Hail Amir, Suami Salwa Abdul Rahman Dapat Anugerah Bergelar Datuk

SETELAH 50 tahun berkecimpung dalam dunia seni, penyanyi dan pelakon popular era 70-an Hail Amir dikurniakan gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Hail atau nama sebenarnya Abdul Hail Amir, 74, berkata kurniaan tersebut adalah satu penghargaan yang ingin dikongsi dengan peminat setiannya.

“Saya rasa amat terharu dengan penganugerahan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang masih mengingati dan meminati insan bernama Hail Amir ini,” katanya.

Hail memulakan kerjaya seni sebagai penari kebudayaan di Badan Budaya di bawah Kementerian Belia dan Sukan pada awal 70-an.

Hail dikurniakan gelaran Datuk selepas 50 tahun terlibat dalam dunia seni.

Bakatnya mula menyerlah apabila ditawarkan watak utama dalam filem pertamanya Jiwa Remaja di samping Uji Rashid dan Datuk Yusof Haslam.

Antara filem lain yang dilakonkannya ialah Menanti Hari Esok, Ribut Barat dan Anita Dunia Ajaib.

Hail turut popular dengan beberapa lagu antaranya Wajah Kesayangan Hamba, Hujan, Tanda Kasih, Kabus dan Merpati Dua Sejoli.

Penyanyi ini mempunyai seorang isteri iaitu Safiah Ibrahim dan empat cahaya mata.

Sehingga kini beliau masih aktif menerima undangan nyanyian.

Selain Hail, suami kepada penyanyi Salwa Abdul Rahman iaitu bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Kuala Lumpur, Subadron Abdul Aziz turut dikurniakan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk.

Pada istiadat di Istana Negara pagi Selasa, seramai 57 individu lain menerima darjah kebesaran PMW yang membawa gelaran “Datuk” sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022.

Turut menerima PNW ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly dan bekas atlet terjun negara Leong Mun Yee.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*