Istri Letak Syarat Mas Kawin. Aku Turuti Sbb Syg. Kini 6 Bln Kawin Aku Masih Teruna… Rupanya Isteri Dah Lama Sorok Sesuatu

ila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum semua, aku Ameer. Aku dah berkahwin hampir 6 bulan. Tapi sampai sekarang aku dan wife aku tidur asing2. Confession ni agak panjang sebab aku tak nak buat part lain. Kalau rajin baca, kalau tak sila pergi ke perenggan akhir sekali.

Aku ada Tanya soalan kat situ. Sebelum kitaorang kahwin, kami masing2 tak kenal antara satu sama lain. Kira wife aku ni mak ayah aku tolong carikan sebab aku agak busy dengan kerja.

Satu hari mak aku call suruh pergi jumpa sorang perempuan ni. Kira macam blind date lah bak kata omputih. Asalnya aku tolak sebab ye lah aku busy kan. So hari cuti aku nak rehat je lah kalau boleh. Tapi harapan mak sapa nk tolak weh, aku pergilah jugak.

Mak aku kasi lah nombor tel perempuan tu kat aku. Aku bukak ws tgk dp kosong. mesti dia ni tak save lagi no aku ni tak pun dia tak letak dp. Aku nak ws nampak macam gelojoh sangat pulak jadi aku diam je lah.

Lagipun hujung minggu kan blind date tu, ahh lambat lagi. Hujung minggu pun tiba, aku pakai kemeja smart2 dah. Bagi aku first impression sangat penting ye lah sebab nak nampak at least sedap mata memandang lah kat mata orang lain.

Sebelum keluar tu aku sempat lah ws dia, tapi aku ws bnda mengarut doh. Aku pun tak tau kenapa aku ws macam tu kat dia. Nervous mungkin. “Hai, buat ape tu, jom g date”, tu ahh ayat first aku send kat dia. Sumpah aku menyesal.

Rasa macam gelojoh pastu miang g1la. Dah la muka aku ni orang dah cop pl4yboy. orang lah cop aku tak cop pun, aku ni setia orangnya. Jadi aku dah redha lah kalau si dia ni tak berkenan kat aku sbb ws aku tadi tu.

Whatsapp aku tadi hanya dibluetick je. ooh k3jamnya. Dah gerak sampai tempat blindate tu, aku tunggulah si gerangan bakal zaujahku ini, duhhh, tunggu punya tunggu tak sampai jugak.

Aku dah lah nervous sampai nak terberak terkencing. tiba2 aku terpandang depan, there she is, orangnya tinggi, raut wajah yang cukup manis bagi aku, putih kuning langsat, cantik. Cukup untuk buat hati aku berdebar masa first time aku tgk dia. Pergh, memang pandai mak aku pilih hehe.

Dia sampai meja aku takde salam takde ape terus duduk. “Eh, ” dia eh tetiba. Aku terkejut aku pun eh la jugak. awkward moment..” Awak ni Ameer kan, Ameer Wildan, blind date saya”, sambil senyum sinis kat aku.

Perghh, bila tgk senyuman sinis dia tu aku dah agak dah perempuan depan aku ni bukan calang2 perempuan. Perempuan2 lain selalunya control g1la depan aku, boleh kata pijak semut api pun tak m4tilah tapi dia ni aishh, level dia lain macam.

Jantung aku tak henti2 berdebar, dah macam nak kena he4rt 4ttack dah kot, aku cuba control macho, ”aah saya lah tu”, dengan suara ketar2 aku jawab. shoottt, habis macho aku.

Dia tgk aku tak berkelip, kau tau macam orang tgk kau tapi muka org tu takde perasaan, takde perasaan habis. Aku dah lah nak terkencing terberak. Nervous weh, first time aku rasa benda macam ni.

Ingat lagi bila member aku bagi tahu dia bergetar tulang rusuk aku bahan dia sekarang ni jadi kat aku sendiri.

Dia masih tgk aku pastu dia kata sesuatu yg aku takkan lupakan seumur hidup aku. “ameer, do you love me?”, sikit lagi aku tersembur air depan dia. Terkejut woii. Aku senyap jap, tgh pikir nih nak jawab apa nih. Dalam tgh karang ayat baik punya dalam otak tiba2 dia cakap, ” saya tahu awk tak cintakan sy, samelah sy pun tak cintakan awk. macam mana nak cinta kalau sebelum ni kita tak pernah berjumpa”.

Terkedu aku dengar, kalaulah dia tahu bagaimana perasaan aku masa first tgk dia tadi, debaran tu masih tak hilang2 dan betapa aku yakinnya dialah pemilik tulang rusuk aku ni mesti dia akan fikir dua kali.

Confirm. “ape yang buat awk fikir macam tu” aku tanya dia. tetiba suasana jadi tense. Kali ni dia dah tak pandang aku, ” Ameer, setiap perempuan nak berkahwin sekali seumur hidup, takkan ada perempuan yg nak berkahwin lebih pada satu.

Sebab tu kalau boleh sy nk cari yg betul cintakan sy, dan saya cintakan dia, bukan hanya untuk mengelak dari persoalan saudara mara atau untuk mengelak gelaran dan perkataan sinis dari masyarakat sekeliling.

sekarang ni bnyak perempuan tersilap memilih pasangan semata mata untuk mengelak semua tu. Banyak yg dah jadi ibu tunggal, putus asa, hilang keyakinan disebabkan tersilap memilih pasangan.

dan sy harap sy bukan salah seorang antara mereka”. Tersentak hati aku, macam yang aku sangka perempuan yg sedang duduk di depan aku ni lain dari yg lain. Dan masa ni aku dah bertekad macam mana sekalipun aku akan jadikan dia isteri aku yg sah.

Dia sambung lagi, ” saya tak percaya pada cinta selepas kahwin, awk tak rasa cinta selepas kahwin tu macam test and error je ke? Kalau nasib baik timbul perasaan cinta kalau tak cerrai ke? dia soal aku.

Memang masa ni aku rasa nk sangat buktikan dia yg aku ni seorang lelaki yg dia boleh percaya sebagai pasangan hidup. Aku rasa tercabar aku tak tau kenapa, aku memang pantang dicabar sikit eh. “Saya tak rasa macam tu pun, orang selalu kata cinta selepas kahwin tu indah, ye lahh dah halalkan”, aku balas setempek. “Itu orang kata Ameer, realiti lain dari fantasi. perempuan selalu mengharapkan fantasi lebih tanpa mengendahkan realiti yg amat menakutkan”.

Sumpah masa ni aku rasa geram sangat. Mesti ada lelaki yg dah s4kitkan hati dia sampai dia express kan kata hati dia macam tu sekali. Memang kalau aku jumpa laki tu memang aku tumbok ahh. berani dia buat macam tu kat bakal zaujah aku yg kiut miut ni. ” Sy kan Ameer, selama ni sy selalu menjaga hati sy.

sy selalu elakkan dari jatuh cinta dari orang yg tak sepatutnya. Sy tak nak jaga hati jodoh orang lain. Saya nak tanya awk sy orang yg keberapa?”, Perghh nk terkentut aku bila dia tanya soalan macam tu.

jujur aku cakap sebelum ni memang aku ada beberapa orang ex tapi aku tak pernah ada perasaan yg macam aku tgh ada sekarang dengan dia. ” 5 orang, tapi semuanya tipu saya. lebih tepat lagi kalau sy kata diorang mata duitan, suka sy sbb duit”, jujur aku cakap kat dia.

Memang semua perempuan yg aku jumpa macam tu, aku tak tau kenapa aku memang selalu tak bernasib baik dalam percintaan yg tak halal ni. nama pun tak halal.

Kebanyakannya suka suruh aku beli itu ini yang memang aku beli selagi aku mampu lepastu curang and so on. tapi yg peliknya lepas clash tu aku tak rasa sedih ape pun sbb aku dah expect dah bnda macam tu akan jadi.

jumpa orang salah benda salah yg akan jadi. ” so, sy ni orang keberapa pulak”, aku tanya dia. Dia jawab ” saya tak pernah couple lah Ameer”. Terkejut aku, takkan lah tak pernah couple kot. Lawa macam ni takkan tak pernah.

” Betullah mer tak pernah sbb tak minat. Kenapa couple kalau akhirnya clash jugak pastu merana. tak nak lah. Banyak lagi bnda lain yg boleh buat selain couple”.

Memang terasa aku ngan ayat last dia, buat ape couple kalau akhirnya clash jugak. benda sia2. Masa ni memang aku dah bertekad dah nak cakap kat mak aku yg aku nak kawin ngan dia. Mak along nak dia nih.

“Sebabtulah Ameer, kalau tgk sekarang ni kan bnyak benda pelik berlaku. tu baru kat Bumi, kita tak tau lagi kat planet lain macam mana”, Jap, korang mesti pelik kan, tadi cakap pasal couple pastu sekarang pasal planet pulak.

bukan korang je pening aku pun pening. Macam mana eh perempuan senang eh nk switch dari satu topik ke topik yg lain. Pelik bin ajaib aku. tapi aku layankan je lah. “Pastukan Ameer, tahu kan dunia kita ada beratus ribu galaksi.

dan kita duduk di Bumi yg terletak dalam Galaksi Bima Sakti. Dalam Galaksi Bima Sakti pun dah ada bnyak planet. Tak tertanya kah kita dalam galaksi-galaksi yg lain tu macam mana? Indahnya ciptaan Tuhan kita kan”, You know what guys, this conversation is a new level for me and i’m ready for everything new with her. Ya Allah, masa ni, masa dia tgh bercerita ni, aku cam, she’s just wow, korang tau perempuan yg berilmu tu yg paling seksi.

and yes i find her very s3xy when she talked about this. not some girlish things but this kind of knowledge. made this man in front of her speechless doe. ” Dan sy rasa kan Ameer jodoh sy mesti ada kat planet Marikh la atau kat planet lain atau kat Galaksi lain ke kita tak tau kan”. haa, masa ni aku dah tak teruja dah sbb ape..why can’t she realise that her future husband is in front of her.

Seriously girl. Tak payah nak cari sampai kat Planet Marikh la, kat depan ni haa dah ada. haih, silly girl. “Ameer sy rasa sy cakap bnyak sangat lah, benda mengarut pulak tu”, dia cakap sambil gelak. Aih comel betul.

Kuatkan imanku Ya Allah. ” No girl, i love listening to you, your story your voice. it’s wonderful”, Perghh, tgk kuasa mengayat aku. bab2 mengayat perempuan memang kepakaran aku hehe. “Such a sweet talker”, dia kata sambil senyum sinis.

senyum sinis weh. Yep aku lupa, she’s not an average girl, such a different level than any woman that i have met before. Girl, be my wife please. “So Ameer, sy rasa kalau awk nk kahwin awk carilah orang lain.

saya bukan perempuan yg awk cari untuk jadi isteri. Sy masih tak ready untuk jadi zaujah sesiapa buat masa sekarang. Saya ada cita2 yg tinggi dan sy nk capai cita2 tu sebelum sy kahwin. Ada banyak benda yg sy nak capai sebelum kahwin.

Kahwin satu tanggungjawab yg besar dan sy risau sy tak dapat pikul tanggungjawab tu sbb sy ada bnyak komitmen”, Ye aku tak terkejut bila dengar dia tak ready untuk kahwin. Well she told me everything. ” Girl, we’ll take things slowly, if you’re not ready then it’s okay. I will wait for you until you’re ready”, jujur aku cakap kat dia dan memang asal nk serious je mmg aku akan speaking. dah jadi satu habit bagi aku haha.

bila speaking ni cam ada deep meaning. cer korang try serious lain. jangan bash aku sudah. “Walaupun sy tak pandai masak sedap2, tak pandai kemas rumah, tak suka budak2, degil tak suka dengar kata awk still nak kahwin dengan sy?”, dia Tanya aku. Ok guys, ni ayat jerat. Kepada para lelaki kat luar sana kalau ada perempuan kasi ayat macam ni kat korang, percayalah korang si dia sedang menguji anda.

Kau still sayang tak lagi pada dia kalau dia tak pandai semua tu? You have to squish your brain bro. Aku jawab, “ yes girl”, tgk cara aku jawab, singkat je tapi masa kau cakap tu kau pandang dia dengan deep eyes bro, free tips from me, thanks me later. “Tak payah la Ameer tunggu sy, buang masa, sy tak nak kahwin dengan awk, marriage is not my thing”, perghh tatapan mata aku kat dia tak menjadi weh, hilang akal aku.

“ Give me 3 months, no 1 months at least let me try first”, perghh tak pernah aku terdesak macam ni. Dia geleng kepala tak mau kasi aku chance sikit pun. Lagi dia jual mahal lagi la aku nak.

Lumrah manusia memang macam tu. Kalau aku dah tekad memang aku buat. Date haritu agak lama lah jugak, 2 jam lebih rasa. Bangun dari tempat duduk baru aku rasa betapa kebasnya punggung aku. Ada banyak lagi conversation aku dengan dia, tapi yang lebih kepada personal jadi aku tak share la.

Yang aku tulis ni yang aku paling ingat je lah. Usaha woi nk ingat benda yg dah jadi tahun lepas. Lepas dari date tu, kitaorang part ways. Nak jalan ngan aku pun tak nak. Jual mahal betul.

Lagi mahal lagilah aku nak. So start malam kitaorang g date tu aku dah start mengayat dia, ucap selamat malam lah, pagilah, petang lah, macam2 aku buat. Mujur aku tak tanya dah berak ke belom.Tapi hampeh satu pun dia tak balas.

Tercabar aku. Bagi bunga, coklat apelagi. Semua aku buat nak acah2 romantik la konon, hampeh. Ada satu hari sbb tak tahan diendahkan aku pergi kat office dia. Sanggup tunggu dia walaupun hujan lebat.

Sejuk aku. Aku call, dia reject call. Eh eh eh. Dekat 17 kali aku call barulah lah baik hati nak jawab. Tak yah kata aku g1la lah, korang time jatuh cinta pun camni gak. Aku tunggu punya tunggu, hah sampai jugak si pencuri ni.

Pencuri ape, pencuri hati aku lah haha. Sambil duk gelak2 tgk kesengsaraan aku, duh boleh dia gelak, dia bukak pintu kereta aku. Seperti biasa takde salam takde ape terus dia duduk sebelah.

Aku pulak yg berpeluh ni. “awak boleh hntar sy balik rumah tak? Sy tak bawak kereta lah harini”, dia Tanya aku. Aku tak tau lah aku yg angau ke ape tapi sumpah dia comel bila dia Tanya aku tu. Susahlah jadi lelaki yg jatuh cinta tetiba ni.

Aku iyekan jelah, nak cakap bnyak takleh, jantung aku berdebar dup dap. Dia haritu, bnyak cakap macam first date kitaorang. Suara dia aish, sumpah lembut macam roti canai yg baru siap goreng tu.

Macam tu ahh aku boleh describekan. Aku makin jatuh cinta. Radio pulak tgh main lagu Hotel California by Eagles. Dengan hujan renyai2 perghh romantic g1la. Sebab aku nak menghayati suasana romantic tu aku bawak kereta dalam 60 ke 80 je.

Lagipun hujan takleh laju2. Pastu dia kata, “eh slownya bawak, macam kura2”, bai, dia ni kalau cakap memang tak jaga hati aku langsung. Dah lah cakap sambil senyum sinis kat aku. Memang jenis suka senyum senget ke ape ni.

Tak kisah lah senget ke ape, janji aku suka. Aku pun up kan lah sikit jadi 100. Lebih2 takleh bahaya, hujan ni. Perempuan ape tau. Dah sampai rumah dia, tetiba dia kata kat aku, “Ameer, awk ada masa sebulan, bye”, sambil senyum kat aku dia blah macam tu je.

Tapi senyuman dia, bukan senyuman sinis ke senget tapi senyuman manja. Masa tu terserlah dimple kat pipi sebelah kanan dia. Lagu kat radio pulak lagu moves like jagger buat aku rasa nk berjoget pulak. So, start malam tu dia dah balas mesej aku.

Ha tengok, aku terer kan bab2 ni. Dari sebulan pergi ke dua bulan dan seterusnya. Setiap hari aku happy. Setiap date mesti ada cerita yg tak masuk akal, kucing lah, alien lah, technology terkini lah, robot lah. Bnyak lah topik2 diluar kotak pikiran aku.

Tapi takpe, aku suka. Dia pun bnyak ajar aku supaya memahami maksud Al Quran bukan main baca tak paham maksud. Aku jadi orang yg lebih baik daripada sebelum ni. Gaduh tu ada lah kadang2 sbb memang aku suka cari pasal.

Satu hari aku, aku petik keberanian, aku lamar dia. Lepas 6 bulan kenal, sbb aku betul2 yakin dia jodoh aku, aku nk sehidup sem4ti ngan dia. Oh ya lupa aku nak cakap, kitaorang tak couple pun.

Aku je perasan kitaorang g date ape semua sbb dia awal2 dah kata nk kawan boleh tapi lebih2 takleh. Sbb dia nk cintakan suami dia je. Kira teman tapi mesra lah selama 6 bulan tuh. Lamaran tu aku buat habis romantic dah kot tapi dia cakap dia nk fikir dulu boleh.

Boleh sayang, pikirlah, ambiklah masa bnyak mana pun, abang tak kisah, hingga hujung dunia abang sanggup tunggu. Haa tgk ayat aku, kan aku dah cakap aku terer bab mengayat ni.

Dia mintak aku jgn contact dia langsung lepas aku melamar dia tuh. Whutt? You can’t do this to me! Tapi aku paham dia nk ruang utk dia pikir, so aku angguk je lah. Sebulan berlalu, aku derita, dua bulan berlalu aku merana haha.

Ayat aku takleh blah. Takde khabar langsung dari dia. Aku doa kalau betul jodoh aku dekatkanlah, kalau bukan jodoh pun aku nak jugak. Adei, ape pun takleh derr. Satu pagi tgh aku kalut nk g kerja, satu mesej whatsapp masuk.

Dah agak kan dari sape? bukanlah. Mak aku ws. Mak aku suruh aku g blind date lain. Mengucap aku. Mak, along nak dia tu lah mak. Adoi mak ni comel betullah. Aku dah decide dah aku akan pergi blind date tu tapi aku nk reject perempuan tuh, aku tak kira.

Jodoh aku orang lain. Habis je kerja aku terus pergi kat tempat date tu. Kepada yg Tanya aku solat ke tak, aku dah solat. Takkan aku nk taip satu2 kang ada yg bash aku pulak. Dah lah dah panjang karangan aku buat ni.

Aku tunggu lama, memang lama lah. Pastu aku nmpak dia. Weh dia. “hai sy date awk mlm ni”, dia kata kat aku. Sumpah aku nk nangis doe. Kau bayangkan someone yg dah lama kau harap dia contact kau tiba2 muncul depan kau.

Nasib baik aku berjaya control macho aku kalau tak habis air mata jantan aku menitik. Tapi memang aku tersengih macam kerang busuk lah, ya aku sengih sampai nmpak gusi warna pink tu. Macam orang b0 doh pun ada.

Dia bagi aku sepucuk surat, comei je surat tu, wangi macam tuan dia. Nasib baik tak letak bedak je. Aku bukak “ Will you marry me Ameer?”, perghhh bapak ahh.

Terkejut aku, aku dapat rasa ego aku turun serendah mungkin, tgn aku terketar, dan air mata jantan aku gugur jua. Aku terharu. Sapa tak terharu weh, aku dilamar hahahah, oleh orang yg aku cinta pulak tuh.

Allah, aku bahagia sangat. Reaction yg aku bagi kat dia ni sepatutnya reaction dia bagi kat aku masa aku melamar dia dulu. Dia tak nangis aku pulak yang nangis. Dia siap bagi aku cincin lagi. Sumpah ni first time aku jumpa perempuan macam ni.

Seorang yg takde perasaan, straightforward, suka cakap bnda pelik dan comel g1la nak m4ti. And yes, I love her. Dia cakap dia akan kahwin dengan aku dengan syarat semuanya kena start dengan kawan, pastu baru bercinta dan kahwin.

Korang paham kan ape maksud aku, kahwin tapi kawan. Kalau tak paham buat2 paham ajelah. Aku terima syarat tu, sbb aku cinta dia. Lagipun dia dah develop dah feelings kat aku, tapi dia tak nak lebih2 takut tak jadi kahwin. Oh, don’t worry baby, we’ll get married.

Persiapan perkahwinan tak lama pun, kitaorang buat kecik2 je. Dalam sebulan lebih lepastu kitaorang kahwin. Banyak duit nk pakai lepas kahwin ni so kitaorang buat ala kadar je lah. Jemput kawan2 masing2, keluarga. Dalam 200 orang je.

Masa aku nmpak dia masuk masjid time akad nikah tu, aku nangis lagi. Bersyukur beb. Sapa kata aku pl4yboy memang silap ahh, hati aku ni mudah terkesan kalau kena dengan orang yg betul.

Lepas kahwin tidur asing2 ye lah “kawan” kan haha. Tapi serious tak rasa janggal pun. Aku tak nak paksa dia kalau dia tak ready, lagipun aku dah janji nk take things slowly. So slow2 je lah. Honeymoon pun kat Negara sebelah je, seronok tapi tidur asing2 haha.

Kk sorry guys aku nakal sikit. Wife aku suka lah boleh tgk gajah, makan itu ini, tgk culture Negara lain. Aku happy kalau dia happy. Masa check in hotel tu, dah siap2 mintak 2 bilik asing.

Geram aku, nape lah bilik bnyak kosong. Baru nak acah2 ada candle light dinner dlm bilik. Habis imaginasi romantic aku. Sepanjang 6 bulan kahwin, kitaorang memang macam member2 ah, aku bahan dia dia bahan aku, tapi perangai menyakitkan hati aku ni memang takleh buang lah weh haha.

Memang aku sengaja cari gaduh baru berseri rumah tangga. Lagipun dia comel bila dia tgh marah, ala ala comeinya isteri sapa la ni. Isteri aku pengemas g1la. Dia takkan rehat selagi rumah tak bersih.

So aku cadangkan kitaorang ambik helper je lah sebab aku tak nak dia letih2. Lagipun belakang dia selalu sengal2. Risau aku. Tapi dia kata tak payah, dia boleh handle lagi hal2 dlm rumah ni. Aku saja nak acah2 buat surprise kt dia, aku bawak masuk sorang lagi perempuan dalam rumah.

Bukan perempuan simpanan lah. Aku ambik helper senyap2 dengan impian dihati nk dapat kiss kat pipi nnti. Punyelah teruja aku. Tapi alih2 bnda lain yg jadi. Surprise jadi argument pulak.

Dia marah2 sambil nangis kat aku. Yes, she was insecure. Dia takut aku jatuh cinta ngan helper tu pastu ambik jadi isteri no 2. Adoi, sayang helper tu dah tua takkan saya suka kat dia. Bagilah yg muda pun tak nak. Nak awak je. Hahaha gelak dalam iman je lah aku.

Tapi aku suka bila dia rasa macam ni sekali sekala. Tu tanda dia sayang cintakan aku. isteri aku jenis happy go lucky, suka berjoget. Ni dia tgh duduk depan aku pun tgh berjoget lagu tcha tcha tcha. Korang google lah lagu tu.

Dan 1000 kali dah aku dengar lagu tuh. Pray for my ear. Kalau aku tak letih aku join joget sekali, kalau letih aku tgk je lah isteri aku joget. Tapi aku tak tahulah aku kahwin ngan designer ke backup dancer haha. Janji dia happy

Dah 6 bulan berlalu, makan pakai aku dia memang jaga, sebelum g kerja dia salam aku. Dia memang isteri terbaiklah bagi aku. kalau ada masa kitaorang solat jemaah. Date macam biase sbb memang kitaorang tgh dalam peringkat dating.

Kahwin belum lagi walaupun dah kawin hahaha. Kitaorang share minat sama. Sama2 minat jenis music yg sama. Kecuali lagu tcha tcha tcha. Haa yang tu aku tak minat.

Sama2 suka main guitar, taste makanan yg sama, wedding ring never take off (alaa, kasi chance lah aku baru 6 bulan kawin) memang nk pakai sampai bila2 pun. Sama2 suka main autocad, sama2 suka lego, dia suka baking aku suka makan.

Haa cukup kalau lebih takleh nnti korang bash pengantin baru ni. Hilang seri aku nnti. Aku tak pernah paksa dia tapi macam mana nak suruh dia lagi sukakan aku? aku type panjang2 aku nak Tanya soalan ni je sebenarnya haha.

Throw surprise? Bagi bunga, buat sarapan? Ape lagi? Isteri aku jenis tak tunjuk perasaan dia sangat. Macam mana aku nk suruh dia luahkan perasaan cinta dia kat aku? aku yakin dia dah ada perasaan kat aku, tapi aku nk dengar dari mulut dia sendiri.

Dan aku pun malu weh bila cakap soal hati dan perasaan bila dengan dia. Tetiba ada perasaan malu, duhh habislah aku. macam mana nak jadi lebih romantic? Marriage is about trust. Tapi aku rasa isteri aku insecure ngan aku.

dia macam takut kalau aku tinggalkan dia nnti. Dan for sure dia taknak jadi single mother. Macam peribahasa habis madu sepah dibuang. Macam mana aku nak suruh dia lebih percaya pada aku?

Isteri aku ni mudah bosan. Macam mana tak nak bagi dia bosan dengan aku? Tolong jawab ye sapa2 yg tahu usaha mengayat perempuan sampai cair hahaha. Sapa2 yang tahu ilmu romantis rumah tangga pun dialu-alukan haha. K hambar.

Tapi jangan kata isteri aku derhaka pulak. Aku tibai sorang2 nnti. Haha gurau2. Makcik pakcik bawang g main jauh2. Confession ni bukan untuk hang. Thanks guys! dua hari aku type confession ni. 6 page siot. Nak ingat semua benda yg dah jadi tahun lepas, perghh perah otak aku, admin yang comel dan hensem approve eh. – Ameer

Reaksi warganet

Ruud vann nizam – Tahniah bro… Semoga kekal ke jannah… Nasihat aku,buat apa pun biar berpada2… Jgn baru2 ni je ko buat mcm2… Lama sikit esok dh malas… So utk langkah selamat, alon2… Rilek2… Xyah bg bunga tiap2 hari… Sebulan sekali ke OK dh tu… (contoh)… Yg penting tarikh2 penting jgn lupa la…

Perempuan particular sikit bab2 date ni.. Bg hadiah simple2 pn xpe… Jnji ingat… Jgn buat dia hilang kepercayaan… Ko dh tahu dia rasa insecure, ko kurangkan lah interaksi dgn kawan2 pempuan… Klo nk g futsal ke lepak mamak tgk bola ke, ko ajak je dia… Biar dia tahu siapa kawan2 ko… Share je no fon kawan2 ko kt dia…

“Papehal senang” ckp kt dia… Simple gesture mcm ni mmg la nmpk remeh… Tp kesan dia besar in gaining respect and trust from others… Bab puasa 6bulan tu ko pujuk la baik2… Buat2 la pasang ceramah agama dr Youtube psl hubungan suami isteri… Mana tahu dia sedar ke lps dgr… Hahahaha… Tp dh rasa sekali pasti nk lg bai.

Sumber IIUM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*