‘Mana you punya geng panggil semua keluar’- Keberanian Yusuf Azmi cabar AhIong depan-depan tarik perhatian ramai

” Ini Kawan Atau Lintah Darat?? Harapkan pagar, pagar makan padi! Hati-hati, jadikan ini sebagai teladan.”

Demikian perkongsian bekas Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi di Instagram beliau yang menarik perhatian ramai.

Yusuf Azmi yang kini bergelar aktivis Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia berkongsi satu rakaman vdeo di mana beliau pergi berjumpa seorang lelaki dipercayai AhIong di sebuah restoran.

Turut kelihatan dalam vdeo tersebut adalah sahabat baik beliau iaitu Abang Ali.

” Dasar lintah darat!

” Persahabatan yang terjalin hanyalah satu umpan, bantuan yang diberikan rupanya satu ancaman. Dari pinjaman wang yang kecil, ditekan perlu memulangkan hingga satu jumlah tidak masuk akal…

” Ini merupakan salah satu dari aduan dari kami terima dan ini merupakan kejadian ‘live’ yang berlaku.

” Tujuan perkara ini dirakamkan bagi menyebarkan kesedaran kepada orang awam agar peka dan tidak menjadi mngsa Ah Long,” tulis Yusuf Azmi.

Menerusi vdeo tersebut, Yusuf Azmi dilihat meninggikan suara beberapa kali terhadap lelaki terbabit berkenaan isu hutang pokok berjumlah RM200 ribu namun mngsa telah dipaksa untuk membayar sehingga RM1.8 juta.

Hadir sama dalam pertemuan itu adalah mngsa yang juga seorang wanita.

” Sekarang you dengar ya, dia pinjam dari you 200k sahaja..tapi dia masukkan balik ke dalam akaun peribadi you tau.

” You cakap you takde ugut..eh brader sekarang sudah sampai saya punya part..mana you punya orang semua panggil keluar, mana you punya orang?

” Ehh ini you punya bangsa tau, you takde rasa kesian sama dia ke? Dia sudah bayar 1 juta lebih you mintak lagi 300k.” kata Yusuf Azmi lagi yang seakan hilang sabar.

Tambah Yusuf Azmi lagi, lelaki terbabit juga bertndak melmpaui batas apabila mengenakan bunga yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

Lelaki itu juga cuba berdolak dalih apabila tidak menjawab pertanyaan Yusuf Azmi dengan betul.

Lebih mngejutkan duit yang dibayar mngsa dimasukkan terus ke akaun peribadi lelaki terbabit dan lelaki terbabit juga tidak mampu mengingat berapa yang sudah dibelanjakannya.

” 200k pinjaman, 1 juta lebih you ambil dari dia..you tahu berapa peratus you ambil, kalau ambil 200k (bunga) bermaksud 100%.. tapi ini dah 1 juta lebih bermaksud 6 kali ganda, 600%..takde AhIong kat Malaysia yang buat macam ni..

” Kalau you cakap duit bukan bagi AhIong, maksudnya you lagi dasyat dari AhIong tau. Biasa orang ambil satu bulan 10%, tapi you ambil tinggi giler2..tak fikir orang ke brader?

” Lepas tu you cakap you mau tolong sama dia??” kata Yusof Azmi lagi.

Untuk lebih lanjut, anda boleh saksikan vdeo di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: awattsheikhh dan IG Yusof Azmi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*