Hasil Titik Peluh Wani Kayrie Tercapai Pada Awal Tahun 2022

Wani Kayrie atau nama sebenar Syazwani Syafirah Abdullah berkongsi perasaan gembiranya dilaman instagram kerana akhirnya impian dia telah tercapai setelah bertungkus-lumus dalam mencari rezeki.

Wani Kayrie menghadiahkan dirinya sebuah kereta Mercedes-Benz CLA180 bernilai sekitar RM200 ribu hasil kerja kerasnya selama ini sebagai anak seni.

Difahamkan Wani Kayrie telah lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri dan dia berharap semoga hadiah ini menjadikan dirinya untuk lebih kuat berusaha mencari rezeki di masa hadapan.

Wani berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan mendoakannya, menurutnya disebalik kejayaan ini terselit doa-doa dari peminat dia.

“Alhamdulillah terima kasih atas rezeki ini Ya Allah. Lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri bagi urusan harian. Hasil titik peluh kerja pagi balik pagi, back to back kerja sampai sakit. Semoga dengan hadiah ini menjadikan diri ini untuk lebih kuat berusaha mencari rezeki & memberi ke depannya. Truly, trust the beautiful process of life.” katanya

Menurutnya lagi, “Terima kasih semua yang sentiasa menyokong & mendoakan. Di sebalik kejayaan Wani, terselit nya doa2 dari anda semua. Semoga yang baik2 saja untuk kalian. Thank you mama @kaysabah for the surprise  Thank you @ju.cars memudahkan urusan saya. Much love xo”

Pssst.. ada yang nak sponsor wrap kereta tak?

KOMEN NETIZEN

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : IG Wani Kayrie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*