“Selamat Hari Raya Aidilfitri” – KJ bagitahu jika ini berlaku, rakyat Malaysia berpeluang utk menyambut Aidilfitri

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi gambaran rakyat Malaysia berpeluang untuk menyambut Aidilfitri sekiranya terdapat penurunan kes jangkitan Covid-19 membabitkan varian Omicron dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang.

Beliau berkata, Malaysia berupaya untuk menguruskan gelombang Omicron sekiranya tiada peningkatan kes kematian dan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU).

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pihak memainkan peranan dengan menjaga tingkah laku seperti melakukan ujian kendiri Covid-19 termasuk mendapatkan dos penggalak dengan segera, susulan peningkatan kes yang mendadak berkaitan varian Omicron.

Selain itu, katanya, turut digalakkan adalah vaksin bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun hingga 12 tahun.

“Saya harap kita dapat menstabilkan pandemik ini dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang. Negara-negara lain mengambil masa sebulan, dua bulan sebelum melihat gelombang Omicron turun.

“Kalau kita mainkan peranan masing-masing, dapatkan dos penggalak dan mengalakkan anak-anak kita mendapatkan vaksin… insya-Allah kalau satu atau dua bulan Omicron ini turun, Selamat Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, petang Isnin.

Khairy berkata, bermula 6 Februari lalu, Malaysia kembali mencatatkan jumlah kes positif melebihi 10,000 ribu kes.

“Hari ini, bilangan kes Covid-19 positif yang dilaporkan adalah sebanyak 11,034 kes. Peningkatan ini bukan sesuatu yang luar jangka.

“Situasi ini disebabkan penularan varian Omicron yang lebih mudah merebak. Peningkatan kes juga disaksikan di negara-negara lain di seluruh dunia,” tambahnya

Ramai mahu batal tempahan kuih raya, baju raya

PETALING JAYA – Ada yang sudah menempah kuih raya, baju raya dan tidak kurang juga yang sudah merancang cuti sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Itu antara perkongsian pengguna medial sosial mengenai perancangan mereka untuk sambutan hari raya pada tahun ini.

Bagaimanapun ‘impian’ itu seolah-olah kabur selepas kes harian Covid-19 hari ini melonjak kepada angka 7,234 berbanding 5,720 kes yang direkodkan semalam.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata mereka melahirkan kebimbangan susulan lonjakan kes itu dan tidak mahu perayaan Aidilfitri tahun ini disambut sekali lagi secara alam maya.

Tidak kurang juga yang mahu membatalkan tempahan kuih raya dan baju raya kerana bimbang akan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mungkinlah tahun ini raya di perantauan lagi? musnah impian nak bakar lemang sambil ‘selfie’ raya di kampung,” tulis Asan Naim.

“Selamat hari raya PKPD (PKP Diperketatkan) 2022. Kita raya ‘live’ tahun ini,” komen Hafizall MD. Zuki Fizalro.

Berita berkaitan: Jangkitan baharu Covid-19 lepasi 7,000

Turut meninggalkan komen pengguna, Siti Rokiah yang mengakui sudah membuat tempahan baju dan kuih raya.

“Jangan tiba-tiba kata PKP lagi raya tahun ni. Aku batal tempahan kuih raya dan baju raya,” ujarnya.

Bagaimanapun, ada pengguna yang masih berharap mereka dapat pulang beraya dengan keluarga tercinta di kampung selepas dua kali beraya di perantauan.

“Saya yakin tidak akan ada PKP lagi, sebab kerajaan dah umum tiada lagi PKP di seluruh negara selepas ini,” tulis Maisarah Halim.

Senada dengan Maisarah Halim adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mie Kaduk.

“Tiada lagi PKP besar-besaran, yang ada hanya PKPD bersasar, jangan bimbang semua dapat balik beraya di kampung tetapi SOP (prosedur operasi standard) kena patuh,”nasihatnya.

 

Sumber : Trending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*