Akhirnya pengeluar gelang tampil beri jawapan dan ini yang terjadi selepas Pak Azad tegur KJ tentang kualiti gelang

Umum mengetahui, individu yang pulang dari menunaikan ibadah umrah perlu menjalani tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari dan diwajibkan memakai peranti pengawasan digital. Pemakaian peranti pengawasan digital ini berfungsi bagi mengawal pergerakan mereka yang sepatutnya menjalani kuarantin dan perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pelakon dan pelawak Azad Jasmin dan isterinya Eira Syazira yang baru sahaja pulang menunaikan umrah turut tidak terkecuali menjalani kuarantin dan memakai peranti pengawasan digital. Namun, di sebalik pelaksanaan pemakaian peranti pengawasan digital tersebut, pelakon ini tampil menceritakan gelang tersebut berkualiti rendah dan mudah tercabut.

Kurang berpuas hati dengan kualiti gelang tersebut, pelakon Anak Mami Mek Ani ini turut meminta pihak berwajib bertanggungjawab. Nasib baik saya selebriti, kalau keluar orang kenal. Yang bukan selebriti orang tak kenal cabut sahaja boleh melawak dan berjumpa saudara.

Terbaru, menerusi perkongsian Azad menceritakan dia sudah pun dihubungi oleh pihak berkenaan bagi menggantikan gelangnya yang sudah tercabut. Azad bagaimanapun tegas menyeru pihak berwajib mengambil langkah drastik berkaitan isu ini memandangkan ianya melibatkan nyawa.

Syarikat pengeluar gelang datang untuk tukar gelang Pak Azad

QuickMed memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bantuan penyelesaian segera akan dilaksanakan sekiranya e-Bracelet RFID (e-Bracelet) CvdI9 yang dipakai mengalami masalah. QuickMed yang merupakan penyelesaian penjagaan kesihatan digital Edgenta NXT Sdn. Bhd., serta anak syarikat UEM Edgenta Berhad memaklumkan, sejak Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) itu digunakan bermula 8 Disember 2021, hanya 25 kejadian memerlukan bantuan lanjut iaitu kurang 0.08 peratus malah pembetulan semula juga telah dilakukan.

Katanya, pasukan operasi mereka bersedia untuk membantu sekiranya isu itu berulang lagi seperti mana susulan kejadian baru-baru ini di mana seorang individu telah mengalami e-Bracelet CvdI9 yang tertanggal dalam tempoh 24 jam pemasangannya.

“Kejadian ini amat kami kesali dan untuk menyelesaikan isu tersebut dengan segera, kami telah menghantar dua juruteknik ke alamat kuarantin individu terlibat. Sukacita kami maklumkan bahawa e-Bracelet yang terjejas itu kini beroperasi semula seperti biasa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Jelas kenyataan itu, pemakai akan dipantau melalui HQMS untuk membantu usaha pemulihan negara dalam membendung penularan varian CvdI9 baharu.

“Sistem HQMS dilengkapi dengan teknologi Sistem Pengesanan Global (GPS) untuk pemantauan secara real-time ke atas individu yang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian kuarantin di rumah seperti yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM). Sistem tersebut terdiri daripada Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) e-Bracelet dan Covert Tracking Unit yang akan mencetuskan amaran serta memaklumkan pihak berkuasa tentang sebarang pelanggaran perintah kuarantin,” katanya. Tambahnya, pengguna yang dilengkapi dengan e-Bracelet boleh menghubungi 03 3000 8856 atau e-mel support@quickmed.care sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah. Sumber : OhBulan / K! Online / Pak Azad IG

Kj Bagitahu Individu Yang Balik Dari Umrah Wajib Pakai Gelang Peranti Digital. Terkejut Sekali Bila Tiba Tiba Pak Azad Bagi Kantoi Tentang Gelang Tu.

Kualiti Jam digital tracker KKM ‘cap ayam’, tak sampai sehari pakai tercabut sendiri. Pelakon dan pelawak terkenal Azad Jasmin John Louis Jeffri, 45, mempersoalkan kualiti peranti pengesan digital walaupun baru sahaja memakainya untuk tempoh kurang dari 24 jam.

Difahamkan, Azad bersama isterinya Syazira Shuhaimi, 37, yang sedang menjalani kuarantin kerana baru pulang dari Mekah perlu memakai alat tersebut sehingga tempoh yang ditetapkan. Melalui video yang dimuat naik di laman sosial miliknya, Azad memberitahu, walaupun baru sehari memakai alat itu tetapi ia telah terbuka daripada tangannya secara tiba-tiba.

Azad dilihat turut menyeru Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi menyelesaikan perkara tersebut. Assalamuaikum YB Khairy Jamaluddin, ‘idea’ bagus tapi yang tak bagus, kenapa tercabut ni? beli dekat Shopee ke . Tangkap layar Azad menunjukkan peranti pengesan yang dipakai olehnya sudah terbuka.

“Kalau berikan alat ini pada 30,000 orang dan boleh tercabut macam ni, lepastu mereka gantung di leher lembu, leher keldai, merebak juga kan? “Apa benda ni YB? Nasib baik saya selebriti sebab kalau saya keluar, orang kenal. Yang orang tak kenal, cabut sahaja boleh keluar berjumpa orang lain dan pergi kemana-mana,” katanya. Dalam pada itu, Azad turut menyarankan agar kerajaan menggunakan alat yang lebih berkualiti supaya ia dapat digunakan dengan lebih baik dan berkesan.

Individu pulang umrah wajib pakai gelang peranti pengesanan digital, kata KJ

PETALING JAYA: Individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari selepas pulang daripada menunaikan umrah diwajibkan memakai gelang peranti pengesanan digital bermula minggu depan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pelaksanaan itu dibuat berikutan terdapat 30 daripada 49 varian baharu, Omicron di Malaysia yang dikesan antara 23 dan 24 Dis merupakan kes import dari Arab Saudi.

“Kami dapati semua mereka yang tiba dari Arab Saudi bermula 13 hingga 17 Dis lalu tidak mematuhi arahan pengasingan dengan ahli keluarga. Mereka berjumpa sesama mereka (ahli keluarga) dan menerima tetamu. “Mungkin tetamu atau ahli keluarga datang menziarahi untuk bersalam ambil berkat tetapi ‘salam Omicron’,” katanya dipetik Bernama, pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Khairy berkata, kegagalan mematuhi arahan kuarantin berpontensi mengakibatkan peningkatan penularan jangkitan varian tersebut dalam negara. “Saya harap perkara ini (arahan kuarantin) dipatuhi. Ini adalah serius dan kami bagi kemudahan untuk kuarantin di rumah untuk jimatkan kos, tidak perlu tinggal di hotel, jadi kena patuh,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 62 kes varian Omicron direkodkan di negara ini yang terdiri daripada 61 kes import dan satu kes dipercayai kes tempatan. Susulan situasi tersebut, Khairy berkata, Malaysia akan memasukkan Arab Saudi dalam senarai

negara berisiko tinggi bersama sembilan negara lain iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Denmark, Australia, Perancis, Norway, Kanada, India dan Nigeria. Memperincikan perkara itu, Khairy berkata, kerajaan amat menggalakkan individu yang berhasrat melakukan perjalanan ke luar negara supaya mendapatkan suntikan dos penggalak CvdI9.

SUMBER: KOSMO

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*