Spekulasi 3 menteri bakal gugurkan. Sorang lagi tu sampai Vida tawar nak jadi penasihat dia

PUTRAJAYA – Spekulasi tiga menteri bakal gugurkan daripada senarai jemaah kabinet sedang bertiup kencang ketika ini.

Tiga yang disebut-sebut adalah Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad; Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Abd Latiff dikatakan gagal memainkan peranan mengkoordinasi penyelamatan dan bantuan semasa bencana banjir buruk melanda Selangor dan Pahang baru-baru ini.

Ia mendorong agensi di bawahnya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dikritik teruk oleh rakyat.

Rina yang turut disenaraikan untuk digugurkan selepas terpalit dengan kontroversi ketika membersihkan kawasan banjir selain dikritik memakai kasut tumit tinggi ketika hadir melakukan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Abd Latiff, Halimah, Rina

Kedua-dua mereka adalah menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain itu, satu-satunya Menteri UMNO yang turut disebut adalah Halimah yang sebelum ini memberi penjelasan kontroversi kepada ahli Parlimen berhubung agihan peruntukan RM100 juta Unit Transfomasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Memetik laporan portal Suara TV, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara tersebut.

Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada menteri-menteri yang terlibat.

Vida cari ‘job’ nak jadi penasihat Rina Harun… Netizen tuduh sengaja menempel isu menteri cuci najis cicak dan unggas

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida menyangkal dakwaan kononnya dia sengaja menumpang publisiti atas apa sahaja isu tular yang menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

Vida, 50, menafikan mengenai perkara itu selepas foto bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang dimuat naik di laman Instagram miliknya menerima kecaman netizen.

Bukan berniat mengambil kesempatan, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata sebagai personaliti media sosial dia harus mengetahui perkembangan terkini yang sedang berlaku di dalam negara.

“Saya selebriti kontroversi, isu viral sentiasa ada kaitan dengan saya… macam isu siakap kebetulan saya ada di Langkawi, dah alang-alang saya post la. Bukan saya sengaja terbang ke sana untuk dapatkan publisiti.

Vida sudah lama mengenali Rina Harun.

“Macam isu Yang Berhormat (YB) Rina Harun pula, kami memang kenal antara satu sama lain. Dah kebetulan bergambar bersama jadi saya post saja la, bukan nak ambil kesempatan.

“Sejujurnya saya ni begitu dekat dengan media sosial, jadi apa sahaja isu saya kena tahu… di sinilah tempat seseorang itu jatuh atau naik,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu menerusi Instagram Vida memuat naik foto bersama Rina dan menulis kapsyen meminta netizen tidak menulis komen negatif terhadap ahli politik itu.

Bukan saya nak back up dia… mungkin dia tak ada penasihat media jadi bagi saya la jadi penasihat dia!

“Tak baik dok kutuk-kutuk YB. No sindir-sindir please,” tulisnya.

Gara-gara perkongsian itu, netizen berpendapat Vida seolah-olah sengaja mencelah dalam isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Sebelum ini, video Rina mencuci kawasan longkang dan koridor yang dilihat bersih di sebuah sekolah menjadi tular kerana dianggap sekadar berlakon untuk tujuan bergambar.

Vida sebelum ini turut mengulas mengenai isu harga ikan siakap mahal di Langkawi.

Bagaimanapun, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memberikan penjelasan berhubung video berkenaan memaklumkan Rina mencuci kesan najis unggas dan cicak.

Dalam pada itu, Vida turut menawarkan diri untuk menjadi penasihat media sosial kepada Ahli Parlimen Titiwangsa itu.

“Bukan nak ambil kesempatan nak minta projek ke atau sengaja nak bodek. Jujur saya cakap dia sangat baik, memang banyak perancangan nak bantu ibu tunggal dan wanita tapi apabila timbul isu macam ni sedikit sebanyak boleh menjatuhkan dia.

“Bukan saya nak back up dia tapi itu la hakikatnya… mungkin dia tak ada penasihat media sosial jadi bagi saya la jadi penasihat dia,” ujarnya.

 

sumber: sinar mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*