Kak KM buat majlis aqiqah, tapi netizan tegur pasal baju tak sesuai – “Pakai la elok2..”

Siapa yang tidak kenal dengan Kak KM atau Liana Rosli, anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri. Dia sering menjadi bualan hangat wargamaya berikutan gemar muncul dengan aksi dan kelakuan yang membuat orang ramai menggeleng kepala.

Sebut nama Kak KM pasti ramai yang mengenalinya. Nama sebenarnya Liana Rosli anak kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri. Beliau merupakan seorang usahawan jamu yang terkenal dengan pelbagai jamu untuk lelaki dan wanita.

Beliau selamat melahirkan cahaya mata keempat pada harini. di salah sebuat hospital swasta Kuala Lumpur. Beliau memuatnaik status menunjukkan cahaya mata perempuanya yang diberi nama Cinta Carissa.

Selepas dua bulan melahirkan anak keempatnya, usahawan kosmetik Kak KM mengadakan majlis aqiqah, kesyukuran dan cukur jambul di kediamannya hari ini.

Bagaimanapun, penampilan Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mengundang kutukan dan teguran netizen di aplikasi TikTok yang disifatkan kurang sesuai dalam majlis berkenaan.

Menerusi video dimuat naik, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri itu tampil menggayakan busana putih dengan fesyen pada lengan bahagian atas dilihat terdedah.

Disebabkan penampilan tersebut, rata-rata memenuhi ruangan komen mempersoalkan fesyen ‘terbelah’ Kak KM apatah lagi majlis itu dipenuhi dengan alunan selawat dan zikir.

 

Malah, terdapat juga segelintir individu berseloroh mengatakan busana berkenaan mungkin tidak sempat disiapkan atau sesuai bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Baju tak sempat jahit ke?Majlis agama tu…


Takde yang tegur ke?


Tegur2 juga, korang tengok diri sendiri dulu!


Doa baik2, jangan sampai menghina…

Liana dan suaminya Razman Ramli dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nabila, 19, Fariz, 15, Rania, 12, dan Cinta Carissa yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.

Sebelum ini Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli pernah memberitahu ini merupakan anak terakhirnya kerana dia dan suami tidak lagi mempunyai perancangan untuk menambah zuriat lagi.Justeru itu, dia berharap anak yang bakal dilahirkan kelak memiliki minat yang sama sepertinya terutama dalam bidang perniagaan.

“Cukuplah tak mahu tambah lagi dah sebab doktor pun dah nasihat umur dah lebih 40 tahun tak sesuai mengandung lagi.

“Selepas lahir anak ni saya kena buat sesuatu, sebab saya ni jenis subur, cepat lekat… apa-apa pun anak last ini cukup istimewa kerana ia terhasil semasa saya jadi Kak KM, berbeza dengan anak sebelum ini saya adalah Liana Rosli.

Sebelum ini , menerusi Instagram, Kak KM berkongsi video dan gambar mengadakan majlis ‘gender reveal’ bersama keluarga di sebuah lokasi yang mendapat kritikan warganet kerana permakaiannya yang kurang sopan. Dalam video yang dikongsi itu, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri ini mengumumkan dirinya hamil anak perempuan.

 

Sumber: TikTok @sweetdara_stokiskmbeauty , Instagram @kmfavourite.testimoni

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*