Wahid tiba2 muncul di pentas GV bagitahu apa yg dia tak pu@s hati dgn Saiful Apek

Pejam celik, pejam celik kini rancangan popular Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang dibarisi penyanyi-penyanyi yang bukan calang-calang legend dalam dunia seni telah memasuki minggu ketujuh baru-baru ini.

Perkara ini membuatkan ramai juga tertunggu-tunggu dan berteka-teki siapakah bakal bergelar juara Gegar Vaganza (GV8) selepas pada tahun lalu dirangkul oleh penyanyi, Cliff Umar.

Pun begitu, antara peserta yang cukup disukai juga merupakan gandingan ahli kumpulan Senario iaitu Saiful Apek dan Yassin dengan membawa nama kumpulan SaYa.

Walau bagaimanapun, dengan kemunculan rakan mereka di pentas GV iaitu Wahid mengundang ketiga-tiga pelawak terkenal itu mencuri tumpuan ramai sejak kebelakangan ini.

Apatah lagi, bagi peminat mereka sendiri yang mana satu rakaman yang dimuat naik ini pula mencetuskan warga TikTok meluahkan rasa rindu dengan kumpulan legend tersebut.

Video yang telah mendapat perhatian ramai oleh Warga TikTok itu turut ditinggalkan ribuan tanda suka dengan kemunculan Wahid di GV sekali gus menjadi perbualan ramai dengan meraih ‘ratusan’ komen ramai.

“Kawan 5 orang, masuk 2 orang, pandai share 2 orang habis kami 5 orang makan telur rebus ke” Soal Wahid

“Tok kata yang 2 orang pun stereo sumbang, kalau 3 lagi la jahanam” balas Saiful Apek buat ramai berdekah

“Ini baru legend, lawak yang spontan. Macam borak kedai kopi…”

Wahid Senario banyak habiskan masa di masjid

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Wahid Senario mengakui pernah ‘dimarahi’ anaknya kerana berkongsi kisah penghijrahannya kepada masyarakat.

Wahid, 46, atau nama sebenarnya Abdul Wahid Mohamad berkata, anaknya kurang selesa apabila cerita perubahan imejnya sering ditonjolkan menerusi media massa.

“Saya kata kepada mereka, nak buat macam mana kerana orang sering bertanya dan saya kena jelaskan perkara sebenarnya.

“Apapun ini tuntutan agama dan kita kena buat benda ini. Sebagai individu milik masyarakat yang orang kenal, apabila tengok kita berubah, pergi masjid, pasti orang kaitkan dengan benda ini. Bagi saya sama ada kita betul-betul nak berubah 100 peratus atau 50 peratus, terserahlah. Yang penting kita kena buat benda ini. Sebagai seorang bapa, dapat tunjuk sikit pun okeylah bagi saya,” katanya.

Bapa kepada tiga anak lelaki berusia 18, 17 dan 13 tahun ini berkata, dia kini lebih banyak menghabiskan waktunya di masjid.

“Namun, itu tidak bermaksud saya dah meninggalkan segala aktiviti seni kerana saya masih menerima tawaran aktiviti hiburan sekiranya ada.

“Namun, saya selesa tinggal di Ipoh, Perak. Memang saya sasarkan duduk di Ipoh sejak dulu walaupun ada kerjaya di Kuala Lumpur. Selepas dapat anak kedua, saya balik semula ke Ipoh.

“Sebenarnya selepas kahwin, saya bawa isteri ke Kuala Lumpur. Dia asal Ipoh dan bila tinggal di Kuala Lumpur, dia jadi serabut kepala. Bayangkan nak beli bawang pun kena beli di tempat yang besar,” katanya.

Menurutnya, keputusan untuk tinggal di Ipoh juga dibuat bagi menjaga kedua -dua mentuanya selepas ibunya sendiri meninggal dunia.

“Kerana itu juga saya sanggup berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur setiap minggu untuk jadi hos program Melodi bersama Fara Fauzana dulu.

“Saya sekarang tenang bersama keluarga di Ipoh. Syukur perniagaan isteri yang diusahakan secara dalam talian dapat sambutan. Rezeki anak pun Allah dah aturkan dan mesti ada. Setiap bulan pasti ada tawaran kerja walaupun tak banyak,” katanya

 

Sumber : trending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*