampil Bongkarkan Apa Sebenar Yang Terjadi Sebelum Sayur Dia Viral.

Peniaga kailan ikan masin berharga RM18 di Kepala Batas di sini yang tular di media sosial sejak semalam tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu hari ini. Menerusi posting di laman Facebook Anjung Ikan Bakan Nory, pengusaha berkenaan berkata, kejadian itu mungkin berlaku akibat salah faham pekerjanya ketika menyediakan tempahan pelanggan.

“Kesilapan kami mungkin juruwang tersilap ‘key in’ harga hidangan saiz L (besar) atau mungkin pelanggan memesan saiz L, tetapi kru bahagian dapur sediakan kailan ikan masin itu dalam saiz S (kecil) berdasarkan gambar (yang tular). Jika pihak kami silap, boleh datang terus bertemu kami untuk menyelesaikan isu ini dan bukan ditularkan (di media sosial),” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, dengan penjelasan berkenaan, pihaknya berharap dapat menyelesaikan isu tersebut dan mengharapkan kerjasama pengadu untuk menghubungi pihak restoran. Menerusi posting itu, pihak restoran berkenaan turut memberi penjelasan mengenai harga masakan kailan ikan masin mengikut saiz iaitu S berharga RM6, M (RM12) dan L (RM18) dengan memaparkan gambar menu restoran.

Gambar Menu Restoren

Terdahalu akhbar melaporkan seorang pelanggan terkejut apabila telah membeli sebungkus kailan ikan masin bagi seorang makan yang berharga RM18 di sebuah restoran di Kepala Batas. Kejadian itu tular di media sosial Facebook selepas pelanggan berkenaan berkongsi gambar resit dan hidangan itu sambil mendakwa harganya sukar diterima biarpun reda. Resit berkenaan turut memaparkan lauk ikan jenahak berharga RM90, sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan nilai keseluruhan RM122.

Sumber : Kosmo Online!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sampai Dah Jadi Kes Peguam Negara. Sekali Ini Pulak Jawapan Dari Peniaga Siakap Beribu Yang Tak Diterima Oleh Kpdnhep.

Kuala Terengganu: Peniaga siakap di Langkawi, Kedah yang tular pada awal bulan ini kerana menjual hidangan lebih RM 1,000 didapati gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap seperti dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP. Kertas siasatan melibatkan pemilik restoran terapung yang tular kerana menjual hidangan seekor siakap berharga RM 1,196 di Langkawi, Kedah akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, peniaga berkenaan bakal didakwa mengikut Seksyen 53 A Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga terbabit didapati gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap dikehendaki kementeriannya mengikut tempoh ditetapkan.

“Peniaga itu memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP, namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci. “Tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan.

“Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu menyebabkan kertas siasatan dibuka dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di program lawatan Timbalan Menteri KPDNHEP di kawasan Tanaman Fertigasi Melon Manis Terengganu MMT di Kampung Peradong, Manir di sini, hari ini.

Rosol berkata, Tindakan itu dikenakan berikutan kegagalan peniaga berkenaan menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar. “Seksyen 53 A Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu memperuntukkan hkman denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

“Siasatan lanjut atas kesalahan mencatut tidak dapat dijalankan disebabkan dokumen perniagaan dihantar peniaga itu tidak memberi maklumat terperinci berhubung kos operasinya. “Peniaga itu hanya menyatakan harga jualan ikan siakap iaitu RM 16 bagi setiap 100 gram tidak pernah berubah sejak tiga tahun lalu, namun ia bukan bukti kukuh dan tidak mencukupi bagi melakukan siasatan,” katanya.

Beliau menasihatkan golongan peniaga agar sentiasa menyimpan rekod perniagaan termasuk resit pembelian dan proses bagi memudahkan penyiasatan KPDNHEP sekiranya berlaku sebarang isu berbangkit. Media sebelum ini melaporkan sekumpulan individu terkejut apabila mereka terpaksa membayar RM 1,196.80 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat kira-kira tujuh kilogram di sebuah restoran baru-baru ini. Kisah ikan siakap kayangan itu kemudiannya menjadi tular selepas resit pembayarannya dimuat naik di Facebook sebelum KPDNHEP mengemukakan notis s.iasatan kepada peniaga terbabit tidak lama kemudian.

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Ada Yang Tanya Berkenaan Isu Tular Order Ikan Siakap. Sekali Penjelasan UAI Buat Ramai Yang Sedar.

BARU-baru ini negara digemparkan pendedahan seorang lelaki berkenaan caj harga seekor ikan siakap mencecah ribuan ringgit oleh pemilik restoran terapung di Langkawi, Kedah. Pelanggan hadir bersama enam yang lain dihidangkan ikan siakap seberat 7.48 kilogram (kg) berharga RM1,196.80. Difahamkan jumlah keseluruhan bil termasuk hidangan makanan dan minuman lain pula mencecah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan.

Manakala pihak restoran pula menjelaskan dia sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti siakap merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5kg yang mana lebih sesuai untuk dijadikan hidangan. Malah pihak restoran mendakwa turut dimaklumkan pelanggan sedia maklum harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram.

Ikan yang dipesan seberat kira-kira 7kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran. Pendakwah, Ustaz Azhar Idrus memberikan pandangan ketika diaju soalan berkaitan kontr0versi itu yang disiarkan menerusi saluran Youtube rasmi beliau.

SOALAN

“Biasa sebuah keluarga seramai lima hingga tujuh orang akan memesan dua ekor ikan seberat 1kg hingga 2kg. Bagaimana jika tanpa persetujuan pelanggan, ikan yang dipesan itu seberat 7kg.”

JAWAPAN

Menurut Ustaz Azhar, menjadi kelaziman saiz hidangan ikan untuk dimakan lima hingga tujuh orang ialah dua ekor ikan bersaiz sederhana. Dalam pada itu, katanya konsep jual beli juga perlu jelas. Kita pergi makan, kita pesan ikan siakap seberat 1.5kg hingga 2kg. Kemudian apabila ikan yang dipesan sampai dan dihidang, kita dapati ikan itu besar, contohnya mencecah 7kg.

“Apa yang perlu fahami ialah konsep asal jual beli ini. Hakikatnya kita perlu membeli terlebih dahulu kemudian barulah boleh dimakan. Contohnya ayam goreng K**, kita akan membayar terlebih dahulu. Ia menjadi hak milik kemudian barulah ia dimakan. Itu asal konsep jual beli, “ jelasnya.

Turut diterangkan tindakan yang perlu dilakukan sebagai pelanggan sekiranya dihidangkan makanan berlainan daripada yang dipesan. “Kalau kita pesan makanan (ikan) seberat 2kg, peniaga hantar ikan 10kg, maka jangan makan. Kalau kita makan juga, ia bermakna kita bersetuju dengan saiz ikan,” ulas Ustaz Azhar.

Selain itu pendakwah kelahiran Terengganu itu turut mengulas berkenaan segelintir peniaga yang bertindak mengambil kesempatan terhadap pelanggan. “Pihak penjual pula ambil kesempatan. Pelanggan buat pesanan (lain) tapi penjual masak dan hidang yang besar. Misalnya pelanggan pesan dua ekor ikan, tapi dihidangkan empat ekor ikan. Ini dipanggil helah. Helah itu hukumnya har4m. Jangan main-main, nak berjual beli belajarlah dahulu. Supaya bila berniaga ia barakah (berkat),” tuturnya.

UAI turut menyentuh berkenaan kebanyakan peniaga yang bertindak memanaskan makanan tidak habis dijual kerana ingin mengaut untung lebih. Malah katanya ada peniaga makanan menghidangkan kepada pelanggan sajian yang tidak dipesan. UAI menjelaskan ia adalah satu bentuk perangkap. Jika ia tidak mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak, maka ia adalah jual beli yang tidak diredai syarak. Katanya, tindakan memerangkap pelanggan dengan hidangan yang mahal adalah satu bentuk penganiayaan.“Kalau standard lima hingga enam orang makan, tidak sepatutnya hantar ikan seberat 7kg.

“Ikan siakap bukanlah ikan yang sering dimakan golongan bangsawan. Tidak seperti kerapu atau spesies ikan ‘kayangan’ lain. Jadi kita perlu hantar lauk itu atas jalan uruf. Jangan hantar kepada orang yang tidak makan harga ikan sebegitu dan kita pula diam tidak maklumkan. Ia akan mewujudkan perkelahian,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan 2011 kepada peniaga restoran tersebut pada Sabtu. Pemilik restoran diberi tempoh lima hari untuk menjawab beberapa perkara yang dinyatakan di dalam notis itu. Antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan, minuman dan produk yang dijual. Sumber : Trending Sangat

Tular Harga Ikan Siakap Di Sebuah Restoran. Sekali Pemborong Ikan Pula Tampil Jelaskan Jualan Ikan Siakap Sekarang.

Jualan ikan siakap di pulau ini tidak terjejas susulan tular harga siap masak ikan itu di sebuah restoran yang mencecah RM1,196.80 sejak tiga hari lalu. Tinjauan di Pasar Awam Kuah di sini, mendapati urus niaga siakap berjalan seperti biasa dengan orang ramai membeli pada harga RM16 sekilogram. Peniaga, Shahabudin Mohd Ali, 53, berkata, jualan siakap di gerainya seperti biasa, malah ada peniaga membeli lebih bagi menampung permintaan sempena cuti sambutan perayaan Deepavali.

“Rata-rata harga jualan ikan siakap di pasar ini RM16 sekilogram dan ia lebih rendah berbanding RM18 sekilogram beberapa bulan lalu. Ya, permintaan (siakap) tidak terjejas walaupun isu siakap mahal dibincangkan meluas dalam media sosial,” katanya ditemui di sini, hari ini. Pemborong ikan, Azizan Mat, 48, berkata, dia membekalkan purata 150 kilogram siakap sehari kepada restoran sekitar Kuah dan Pantai Chenang.

“Memang ada kawan tunjuk pada saya berita mengenai siakap mahal dalam Facebook, tapi jumlah siakap yang saya jual tidak berkurang sejak tiga hari lalu. Mengenai harga mahal di restoran itu, saya tak boleh ulas sebab harga di situ untuk siakap hidup, tapi saya jual siakap sudah mati,” katanya. Sebelum ini, media melaporkan, makan tengah hari sekumpulan pelancong di sebuah restoran di pulau ini dikejutkan dengan harga siakap yang didkwa RM1,196.80.

Pelanggan sendiri mahukan siakap itu – Pemilik restoran

Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan,” kata pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa.

Menurutnya, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.Katanya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g). Sumber : Awattsyeikh

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*