“Dah Boleh Bayang Aafiyah Versi Remaja..” – Gambar Dato’ Seri Siti Nurhaliza Ketika Zaman Sekolah Jadi Perhatian Ramai

Sudah berpuluh tahun penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza bertapak dalam industri seni negara. Sekalipun ramai pendatang baru yang tumbuh bagai cendawan, namun aura Dato’ Siti masih berb1sa sehingga kini.

Meninjau akaun Instagram salah seorang peminat setia Dato’ Siti iaitu I.am.amar.sempoi, telah dikongsikan sekeping gambar Dato’ Siti ketika berusia belasan tahun. Gambar ini diambil ketika Dato’ Siti berada pada zaman sekolah menengah.

Dengan wajah polosnya itu, wajah Dato’ Siti memang sudah sedia cantik sejak dari dahulu lagi. Senyuman yang sama manisnya sejak dahulu. Ramai di kalangan peminat yang melihat wajah Dato’ Siti ketika ini seakan wajah anaknya, Siti Aafiyah.

Kamera pada zaman ini semuanya memaparkan gambar sebenar, tidak seperti sekarang yang boleh disungting menggunakan filter. Memetik kata peminat, Dato’ Siti ini zaman sekolah pun sudah terserlah kecantikannya.

Jom tengok perkongsian di bawah :

 

 

Tanpa solekan pun tetap manis dan ayu ibu Aafiyah ini. Gambaran wajah Aafiyah apabila dewasa kelak sudah dibayangkan oleh peminat menerusi gambar ini. Antara komen-komen :

” Zaman sekolah pun dah cantik. Yang penting zaman ni tanpa gajet dan filter all that. tetap jelita dato’ siti kesayangan ramai ni.. “

” Aafiyah remaja ni, masya Allah cantiknya Tokti. Cantik dalaman dan luaran, memang cantik asal. Natural beauty.. “

” Eh eh muka Aafiyah sangatlah. ok kita tahu dah muka Aafiyah bila dah remaja dan sekolah menengah nanti hehe.. “

” Comel lotey tokti masa ni. Lama tak dgr perkataan sitinurhalizatarudin sebab skrg ctdk je.. ct pipi merah masa sekolah.. kenangan cliffordian.. rindu.. “

” Kenangan mengusik jiwa, ye Aafiyah memang mirip muka Tokti. Sebijik sama, dah boleh bayang Aafiyah versi remaja.. “

” Dari kecik dan cantik original tokti ni, mirip muka Siti Aafiyah. Tapi aafiyah campur muka ayah dia jugak. Certain part mak iti. Certain part DK.. “

” Sebijik muka Aafiyah, tak berubah langsung muka Mak Iti dari zaman remaja sampai sekarang. Tetap comel dan awet muda.. “

Tentu Dato’ Siti punya ramai peminat ketika zaman sekolah ni. Apa pun, semoga Dato’ Siti sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan yang berpanjangan bersama keluarga tersayang sampai bila-bila.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*