Emma Maembong Sekeluarga Bercuti Di Switzerland, Sekali Ini Yang Netizen Risaukan

Pelakon Emma Maembong dilihat sedang bercuti di negara Switzerland bersama suami dan anaknya, Shariq Gabriel.

Namun, aksi pelakon drama I Promise Janji Anaqi itu membawa anaknya berjalan-jalan di sekitar kawasan bandar menarik perhatian ramai.

Menerusi laman sosial Instagram, Emma berkongsi sebuah video memimpin tangan Shariq yang kini sudah boleh bertatih di sekitar kaki lima di tepi jalan besar.

Walaupun dipimpin, Shariq yang kini berusia setahun lebih itu bertatih begitu hampir di kawasan tepi jalan yang menjadi laluan utama kenderaan lalu-lalang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Perkongsian berdurasi kurang satu minit itu mencetuskan keris4uan wargamaya yang rata-ratanya menasihati Emma supaya tidak membawa anaknya ke kawasan tepi jalan.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 27.9k likes daripada wargamaya.

Sekadar info, Emma berkahwin dengan juruterbang Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, pasangan dikurniakan seorang cahaya mata pada 8 November 2020.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*