Cef Riz Kahwin Kali Ketiga, Tak Sangka Ini Kata2 Chef Wan “Saya Berikan Wang Tunai Yg Banyak Utk Majlis Ini”

Anak kepada cef selebriti, Datuk Chef Wan, Cef Riz telah selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama pasangan yang dikenali sebagai Nurul.

Berita gembira itu telah dikongsikan Chef Wan sendiri menerusi hantaran di Instagramnya pada Sabtu.

“Tahniah anakku atas perkahwinan ketiganya dan kedua bagi isterinya, Nurul.

“Kedua-dua mereka datang memohon restu dari saya beberapa minggu sebelum saya berangkat ke Honolulu, Hawaii.

“Disebabkan perancangan ini telah dibuat lebih dua tahun sebelum COVID-19 lagi, saya memutuskan untuk tidak hadir ke perkahwinan mereka dan meneruskan perancangan saya,” kongsinya.

Dalam pada itu, maklum Chef Wan, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan sejak setahun lalu dan sampai masanya untuk membina mahligai bersama-sama.

“Mereka telah bertunang sejak setahun lalu pun, inilah masalah untuk disatukan sebagai suami isteri. Lagipun ini perkahwinan ketiga anak saya, cukulah asyik kahwinkan anak-anak saya ni!

“Saya nak meneruskan hidup dengan gembira dan aman damai.

“Semua dah dewasa, pandai-pandailah nak cari kebahagiaan masing-masing pun. Mereka telah mendapat restu saya, baik Serina pun. Dan saya tak mahukan apa-apa daripada mereka melainkan ucapan gembira buat mereka,” katanya.

Chef Wan Teruskan Percutian Di Hawaii – “Saya Berikan Wang Tunai Yang Banyak Untuk Majlis Ini”

Biarpun Chef Wan berada di luar negara untuk bercuti, beliau telah memberikan sejumlah wang tunai untuk anaknya itu meneruskan majlis perkahwinan mereka.

“Saya memberikan sejumlah wang tunai kepada mereka berdua untuk perkahwinan ini. Ingat tu, tak semua ibu bapa akan melakukan hal yang sama dengan menaja 100% perkahwinan mereka. Kahwin kali ketiga pun bapa itu masih bermurah hati.

“Saya cakap kepada anak lelaki saya ketika zaman COVID-19 ni, jangan bazirkan duit pergi bersanding jemput ramai orang dan membazir itu ini. Cukup nikah, keluarga yang datang mewakili saya, itu dah memadai.

“Bosan saya dengar orang kahwin tak sudah-sudah ni, atau kahwin cerai,” katanya.

Dalam hantaran sama, Chef Wan turut melantik Cef Riz sebagai eksekutif baharu yang bertindak sebagai ketua cef di kafe miliknya.

“Ini sudah dirancang lama pun tapi saya yang tak bersedia untuk memberikan jawatan itu kepadanya sehingga dia membuktikan dia ketua yang bagus.

“Nak kahwin pun kahwinlah, tak usah main-main drama. Bertanggungjawab sebagai individu. Belajar dari kesilapan silam dan jangan membelakangkan emak bapa atau malukan mereka,” pesannya.

Untuk rekod, Cef Riz pernah berkahwin dengan kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.

Sebelum itu, Cef Riz berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia namun bercerai pada 10 Disember 2012 selepas 11 bulan bersama.

” Wow Chef Riz nampak semakin handsome, lama tak nampak.. ” – Netizen

Chef Wan mempunyai dua orang anak iaitu Muhammad Nadzri dan Serina. Anak Chef Wan, Muhammad Nadzri juga dikenali sebagai Chef Riz, mengikuti jejak ayahnya dengan menjadi seorang chef juga.

Meninjau ke laman Instagram milik Chef Wan, telah dikongsikan sekeping gambar Chef Wan bersama dengan anaknya Chef Riz. Chef Wan dan Chef Riz mengenakan baju uniform chef. Mereka hadir ke Kafe CW untuk sesi in house kitchen training bersama dengan chef baru kafe mereka.

Tujuan mereka mengadakan in house kitchen training bersama dengan chef baru kafe mereka adalah untuk meningkatkan lagi kualiti resepi mereka. Menariknya ramai pengikut Chef Wan rasa terkej0t melihat wajah Chef Riz yang dikatakan berbeza daripada dulu. Chef Riz kelihatan semakin kacak dan semakin kurus.

Pepatah melayu ada mengatakan ‘bapa b0rek, anak rintik’ iaitu bagaimana gaya si ayah begitulah gaya si anak. Selain memiliki wajah tampan, Chef Riz juga mempunyai bakat memasak seperti Chef Wan. Pastinya Chef Riz akan menyambung legasi yang ditinggalkan oleh Chef Wan.

Baca perkongsian di bawah :

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji Chef Riz yang semakin handsome dan kurus. Selain Chef Riz, wajah Chef Wan juga jadi tumpuan. Ada juga yang mengatakan Chef Wan serupa dengan Jackie Chan. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:

” Alhamdulillah.. May Allah grants everlasting success and strength to DCW and family.. Aamin.. Looking great berseri seri muka.. All the best.. “

” Oh my at first I thought that was J4ckie Chan.. Dato CW mcm J4ckie chan kat gambar tu.. Bila sifu turun padang.. walk the talk.. “

sumber: astrogempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*