Ramai Respek Tengok Cara Faizal Tahir ‘Tegur’ Anak Dalam Kereta

Penyanyi Faizal Tahir mencvri perhatian wargamaya apabila berkongsi aktiviti hariannya menghantar anak-anak ke sekolah.

Menerusi platform TlkTok, Faizal yang menghantar empat orang anaknya yang lengkap memakai uniform sekolah turut berkongsi gelagat mereka masing-masing.

Dalam perkongsian berdurasi kurang dua minit itu juga menunjukkan Faizal bergegas kerana telah terlewat menghantar anak-anaknya.

“Sorang hidung berd4rah, sorang hilang kopiah, yang lagi dua orang bergadvh tk sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah.

“Alhamdulillah, semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InsyaAllah. Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat, saIahkan abah,” ujar Faizal di ruangan kapsyen.

Di dalam perjalanan ke sekolah, pelantun lagu Sampai Syurga itu turut dilihat menegur kelakuan anak-anaknya dan menasihati mereka.

“If you do that one more time, im going to rotan you straight away, do you understand me”

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap cara Faizal mendidik anak-anaknya.

Ramai yang suka Faizal menegur kelakuan anak-anaknya dengan cara ‘tegas tetapi lembut’ serta penggunaan bahasa Inggeris yang ‘sedap didengar’.

“@duchess Weh kat sekolah cikgu tanya kamu anak siapa? pastu diorang jawab, bapak saya faizal tahir, cikgu. PERGHHHH.”

“@hamba abdi Macam tengok mat saleh hantar anak pergi sekolah.”

“@shazashifaa: Alahai boleh nangis dengar orang cakap lembut gini. Didikan bagus yang dia dapat, macam tu lah dia didik anak-anak dia.”

“@Mazenah06: Sedap dengar Faizal baca doa dengan cakap orang putih. Anak ramai banyaklah ragam. Bertabahlah yer.”

“@nurul syuhada Bapak buka pintu untuk anak its another level.”

“@IbuIzzharMalique: 10 kali ulang.. Bebelan paling sopan je dengar.. Kalo kena bebel mcm ni, seribu kali pun takpe.. Tak terasa hati.. Selalu kena bebel pedlh di hati.”

“@endesty: Alahai lembutnya bapaknya communicate dengan anak.. dia punya slang BI…masyaallah…teruja maksssssssl!”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan daripada warga TlkTok.

Sekadar info, Faizal Tahir dan isteri, Siti Raihanim Rohan mendirikan rumah tangga pada tahun 2001.

Pasangan tersebut dikurniakan tujuh orang anak iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, Ahmad Rifa’ei Zidane dan Khalid Al-Walid, Siti Raudhah Nur Iman, Siti Rawdha Nur Jannah, Siti Nawar Malaikha dan seorang bayi yang baru dilahirkan pada Disember 2021.

Fakta Menarik Faizal Tahir

1. Anak kedua daripada tujuh beradik. Antara adik-beradiknya yang lain ialah Muhammad Fahd bin Mohammad Tahir (Fahd Tahir ), Norainiah Liyana Budriah binti Mohammad Tahir (Aini Budriah Tahir) dan Muhraini Fazira binti Mohammad Tahir (Fazira Tahir).

2. Anak kepada pasangan Muzlipah Aishah Pa’wan Teh dan Mohd Tahir Abdul Rahman.

3. Beliau merupakan adik ipar pengurus stesen radio, Nazri Noran.

4. Ahli perbahasan dalam bahasa Inggeris sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Bukit Gading pada 1995. Juga anggota kumpulan muzik yang ditubuhkan bersama rakan-rakan sekolah.

5. Melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ketika itu menjadi titik awal perkenalan beliau dengan isterinya, Siti Raihanim Noran. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ahmad Mikaeel Zidane (lahir 2003), Siti Raudhah Nur Iman (lahir 2005), Ahmad Rifa’ie Zidane (lahir 18 Februari 2009), Siti Rawdha Nur Jannah (lahir 19 Mac 2011), Siti Nawar Malaika (lahir 2013) dan Khalid Al-Walid (lahir 2015).

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2005.

7. Sebelum bergelar penyanyi solo, Faizal pernah menganggotai kumpulan nasyid, Mirwana.

8. Bergelar naib juara rancangan realiti nyanyian, One In A Million musim pertama.

9. Antara lagu-lagu hitsnya seperti Mahakarya Cinta, Batu & Golek, Gemuruh, Sampai Syurga, Cuba, Bencinta, Selamat Malam, Adrenalin, Hanyut, Assalamualaikum, Sejati, Ragaman, Kasih Tercipta dan Dirgahayu (duet bersama Datuk Siti Nurhaliza).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak via isu viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*