Netizen Dakwa Wanita Berhijab Minum Minuman Keras, Netizen Dedah Lokasi. Bukan Luar Negara?

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok yang mengejutkan ramai netizen di mana memaparkan seorang wanita berhijab berada di sebuah pesta.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, netizen mendakwa wanita itu minum minuman keras dan pesta tersebut didakwa berlaku di Langkawi.

Video tersebut turut disertakan kapsyen seolah mempersoalkan saf di masjid dijarakkan sedangkan pesta boleh berlangsung begitu sahaja.

 

Hasil tinjauan di ruangan komen, ada netizen mendakwa dia berada di tempat berkenaan dan mengatakan video berkenaan adalah benar-benar berlaku.

Lebih menjadi perhatian seorang netizen mendakwa dia pekerja di tempat berkenaan dan melihat wanita berkenaan namun takut untuk menegur kerana bimbang perkara buruk akan berlaku.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa bimbang dengan tindakan wanita berkenaan mengundang bala daripada Allah. Malah tindakan wanita itu yang berhijab disifatkan memalukan agama.

Islam har4m ar4k bersandarkan justifikasi kukuh, rasional

Sebagai negara majoriti orang Islam, gejala minum ar4k tidak seharusnya berlaku, terutama dalam kalangan umat Islam.

Namun, dapatan kajian menunjukkan masalah ini berlaku, malah lebih mengejutkan ia turut membabitkan pelajar dan generasi muda. Ini hakikat sukar diterima kerana hukum minuman memabukkan jelas di sisi Islam, iaitu har4m.

Ketegasan Islam mengh4ramkan ar4k kerana kemudaratannya adalah satu bentuk peraturan bersandarkan justifikasi kukuh dan rasional.

Dalam al-Quran, minuman memabukkan dirujuk sebagai khamr. Dalam surah al-Maidah ayat ke-90, Allah SWT menggambarkan khamr sebagai al-rijs, iaitu kotoran atau najis yang termasuk dalam perbuatan syaitan dan pencetus permusuhan (al-‘adawah) dan benci-membenci (al-baghda’).

Hal ini berlaku apabila orang mabuk akan kehilangan kewarasan. Justeru, lahir pula perkataan dan perbuatan buruk yang menyakiti hati manusia.

Ia memungkinkan pembunuhan, pergaduhan, rompakan, kefasikan, penyebaran rahsia dan pengkhianatan terhadap pemerintah serta negara seperti disebut dalam Tafsir Al-Maraghiy dan Tafsir HAMKA.

Justifikasi penghar4man ar4k turut disokong kajian ketika mengaitkan kesan bahaya pengambilan ar4k ke atas peminum dan persekitaran peminum serta masyarakat keseluruhan.

Ini termasuk kesan sosial dan ekonomi. Kesan sosial merujuk kos terpaksa ditanggung masyarakat dan persekitaran peminum, sekali gus tidak secara eksklusif ditanggung peminum ar4k sahaja.

Kos sosial lebih menjurus kepada kesan terhadap kesejahteraan masyarakat seperti kemalangan jalan raya, masalah di tempat kerja, kemiskinan, kesihatan, keganasan rumah tangga dan kegagalan melaksanakan peranan sosial terhadap keluarga.

Seterusnya, kesan sosial akan memberi impak negatif terhadap aspek ekonomi secara keseluruhan. Hal ini wujud kerana aspek sosial ialah unsur penting yang boleh mempengaruhi produktiviti dan mutu penghasilan kerja masyarakat serta negara.

Di negara ini, dapatan kajian dan kutipan data dibuat oleh Assunta, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) turut senada dengan dapatan kajian dilakukan pada peringkat antarabangsa.

Selain memburukkan isu kemiskinan dan menyebabkan rumah tangga porak peranda, pengambilan arak juga antara penyebab berlaku kemalangan jalan raya di negara ini.

Menurut MIROS, pemandu mabuk 13 kali lebih berkemungkinan menyebabkan kemalangan berbanding pemandu tidak di bawah pengaruh alkohol.

Menurut statistik PDRM, bagi tempoh 2014 sehingga 2018, sebanyak 637 kematian berpunca kemalangan membabitkan pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol direkodkan.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang dibuat oleh Institut Kesihatan Umum KKM, 11.8 peratus penduduk mengambil alkohol dengan 45.8 peratus mengambilnya secara mudarat atau sehingga mabuk.

NHMS 2019 turut melaporkan pengambilan alkohol juga menjadi penyebab kepada kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini, iaitu 17.6 peratus lelaki dan wanita (10.9 peratus); sirosis hati (lelaki 16.8 peratus dan wanita 16.2 peratus) serta kanser (lelaki 2.2 peratus dan wanita 0.6 peratus).

Terdapat data kemasukan ke hospital di bawah KKM menunjukkan 48 peratus daripadanya akibat kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca pengambilan substan psikoaktif berpunca pengambilan alkohol.

Islam menghar4mkan penganutnya meminum ar4k. Meskipun al-Quran mengakui manfaat yang ada pada ar4k, ia juga menegaskan mudarat terhasil daripada pengambilan ar4k lebih besar.

Hikmah penghar4man arak mempunyai kaitan dengan aspek penjagaan akal atau hifz al-aql yang terkandung dalam maqasid (tujuan) syariah.

Apabila manusia hilang kewarasan akal, pelbagai kesan buruk akan timbul. Daripada hanya kesan terhadap penjagaan akal, kemudaratan ar4k menular kepada aspek penjagaan agama, keturunan, jiwa dan harta.

Di sini impak negatif pengambilan arak dimanifestasikan, antara lain menerusi keganasan rumah tangga, kemalangan jalan raya, kemiskinan, pergaduhan, masalah kesihatan dan masalah prestasi kerja.

Dengan kata lain penghar4man ar4k oleh Islam bersandarkan justifikasi kukuh, rasional dan boleh diterima orang berakal waras tidak mengira agama.

Ar4k boleh menghilangkan maslahah atau unsur kebaikan dalam kehidupan manusia. Mungkin sudah tiba masanya kita melihat kembali aspek perundangan syariah dan sivil, peraturan penjualan dan penguatkuasaan berkaitan ar4k untuk melihat ruang yang boleh ditambah baik.

Ia untuk memastikan isu pengambilan ara4k dalam kalangan masyarakat dapat ditangani demi mewujudkan bangsa sihat dan sejahtera.

Penulis adalah Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia

SUMBER: TikTok Captain Pujaan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*