11 Tahun Perut Gadis Ini Membesar , Ramai Simpati Bila Dapat Tahu Isi Dalam

Masalah gangguan yang diakibatkan oleh makhlus bukan sahaja membuatkan seseorang kelihatan sentiasa lesu dan lemah mahupun emosi kacau semata-mata. Ada juga yang mengalami perubahan bentuk badan termasuklah perut membesar tiba-tiba tanpa diketahui sebab utama. Sebagai orang luar yang cuma mampu melihat pun sudah cukup merasa simpati dan perit, apalagi tuan badan sendiri.

Allah uji kerana Allah sayang, Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambar kisah duka gadis cantik ini apabila beliau terpaksa membawa perut yang besar persis sedang mengandung, difahamkan ianya akibat gangguan makhluk halus. Selama 11 tahun dia menanggung ujian berat itu, ia juga menjadi sebab mengapa dia cuma kerap memuat naik wajah muka sahaja memandang wujud rasa segan dengan bentuk badannya tersebut.

Perut saya tiada air & kosong tapi terasa berat

“Allah uji, kerana sayang”

Sama seperti orang lain, dia juga sudah membelanjakan duit puluhan ribu ringgit demi untuk mendapatkan rawatan penyembuhan. Katanya lagi, dia yakin yang perutnya tiada apa-apa isi namun ia terasa begitu berat.

Kalau nak berubat jangan cari bomoh. Kadang ada yang nak ambil

kesempatan, Ramai netizen yang turut merasa sedih dengan dugaan gadis ini dan memberikan kata-kata semangat serta doa moga satu hari nanti semua itu akan berakhir. Juga tidak ketinggalan ada yang menasihatinya mencari perawat sebenar tanpa niat mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Dugaan tanda Allah sayang

Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian. Tanpa mengira sesiapa pun sama ada orang itu kaya atau miskin tetap ada ujiannya.

Setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah.

Tidak mungkin orang beriman akan memperoleh pahala dan nikmat syurga tanpa sebarang ujian dan kesusahan. Cuma yang membezakan antara manusia adalah bentuk ujian yang diterima.

Mungkin bagi sesetengah orang melihat ujian yang menimpa orang lain itu tidaklah dianggap ujian besar, namun orang yang melalui ujian itu yang lebih mengetahui.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Ayat al-Quran itu menjelaskan fitrah orang beriman pasti akan diuji Allah SWT. Bagi memastikan iman seseorang hamba benar-benar kukuh kepada Allah SWT, maka ujianlah yang dapat menentukannya.

Ujian bukan saja dirasai orang yang lemah dan miskin, ia juga melanda orang yang kuat dan kaya. Itulah fitrah kehidupan yang ditentukan Allah SWT.

Sebenarnya, ujian dapat mendekatkan diri seseorang Muslim kepada Allah SWT. Tidak ada tempat selayaknya diharapkan pertolongan selain kepada Allah SWT.

Selain itu, apabila dihadirkan ujian, antara perkara yang perlu disematkan dalam diri ialah perlunya untuk bersabar. Mungkin ia mudah untuk diungkap, namun sukar untuk dipraktikkan sekiranya tanpa adanya iman.

Rasulullah SAW pernah menjelaskan kehebatan orang yang beriman kerana mereka sentiasa bersyukur dan bersabar dalam menghadapi urusan kehidupan dunia.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan. Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan. Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Apabila melalui ujian dalam hidup, selain daripada perlunya bersabar, setiap Muslim juga perlu berikhtiar dan berusaha supaya ujian yang dihadapi itu berlalu dengan lancar.

Umat Islam tidak boleh rasa lemah dan putus asa tatkala menerima ujian dalam kehidupan. Jauh sekali menyalahkan takdir Ilahi. Yakinlah, setiap ujian itu akan hadir bersamanya hikmah yang besar sekiranya dilalui dengan sabar dan berikhtiar menyelesaikannya.

Kisah ibu Nabi Isa, Maryam adalah contoh jelas betapa perlunya bersabar dan berusaha ketika melalui ujian dalam hidup. Maryam seorang wanita yang sentiasa menjaga kehormatannya.

Namun beliau dipilih Allah SWT untuk menjadi ibu kepada seorang nabi bagi kaumnya. Maryam adalah seorang insan baik, namun berdepan ujian cukup besar dalam hidupnya.

Bayangkan seorang wanita baik tiba-tiba hamil dalam keadaan dirinya tidak bersuami. Beliau dituduh dengan pelbagai tohmahan oleh kaumnya sendiri sedangkan beliau tidak pernah melakukan perkara yang dilarang.

Maryam amat sedih dengan apa yang berlaku ke atasnya sehingga merasakan lebih baik dirinya mati supaya keadannya itu dapat segera dilupakan kaumnya.

Perkara itu dinyatakan Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma), dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang.” (Surah Maryam, ayat 23)

Walau bagaimanapun, dengan kesabaran dan rasa reda dalam diri, Allah SWT menganugerahkan pertolongan untuk Maryam pada saat ingin melahirkan kandungannya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya: “Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam, ayat 23-24)

Hayatilah dengan penuh keinsafan situasi dialami Maryam dalam ayat-ayat al-Quran berkenaan. Dalam keadaan Maryam seorang wanita baik dan menjaga kehormatannya, beliau diberi ujian oleh Allah SWT hamil ketika masih gadis.

POKOK tamar anugerah Allah di padang pasir.

Dalam keadaan dirinya sakit ingin melahirkan kandungannya, beliau membawa diri dan turut merasai kesakitan seperti wanita lain.

Tatkala datang pertolongan daripada Allah SWT yang menyediakan untuk Maryam air dan buah tamar, Maryam diperintah untuk menggegarkan batang pohon tamar supaya dapat makan buah-buahnya yang jatuh. Maha suci Allah SWT yang memiliki sifat Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ketika Maryam ingin melahirkan seorang nabi, bantuan datang bagi meringankan ujian yang ditanggungnya. Namun, dia masih tetap disuruh berusaha mengurus ujian dalam hidupnya.

Boleh saja Allah SWT menghidangkan makanan terus kepada Maryam, namun beliau diperintah untuk menggegarkan pohon tamar supaya dapat dimakan buahnya.

Lihatlah betapa ujian yang datang daripada Allah SWT perlu diurus dengan usaha, bukan sekadar menunggu segalanya datang bergolek.

Ia peringatan jelas dinyatakan Allah SWT buat seluruh manusia, lebih-lebih lagi yang mengaku beriman kepada Allah SWT. Ingatlah, ujian datang adalah untuk meningkatkan martabat seorang insan di sisi Tuhan.

Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 

Sumber: TikTok @bungafloraa, Trending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*