Majlis Berinai Uqasha Dan Kamal Teruk Dikritik Sampai Michael Ang Pun Kena. Tak Boleh Berdiam Sekali Ni Respon Padu Dari Michael.

Terdahulu, pasangan popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah pun selamat mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup di Bentong, Pahang pada 5 November lalu. Perkahwinan mereka dianggap kontroversi oleh kerana lebih sebulan status itu dirahsiakan sebelum diumumkan dalam sebuah sidang akhbar pada 7 Disember lalu.

Baru-baru ini juga, Kamal dan Uqasha yang kini sedang menunaikan umrah turut mengadakan majlis berinai bertemakan Bollywood berdasarkan hantaran daripada pengarah terkenal, Michael Ang di laman Instagram. Bagaimanapun, terdapat juga reaksi yang negatif daripada segelintir warganet yang mempersoalkan keterujaan pengantin tersebut dalam meniru budaya luar berbanding budaya sendiri.

Berhubung dengan perkara itu, Michael Ang yang seakan-akan turut terkena tempias sama telah tampil untuk menjawab reaksi negatif tersebut. Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, dia yang bengang dengan perkara itu turut meminta para warganet agar tidak mempertikaikan cara hidup individu lain.

“Tak payah nak satu dunia hidup cara kau orang hidup yang konon-konon alim sangat! Bukan semua orang otak sempit macam kau orang”– kata Michael Ang. Menjengah pada ruangan komen, rata-rata warganet dilihat turut menyokong pendapat daripada Michael Ang selain berharap agar pasangan tersebut kekal hingga ke akhir hayat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendinggiler.pw/

Alhamdulillah Kamal Dan Uqasha Dah Berangkat Tunai Umrah. Sekali Ini Yang Kamal Dan Uqasha Minta Pada Semua.

Umum tahu, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose memilih Tanah Suci Mekah sebagai destinasi ‘pre honeymoon’ selepas berkahwin pada 5 November lalu. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Kamal dan Uqasha telah berangkat Tanah Suci Mekah pada malam Khamis.

Di kesempatan itu, Kamal, 35, memohon agar semua pihak memaafkan kesilapan mereka sama ada secara sengaja ataupun tidak. Bismillahirahmanirrahim. Kalau kami ada salah dan silap maafkan kesalahan kami berdua. Doakan kami mendapat umrah yang mabrurah. Maafkan kami semua.

Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli menyatakan dia dan Uqasha, 29, akan mendoakan untuk orang yeng terlibat dengan banjir yang sedang diuji dengan bencna alam ‘besar’. Salam takziah untuk semua mngsa banjir. Kami akan doakan Allah akhirkan bencna ini insya-Allah. Salam semua. Terima kasih untuk ucapan kahwin kami.

https://www.instagram.com/p/CX1ECSwg2JL/

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan ketika berada di sana. Turut sama berangkat adalah adik kepada Uqasha iaitu Nelydia Senrose dan juga suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid serta aktres Aprena Manrose.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal mendedahkan mereka sudah berkahwin pada 5 November lalu di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Sumber: Oh Bulan

Perkahwinan Uqasha Dan Kamal Menegejutkan Ramai Pihak. Kali Ni Fizo Omar Tampil Bagi Ucapan Untuk Kamal Adli.

Berita perkahwinan selebriti Kamal Adli dan juga Uqasha Senrose mengejutkan ramai pihak kerana sudahpun bernikah sebulan yang lalu pada 5 November. Rata-rata peminat dan kenalan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan supaya ikatan perkahwinan mereka itu berkekalan. Ini termasuklah rakan baik kepada Kamal yang turut menitipkan ucapan tahniah. Mereka dikatakan sama-sama membina nama dalam industri pada tahun 2007 iaitu pelakon kacak Fizo Omar.

“Tahniah sahabat! So happy for you both, lovely birds. Pandai korang cover line ek..” kata Fizo di ruangan kapsyen Instagram. Bercerita lanjut detik perkenalan pada mula mereka masuk dalam industri seni, Fizo mengatakan mereka memasuki industri melalui rancangan Pencarian Hero Remaja pada ketika itu.

Tambahnya lagi, Fizo ketika itu baru sahaja menghabiskan pengajiannya di UiTM dan meneruskan kariernya sebagai pemain bola, manakala Kamal pula masih lagi belajar pada waktu itu. “Dulu kitaorng xde duit beb! Nak beli baju utk photoshoot mmg xde bajet la.so mix n match la ape yg ade.aku pakai baju ko n ko pakai seluar aku. haa mcm tu lah lebih kurang!

“Hari ni ko dah berjaya jd one the best actor in Malaysia n dah jadi suami orang dah. aku tau ur life journey mmg tough bro. skng ko dah dpt reward in ur carieer n dpt mak cik cantik tu wehh. So proud of u. u deserve it bro.” ujarnya lagi.

Fizo menzahirkan rasa gembira apabila sahabatnya itu bertemu jodoh dengan orang kampungnya dan menjemput Kamal untuk berjalan-jalan di Kelantan. Dalam pesanan gurauannya juga, Fizo berkata sifat manja Uqasha persis kucing parsi itu haruslah dijaga dengan elok dan sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada aktor tersebut.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad. Ditanya mengenai perancangan bulan madu mereka, Uqasha berkata dia dan suami merancang mengerjakan umrah bersama ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi

“Kami rancang mahu mengerjakan umrah pada 23 Disember ini bersama-sama kerana ia juga menjadi impian saya selepas berniat untuk kembali lagi ke Makkah dengan suami pula “Ketika umrah untuk kali kedua dulu, Kamal dan saya masih dalam proses mengenali hati budi. Jadi saya doa, kalau ada jodoh kami, permudahkanlah dan mahu ke Makkah lagi.

“Jika jodoh panjang, saya mahu kembali semula ke sana bersama pasangan (suami). Insya-Allah, Kamal pun belum pernah ke Makkah dan saya mahu jadi orang pertama membawanya ke Tanah Suci,” katanya. Terdahulu, pernikahan pasangan ini berlangsung dalam sebuah majlis tertutup dan pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang.

Sumber : https://www.rotikaya.rimbabara.com/

Syukur Doa Jodoh Dengan Kamal Adli Depan Kaabah Dimakbulkan. Baru Sebulan Kahwin Terkejut Ini Jumlah Anak Yang Dia Mahukan.

SELEPAS mengumumkan sudah bergelar suami isteri sebulan lalu, pelakon Uqasha Senrose memberitahu rancangan mereka untuk menunaikan umrah pada 23 Disember depan sebelum berbulan madu. Menurut Uqasha, 29, tujuannya berangkat ke tanah suci Makkah buat kali ketiga adalah bagi merealisasikan hajat Kamal yang pertama kali mengerjakan ibadah tersebut.

“Pertama kali saya mengerjakan umrah sebelum menjalani penggambaran drama bersiri, Selepas Terlafaznya Akad bergandingan dengan Kamal. Cuma ketika itu, hubungan kami tak lebih sebagai rakan artis sahaja. “Alhamdulillah drama tersebut meletop dan selepas itu saya sekali lagi ke tanah suci bersama keluarga. Ketika itu kami sedang mengenali hati budi dan saya berdoa di depan Kaabah.

“Doa saya, sekiranya benar Ahmad Kamal Ahmad Adli adalah jodohku, Kau panjangkanlah jodoh kami dan jika sebaliknya, Kau pisahkan kami cara baik. “Alhamdulillah jodoh kami berterusan dan kerana itulah sebabnya saya berhajat untuk buat umrah sekali lagi demi memanjatkan kesyukuran atas doa jodoh yang dimakbulkanNya,” katanya kepada mStar.

Majlis nikah pasangan selebriti ini diadakan di Janda Baik.

Uqasha dan Kamal ditemui semasa sidang media pengumuman perkahwinan mereka yang diadakan di DeWan 1985 by Chef Wan @ The Linc, Kuala Lumpur pada Selasa.Pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 5 November lalu. Berita perkahwinan mereka terpaksa dirahsiakan kerana terikat dengan hak eksklusif bersama stesen penyiar Astro.

Teruja untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri, Kamal berkata ini kali pertama menjejakkan kaki ke tanah suci itu. “Ini pengalaman pertama saya buat umrah dan kami akan membawa bersama iringan-iringan doa yang baik-baik untuk kami berdua.

“Sudah semestinya saya tambah seronok sebab pergi tunai ibadah bersama-sama isteri. Doakan moga semuanya dipermudahkan,” katanya. Ditanya mengenai soal zuriat, pasangan ini mahu memiliki empat orang cahaya mata. Malah kakak kepada Nelydia Senrose tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

Kamal dan Uqasha nikah pada 5 November lalu.

“Sejujurnya saya bersedia sekiranya ada rezeki hamil awal. Iyelah hal macam ni, sebaiknya tidak perlulah dirancang.“Kalau ada (rezeki anak), ada la. Kalau ikut Kamal, dia gembira sekiranya kami mempunyai empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan,” katanya.

Pada 6 Oktober lalu, mStar melaporkan Uqasha telah menganjurkan sebuah majlis bridal shower (meraikan bakal pengantin) bersama adik-beradik dan sepupunya di sebuah restoran terkemuka. Pada Disember tahun lalu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020).

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

Baru Je Nak Umum Tarikh Di Meletop. Kini Terkejut Kamal Adli Dan Uqasha Dah Selamat Bergelar Suami Isteri.

Sama cantik sama padan, aktor kacak Kamal Adli selamat bergelar suami kepada aktres Uqasha Senrose dengan dua kali lafaz di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu. Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.

Dalam majlis yang diadakan seawal 7.30 pagi itu, beberapa wajah popular turut menjadi saksi upacara pernikahan mereka antaranya adik-beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang. Hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir. Pasangan pengantin kelihatan cukup cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun.

Kamal dan Uqasha kemudian diraikan dalam sesi memotong kek lima tingkat yang disaksikan oleh para tetamu yang hadir.Kedua mempelai saling tak tumpah seperti putera dan puteri klasik dengan busana tradisional daripada kain songket berona ungu hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.

Tular Uqasha Tersasul Depan Live. Sampai Tertunduk Malu Bila Panggil Gelaran Macam Ni Pada Kamal Adli.

Pasangan pelakon popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendapat perhatian ramai dalam sebuah rancangan realiti nyanyian berjudul, Lagu Cinta Kita sejak beberapa hari lalu. Seperti diketahui penonton, rancangan terbabit telah menggandingkan Kamal Adli dan Ain Edruce sebagai pengacara di atas pentas dan keserasian mereka bergandingan bersama cukup menceriakan pentas. Bagi minggu ini pula, kedua-dua pengacara itu telah membuat persembahan berjudul Dia. Dalam pada itu, nampaknya suasana semakin meriah pula apabila Uqasha Senrose tersasul memanggil Kamal Adli dengan gelaran sayang ketika bakal suaminya itu berada diatas pentas.

Sedar dengan tersasul panggil sayang, Uqasha Senrose terus tertunduk seperti malu manakala Ain Edruce pula didengar cuba mengawal situasi tersebut. Nampaknya menjengah ke aplikasi TikTok, kedua-duanya telah mendapat perhatian warganet apabila ada yang turut tercuit hati dengan situasi tidak disangka-sangka itu dan dalam pada masa yang sama, kecomelan Uqasha Senrose menarik tumpuan ramai. Lanjutan daripada komen-komen warganet di hantaran video pendek yang dimuat naik itu juga, rata-ratanya turut merasa terhibur dengan gelagat comel pasangan selebriti sama cantik, sama padan itu.

Sumber : KL Menjerit

Muat Naik Gambar Hadir MLM. Ada Peminat Dkwa Uqasha Senrose Sunting Bahagian Leher Dan Ini Respon Beliau.

Pelakon Uqasha Senrose sekali lagi jadi perhatian ramai apabila foto terbaru yang dimuat naik aktres itu kelihatan luar biasa seolah-olah disunting secara berlebihan di bahagian leher. Foto tersebut difahamkan telah dimuat naik di akaun Instagram miliknya di mana dia dilihat hadir ke program Maharaja Lawak Mega 2021 malam tadi. Apa yang menarik perhatian peminat adalah saiz leher yang didakwa warganet kelihatan agak pelik dan ‘terlebih’ jinjang.

Ia sekaligus mengundang persoalan dalam kalangan pengguna media sosial sama ada busana yang digayakan pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu tidak sesuai atau Uqasha telah menyunting foto secara berlebihan. Terpanggil dengan kritikan warganet, Uqasha kemudian tampil memberi jawapan balas dan bertegas bahawa dia tidak mengubah atau menyunting foto terutamanya di bahagian leher.

“Sudah memang leher saya begitu. Hendak panjangkan leher macam mana?” balas Uqasha. Dalam pada itu, ada juga peminat yang memuji kecantikan bakal isteri kepada pelakon Kamal Adli ini yang tidak ubah seperti patung Barbie. Terdahulu, Uqasha pernah menuai komen daripada warganet susulan tindakannya menyunting foto di bahagian pinggul agar kelihatan lebih ‘montok’ berbanding asal.

Serik Berapa Kali Sudah Kena. Uqasha Senrose Terkilan Dengan Peniaga Tempatan Menyalahkan Golongan Selebriti Disebabkan Ini.

Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir peniaga tempatan menyalahkan golongan selebriti yang tidak membantu mempromosikan produk mereka. Menurut Uqasha, peniaga tempatan sepatutnya berterus-terang sekiranya mahu selebriti mengulas produk yang dihantar kepada mereka.

Tidak seharusnya peniaga mengelirukan penerima produk dengan mengatakan produk diberikan sebagai hadiah. “Salam semua, kalau ikhlas nak bagi gift cakap gift jangan harapkan review or anything. Jatuh tak ikhlas. “Even gift pun saya selalu post di IGS (Instagram Story) tanda terima kasih.

“Serik berapa kali kena, kita nak tolong seller-seller tempatan tapi kita pula kena balik,” katanya. Bagaimanapun kata Uqasha, teguran tersebut dibuat secara terbuka dan tidak ditujukan kepada individu tertentu. “Tak tuju kepada sesiapa, cuma berterus-terang,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Bakal Tamatkan Zaman Bujang. Uqasha Senrose Dirai Sebelum Bergelar Isteri.

Umum tahu bahawa pelakon cantik Uqasha Senrose sedang menghitung hari untuk disatukan dengan aktor Kamal Adli dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Bagaimanapun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, perancangan untuk mengadakan majlis pernikahan pada sekitar Jun lalu tidak dapat dilaksanakan.

Bakal tamatkan zaman bujang?

Semalam, pelakon Setelah Terlafaznya Akad itu dilihat sedang diraikan sebelum menamatkan zaman bujang bersama adik beradiknya dan juga rakan-rakannya. Dapat dilihat juga Uqasah memakai selempang yang bertulis ‘bride to be’ dan juga hiasan atas kepala yang tertera tulisan ‘bride’.

Malah, sejak semalam tular juga beberapa keping foto Kamal Adli yang sedang melakukan sesi mengukur pakaian atau ‘fitting’ telah jadi perhatian warganet. Aksi pelakon Kamal Adli berkongsikan momen-momen dirinya sedang melakukan sesi mengukur pakaian atau fitting menerusi Instagram Storynya telah jadi perhatian warganet.

Menerusi video yang dikongsikan itu kelihatan pelakon tersebut bertemu dengan pereka fesyen tersohor iaitu Rizman Ruzaini dan meninggalkan kapsyen “ukur apa tu?” seperti memberi hint bakal memakai busana pengantin dari pereka fesyen tersebut.

Tidak hanya melakukan fitting bersama Rizman, malah Kamal turut berkongsi video beliau sedang bertemu dengan pereka yang pakar membuat suit iaitu Kenny Lords di Lords Tailor. Hal itu sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa majlis pernikahan pasangan merpati dua seloji itu bakal berlangsung tidak lama lagi.

Malah, ada juga sumber mengatakan Kamal dan Uqasha bakal menamatkan zaman bujang mereka pada awal bulan November selepas terpaksa menangguhkan majlis yang sepatutnya dilakukan pada bulan Jun lalu kerana pandemik COVID-19 meningkat.

Terdahulu, Kamal yang digandingkan bersama Uqasha dalam drama Perempuan Tanpa Dosa telah pun melamar wanita jelita itu di acara anugerah MeleTOP, Disember tahun lalu.

Perubahan Ketara Pada Diri Kamal Adli. Kamal Adli Tampil Jelaskan Tentang Perubahan Dirinya Yang Meriah Perhatian Warganet

Sejak kebelakangan ini,pelakon Kamal Adli dikatakan sudah lama menyepi dari media sosial sejak dia dedahkan dirinya jalani kuarantin selepas disahkan positif covid19. Terbaru Kamal Adli kongsikan khabar terbarunya.

Kataanya”Saya dah kembali, lama hilang sebabkan hari tu positif Covid-19. Lepas tu kuarantin dan sekarang Alhamdulillah dah negatif, syukur.”Sekarang saya dah masuk set drama baru, DUIT, best cerita ni fasal scmmer,” katanya.Kali terakhir Kamal memuat naik fotonya di Instagram adalah pada 4 Januari lalu.

Kebanyakan peminat mendoakan kesihatan kekasih kepada pelakon Uqasha Senrose itu selain ada yang menegur bentuk badan aktor itu semakin susut berbanding sebelum ini.”Kenapa nampak pucat dan kecut.”Laa Covid ke, moga sihat sepenuhnya dan kembali ceria.

“Alhamdulillah, patutlah sepi… apa pun jaga diri ya. Semoga sentiasa dijauhi daripada perkara yang tidak diinginkan,” tulis waragent.Pelakon Fizo Omar dan Roy Azman turut menitipkan ucapan buat Kamal dan mengharapkan aktor itu kekal sihat dan bertenaga seperti biasa.Sebelum ini, beberapa selebriti tempatan turut pernah dijangkiti virus Covid-19 antaranya Alif Satar, Emma Maembong, Shima Anuar, Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Aprena Manrose dan PU Riz.

Lepas Terbongkar Pasal Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Akhirnya Kamal Adli Tampil Buka Mulut Bongkarkan Tatikh Pernikahan Mereka

” Saya sudah cukup gla atas pentas ketika melamar Uqasha. Saya cuma minta doa yang baik-baik daripada peminat,” Demikian kata-kata pelakon Kamal Adli yang secara berseloroh menceritakan detik beliau melamar Uqasha Senrose di atas pentas minggu lalu.

Kisah sensasi itu lantas mendapat perhatian seluruh peminat kedua pasangan tersebut yang kini tertanya-tanya bila mereka akan mendirikan rumahtangga. Selepas melam4r aktres jelita, Uqasha Senrose secara langsung dalam program Anugerah MeleTOP Era 2020 minggu lalu, Kamal Adli mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya itu pertengahan tahun depan.

Perkara tersebut dimaklumkan secara eksklusif oleh Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 34, kepada Kosmo! semalam. ” Buat masa ini, tarikh terpaksa dirahsiakan dahulu sebab masih berbincang dengan kedua-dua keluarga.

Nikah pada pertengahan tahun depan, selepas Aidilfitri

”Namun, jika tiada aral melintang, Insya-Allah kami akan bernikah pada pertengahan tahun depan selepas Aidilfitri,” kata pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu. Aidilfitri dijangka disambut pada 1 Syawal, 13 Mei 2021. Bagaimanapun, Kamal mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua peminat agar urusan perkhwinannya dengan Uqasha Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 28, dipermudahkan.

” Sebenarnya, saya tidak berani nak cakap lebih-lebih sebab keluarga masing-masing sedang uruskan hal ini. Sementara itu, Kosmo! turut mendapatkan reaksi daripada Uqasha sendiri. Menurut Uqasha, urusan pernikahan lebih baik ditentukan Kamal kerana dia seorang lelaki.

” Lebih baik tanya Kamal sendiri sebab tak manis untuk saya ber­suara lebih sebagai seorang wanita. Cukuplah apa yang digembar-gemburkan ketika saya dilamar secara langsung tempoh hari. ” Selebihnya, seperti tarikh majlis, persiapan dan sebagai­nya biarlah kami uruskan sendiri tanpa menghebohkan kepada umum,” ujar Uqasha yang juga kakak kepada pelakon Nelydia Senrose.

Kamal dan Uqasha Senrose mula digosipkan bercinta sejak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang tahun lepas. Gosip cinta mereka semakin bertiup kencang apabila kembali digandingkan sebagai teraju utama menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa yang berakhir sia­rannya bulan lalu.

Pada Oktober lalu, Kamal dan Uqasha dalam sebuah video yang dikongsikan pengarah drama terbabit, Michael Ang mengakui ada menghadiri kursus pra­perkahwinan. Sebelum ini, beberapa selebriti pernah membuat kejutan melam4r kekasih menerusi siaran langsung termasuk aktor Paskal, Hairul Azreen yang melamar kekasihnya, Hanis Zalikha pada program Gegar Vaganza. Selain itu, selebriti popular Awal Ashaari juga pernah membuat kejutan melamar kekasih hatinya, Scha Al-Yahya secara langsung pada program Propaganza. Sumber:k0smo via limauais

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*