Tak habis lagi kritikan buat Iqbal sertai Big Stage. Kali ni Eric Fuzi pulak tampil beri komen padu.

Nampaknya kritikan warganet terhadap usahawan kontr0versi, Ahmad Iqbal Zulkefli masih belum berakhir apabila kali ini individu yang membantunya menghasilkan single pertama iaitu Eric Fuzi turut terkena tempias kritikan.

Ahli kumpulan Floor88 ini berkata dia menerima banyak mesej daripada warganet yang meluahkan rasa kurang senang apabila usahawan berusia 27 tahun itu dipilih menyertai program Big Stage 2022Kata Eric, 30, warganet menyalahkannya seolah-olah menjadi punca Iqbal terjebak sebagai penyanyi hingga layak menyertai pertandingan nyanyian untuk bakat baharu itu.

“Ya ramai mesej peribadi (DM) marah-marah kononnya saya punca Iqbal jadi penyanyi dan merosakkan industri. Saya nak jelaskan semula, sebelum ini saya bersetuju hasilkan lagu untuk Iqbal sebab dia kata sekadar nak menyanyi untuk luahkan isi hati dan promosi produk… bukan sebab nak jadi penyanyi. Dia client kami dan kita ikut apa permintaan dia, saya sendiri tak sangka dia akan sampai ke tahap ini. Malah saya berulang kali ingatkan dia kalau betul nak jadi penyanyi kena masuk kelas vokal, lagu yang dinyanyikan itu bukan untuk industri dan hanya sekadar untuk masuk YouTube dan dia buat lagu itu menggunakan modal dia sendiri. Janganlah salahkan saya kalau dia diangkat menjadi penyanyi. Persoalannya siapa yang menerima dia jadi artis dan siapa yang izinkan dia masuk TV?” katanya. Sebelum itu, Eric menerusi Instagram menasihati Iqbal supaya menarik diri daripada menyertai program nyanyian itu dan fokus kepada perniagaan sahaja.

Dia degil, lupa apa tujuan asal dia buat lagu dulu, dia kata bukan nak jadi penyanyi

“Nasihat seorang kawan, tariklah diri… tolong! Kekuatan kau sebagai usahawan dan teruskan dengan kerjaya kau tu. Masa PKP dulu ramai kritik industri seni, kata industri seni tak penting, tapi bila Iqbal masuk Big Stage, ramai pula mempertahankan industri seni supaya tak dimusnahkan oleh seorang penyanyi usahawan. Menarik! sayang juga orang kita dengan industri seni kreatif ni,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Eric dengar semula nyanyian dan persembahan Iqbal.

Mengulas mengenai persembahan Iqbal pada minggu pertama Big Stage 2022, Eric berkata usahawan itu tidak boleh menyanyi dan perlu mendapatkan lebih ilmu mengenai muzik. “Sejujurnya memang tervk suara dia, tapi kalau dia betul-betul nak jadi penyanyi kena belajar lagi. Dia degil, lupa apa tujuan asal dia buat lagu dulu, dia kata bukan nak jadi penyanyi tapi sekarang dia boleh pula sertai program berkenaan. Kalau betul dia nak jadi penyanyi, saya rasa buat masa ini belum layak lagi. Saya sendiri akui kecewa apabila dia menyertai program nyanyian popular itu. Semasa lancar lagu Hujan itu dahulu pun dia beritahu kami banyak stesen TV dan radio panggil menyanyi live tapi kami bagi nasihat jangan buat sebab dia perlu belajar banyak lagi, kena ambil kelas sekurang-kurangnya enam bulan, kalau layak dan ada ilmu barulah boleh serius jadi penyanyi,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Floor88 meluahkan rasa syukur apabila lagu baharu berjudul 24434 yang dilancarkan pada 10 Januari lalu menerima sambutan baik penonton. “Alhamdulillah, ramai penonton di YouTube beri komen positif mengenai naskah terbaharu kami ini. Sebenarnya lagu ini dihasilkan secara tak sengaja oleh Achoi, tak tahu mana mimpi dia dapat buat lagu itu. Syukur ramai dapat mesej dalam lagu itu. Sebagai penyanyi tak salah kita mengingatkan orang lain sesuatu yang baik dan berharap dapat beri kebaikan kepada orang lain juga. Dalam pandemik CvdI9 ini kita juga perlu ambil peluang dengan menggunakan platform yang Allah beri untuk sebarkan kebaikan kepada semua. Semoga lagu itu dapat memberikan manfaat kepada semua,” katanya yang turut memaklumkan bakal muncul dengan lagu baharu berjudul Ku Ingin yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Sumber : trendinggiler

Kuala Lumpur – Penerbit program realiti nyanyian Big Stage musim keempat iaitu Astro Ria menegaskan usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli memenuhi semua kriteria ditetapkan Big Stage walaupun tindakan membawa masuk Iqbal sebagai peserta ke 12 mengundang kritikan hebat pelbagai pihak termasuk penyanyi tanah air.

Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh ketika dihubungi berkata, pihak penerbitan juga menyediakan pelbagai inisiatif kepada semua peserta untuk memperbaiki mutu persembahan mereka.

“Dengan 2.1 juta views yang dimiliki Iqbal menerusi single pertama, Hujan, Big Stage menawarkan platform untuk membuktikan kebolehan dan kemampuan dirinya di pentas yang lebih besar. “Apatah lagi di era digital kini, kita dapat lihat ramai bakat baharu di platform digital, namun vokal yang dipamerkan masih tidak dapat dibuktikan sepenuhnya.

“Ini kerana selepas melalui proses rakaman, banyak penambah baikan dilakukan dan hasilnya, lagu itu seakan sempurna dan sedap didengar. Namun, Big Stage adalah pentas dan realiti sebenar untuk peserta serlahkan kemampuan nyanyian mereka dan untuk penonton menilai,” katanya.

Norzeha berkata, di Big Stage mereka turut menyediakan kelas dan bimbingan daripada profesional seperti guru vokal untuk membimbing mereka. “Kita harapkan mereka dapat membuktikan kemampuan masing-masing. Kita sudah sediakan platform dan kini terpulang kepada mereka untuk menyahut cabaran dan meneruskan agenda seterusnya.

Juri dan penonton akan membuat pilihan sekiranya dirasakan mana-mana peserta tidak layak untuk mara ke minggu seterusnya,” katanya.Menurut Norzeha, Big Stage membuka peluang yang sama rata buat semua bakat muda dan penyanyi baru nak up yang sudah berada di dalam industri untuk melangkah lebih jauh.

“Untuk Big Stage kali ini, kita ada kepelbagaian peserta, iaitu peserta berbakat dan peserta tular seperti Iqbal dan Jerung Merah. Syarat utama buat peserta, mereka haruslah berusia 30 tahun ke bawah dan memiliki video sama ada lagu sendiri atau co.ver di mana-mana platform media sosial dengan tontonan lebih 500,000.

Dan, semua peserta Big Stage 2022 termasuk Iqbal memenuhi kriteria itu,” katanya. Ditanya mengenai kenyataan Iqbal dalam satu temu bual selepas dia membuat persembahan yang mana mahu menarik diri, Norzeha berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa pemakluman. Setakat ini pihak produksi dan Astro tidak menerima sebarang berita mengenai mana-mana peserta yang ingin menarik diri.

Sama seperti peserta lain, Iqbal sudah pun menandatangani perjanjian untuk berada di dalam pertandingan selama lapan minggu jika nasib menyebelahi dirinya dan jika tidak, dia perlu berada dalam pertandingan sehingga tersingkir. “Namun, seandainya ada peserta yang ingin menarik diri atas sebab-sebab yang munasabah, kami akan mempertimbangkan,” katanya.

Big Stage 2022 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria. Terdahulu, kemunculan Iqbal dalam program berkenaan, Ahad lalu menyampaikan lagu Biarlah Bulan Bicara mengundang kritikan ramai.

Rata-ratanya menyifatkan nyanyiannya t.eruk dan tidak layak berada di pentas itu. Malah, juri tetap program itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak tahu mahu memberikan komen apa. “Saya sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana, tak tahu nak bagi markah macam mana. Memandangkan syarat nak masuk Big Stage view di YouTube lebih dari 1 juta dan view Iqbal lebih 2.1 juta itu membuatkan layak berada di sini. Kita tak nafikan. Tapi tak apa, saya bagi peluang. Mana tahu dia bagi kejutan pula untuk minggu seterusnya,” katanya.

 

Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*