Dari Viva ke Mercedes, pelajar pandai tapi m1skin terk1lan ibu tak sempat lihat kejayaan – “Saya gaul simen nak sambung belajar’’

KEJAYAAN tidak datang bergolek.

Bagi Mohamad Aiman Alif Izani, 26, frasa itu cukup tepat untuk menggambarkan perjalanan yang dilaluinya sebelum mengecapi kesenangan hari ini.

Senang disapa Aiman, anak jati Kelantan itu pernah bekerja sebagai tukang rumah sejurus tamat persekolahan kerana mas4lah kewangan yang dihadapi keluarga.

Ketika mengikuti pengajian di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, dia turut menggunakan bakat yang dimiliki dengan menjual lukisan potret demi meneruskan kelangsungan hidupnya.

“Mak dan ayah hadapi masalah kewangan, mereka tak ada duit untuk saya sambung belajar. Ketika itu, saya dapat keputusan 5A dan 5B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ada dapat tawaran belajar tapi saya tolak. Ketika itu, cikgu ada tawarkan kerja buat rumah. Saya gaul simen dan buat kerja-kerja lain dengan upah RM50 sehari. Saya bekerja dengan seorang lagi kawan yang sedang cari duit untuk sambung belajar.

Aiman melakukan kerja sampingan ketika zaman belajar.

“Akhirnya saya sambung pengajian di matrikulasi. Ketika di sana, saya jual lukisan potret. Bila tengok balik sekarang, saya rasa lukisan yang saya buat dulu biasa-biasa saja, tak cantik sangat pun. Tapi saya bersyukur sebab kawan-kawan beri sokongan dan tetap beli lukisan itu,” ujarnya.

Selesai pengajian di Pahang, Aiman yang juga anak bongsu daripada dua beradik meneruskan pengajian dalam bidang Seni Reka Industri di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Aiman sudah tiga tahun bergelar sebagai jurufoto.

Selain fokus terhadap pengajiannya, Aiman turut mengambil kesempatan dengan berniaga kek lapis, songket dan lukisan potret untuk mencari wang poket ketika merantau di sana.

“Saya terpaksa buat banyak kerja untuk survive. Saya dan kawan ambil stok di Sarikei, kami jual songket melalui Facebook. Alhamdulillah, dapat banyak pulangan ketika itu.

“Pada masa sama, saya turut buat freelance sebagai pereka grafik. Selain itu, saya juga ada jual kek lapis dan lukisan potret,” ujarnya lagi.

 

Dia pilih jalan ini untuk saya, tapi bila dah dapat apa yang dia nak, dia tak sempat merasa.

AIMAN

JURUFOTO

Menamatkan pengajian dengan keputusan yang baik, Aiman ternyata gembira apabila dia mendapat tawaran kerja yang diidam-idamkan di ibu negara.

Namun atas permintaan ibunya, Salwani Husain, Aiman pasrah dan memilih untuk pulang bekerja di kampung halamannya sendiri.

Lebih pilu, Aiman sempat menjaga ibunya selama setahun lebih sahaja sebelum wanita itu dijemput Ilahi pada awal tahun 2019.

Foto kenangan bersama ibunya.

“Keputusan OK, agak tinggi… saya juga dapat tawaran kerja sebagai pereka grafik di Kuala Lumpur. Ada juga dapat tawaran sambung master. Saya cerita pada mak bahawa saya dapat banyak tawaran, tapi dia minta saya duduk kampung.

“Mak s4kit kenc1ng m4nis. Jadi saya ikut cakap mak dan balik untuk jaga dia. Pada waktu itu, saya buat kerja sebagai pereka grafik dan jurufoto. Pada masa sama, saya tolong abang buat bisnes cetak baju.

“Saya sempat jaga mak setahun lebih saja, mak akhirnya meninggal dunia pada usia 47 tahun. Saya rasa sed1h sebab mak tak sempat merasa pencapaian saya. Dia pilih jalan ini untuk saya, tapi bila dah dapat apa yang dia nak, dia tak sempat merasa,” ujar Aiman sebak.

Aiman sebak ketika mengimbas kisah mengenai ibunya.

Kini, Aiman yang sudah tiga tahun berkecimpung sebagai jurufoto sudah memiliki sebuah studio dan pejabat sendiri di Kota Bharu, Kelantan.

Kata Aiman, dia juga terk1lan apabila Allahy4rham tidak sempat menaiki kereta baharu yang dibeli hasil penat lelahnya bekerja selama ini.

Aiman merupakan graduan Unimas.

“Saya beli kereta Perodua Viva pada hujung tahun 2020. Mak tak sempat naik kereta itu. Pada hujung tahun 2021, saya beli pula sebuah Mercedes. Dulu masa mak ada, saya pernah nak beli kereta tapi kena tipu.

“Apa yang mak doakan, ia dah tercapai sewaktu mak dah tiada di dunia ini. Paling saya ingat, mak pesan agar tak lupa siapa diri saya ketika susah dulu. Mak juga mahu saya bantu orang susah dan kurang bernasib baik,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kisah hidup Aiman mendapat perhatian apabila dia berkongsi perjalanannya yang penuh liku itu menerusi Instagram.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*