Shuk bagi nasihat kpd laki plan nak cur4ng walau dah ada family

Nama pelawak terkenal Shuk Sahar sudah tidak asing lagi selepas berulang kali terpalit dengan kontroversi ‘panas’ melibatkan wujudnya orang ketiga yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangganya.

Akui curang dengan orang yang sama

Menerusi satu hantaran di TikTok yang dimuat naik oleh Gula_hatii, Shuk dilihat membuat Live di aplikasi berkenaan. Di dalam Live tersebut, terdapat individu yang seakan memerlinya dengan meminta tips untuk curang dengan pasangan mereka.

Walau bagaimanapun, Shuk menyatakan ia bukanlah perkara yang seronok baginya sehingga menyebabkan dia kini berasa tidak bahagia.

Tak best pun jadi macam aku. Tak best tak happy dan bukan satu benda yang kalau lah aku boleh jadi baik aku pun tak tau lah nak cakap macam mana.

Yang mana mintak tips curang ni tak payah lah. Sebab korang kenal aku, korang boleh nampak aku apa yang aku buat so tak payah buat pun.

Dalam pada itu, pelawak berusia 35 tahun itu mengakui bahawa dirinya sudah curang berkali-kali dengan orang yang sama dan menasihatkan orang yang menonton Live berkenaan supaya janganlah curang jika mereka sudah mempunyai keluarga.

Aku curang dengan orang yang sama tau berkali-kali. Mungkin ada yang curang dengan orang yang lain-lain cuma orang tak tahu. Apa yang boleh aku bagitahu sejujurnya kalau orang tu dah ada family tak payah lah curang.

Video penuh

Ketika nama Shuk Sahar mengundang perhatian ramai gara-gara tularnya video kenderaan dinaiki terbabas ke dalam parit, isteri pelawak itu pula mempersoalkan kelibat wanita bertudung hitam yang turut kelihatan di tempat kejadian.

Rossa Serra dipercayai memunculkan diri selepas ‘diseru’ netizen yang menanda (tag) namanya pada video yang berlegar di media sosial itu.

“Siapa tudung hitam? Adakah ia misteri?” soalnya di Insta Story.

Rossa pada hantaran berbeza turut memuat naik komen sinikal iaitu emoji ketawa pada video kemalangan yang menimpa suaminya itu.

Ia susulan netizen meninggalkan komen sinis: “Doa siapa yang dimakbulkan tu” pada ruangan komen video tersebut.

Rossa juga mengiringi hantaran berkenaan dengan tanda pagar #hidup3lapis #kanaknumburr #penangankurusi3lapis.

Kemalangan membabitkan kenderaan dipercayai jenis Myvi berwarna hitam itu dikatakan berlaku di kawasan Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

Melalui rakaman yang tular, Shuk bukan saja dilihat tenang selepas kejadian tersebutm, malah bekas penyampai radio terbabit mampu ketawa melihat apa yang sedang menimpanya.

 

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*