“Kejut kiter…”- Klip video Aeril Zafrel & Wawa Zainal mengundang tawa ramai

Kalau sebut nama pasangan selebriti kegemaran, pasti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara yang tersenarai. Mana tidaknya, tidak hanya bagai pinang dibelah dua malah gelagat lucu suka mengusik antara satu sama lain juga mencetuskan mereka sering mengundang tawa ramai.

Sehinggakan warganet juga sudah cukup kenal dengan perangai lucu Aeril Zafrel dan ternyata, Wawa Zainal juga tak kurang kelakarnya apabila dengan Aeril Zafrel. Pasangan popular ini bagaimanapun begitu disenangi oleh peminat.

Terbaharu satu rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun, Wawa Cosmetics menyebabkan warganet terhibur dengan gelagat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sempat bergurau bersama.

Aeril Zafrel seperti biasa sering mengusik isterinya dengan bermacam-macam hal sehingga gelagat sweet mereka pada kali ini tular di aplikasi TikTok dengan lebih 20,000 tanda suka ditinggalkan oleh peminat mereka.

Lebih mencuit hati pula, bahagian akhir video sempat Wawa Zainal mengusik kembali suaminya itu dengan muncul di skrin kamera belakang kereta Aeril Zafrel.

Video:

@wawacosmeticsofficial Manja kali dia 😂 #fypdongggggggg #memories ♬ Pamela – Bots🇵🇭

Gelagat lucu Wawa Zainal dengan mengusik kembali Aeril Zafrel di akhir video menyebabkan ada juga segelintirnya terkejut apabila tiba-tiba sahaja muncul wajah pelakon dan usahawan jelita ini di skrin dalam kereta.

“Kejut kiter”

“Suka tengok dorang ni…”

“Comel, suka betul…”

“Kahkah terkejut aku tengok…”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*