Tersingkir Big Stage, Iqbal dapat tawaran berlakon bersama Zul Arifin dan Mimi Lana

Dikecam bahkan disedarkan bahawa dia langsung tidak ada bakat nyanyian dan tidak layak berada di pentas Big Stage musim keempat (BS4), rezeki Iqbal Zulkefli dalam bidang seni nampaknya belum bernoktah.

Bidang nyanyian sudah diceburi, Iqbal kini bersedia untuk bergelar pelakon pula apabila mendapat tawaran lakona dalam drama bersiri 30 episod arahan pengarah tersohor, Erma Fatima.

Paling membuatkan pemilik nama penuh Ahmad Iqbal Zulkefli itu teruja, dia bakal bergandingan dengan barisan pelakon terkenal tanah air iaitu Zul Ariffin dan Mimi Lana.

“Alhamdulillah, saya ditawarkan membintangi sebuah drama 30 episod daripada Erma ketika masih berada di Indonesia lagi. Watak saya bukan hero tetapi karakter yang akan menghiburkan ramai.

“Erma sendiri yang tawarkan watak kepada saya. Insya-Allah penggambaran akan bermula pada 16 Februari depan. Gementar tetapi teruja untuk berlakon dengan barisan pelakon yang hebat,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Ditanya mengenai dirinya bersedia untuk dakwaan mengatakan dirinya tamak menerima semua peluang yang hadir, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida itu memberitahu hanya ingin menimba pengalaman dalam pelbagai bidang.

“Ada juga terfikir hal tersebut tetapi saya hanya tekankan, jika belum mencuba, kita tidak akan tahu kemampuan diri sendiri.

“Jika hendak bandingkan karier sebagai penyanyi dan pelakon, rasa-rasanya saya lebih ke arah dunia lakonan. Insya-Allah akan berikan yang terbaik sekali gus tidak akan mensia-siakan peluang yang ditawar kak Erma.

“Ketika usia muda inilah saya patut cuba pelbagai bidang. Manalah tahu rezeki saya lebih mencurah sebagai pelakon,” ujarnya.

Erma Fatima Tak Kisah Dikutuk Ambil Iqbal Zulkefli Berlakon

Selama ini, saya melihat Iqbal terlalu kerap berlakon dalam media sosial. Jadi, saya nak juga tengok adakah Iqbal berbakat di depan kamera.

“Justeru, saya menawarkan Iqbal berlakon dalam drama baharu berjudul Perempuan Itu yang bakal disiarkan di kaca TV3,” katanya.

Bagaimanapun, Erma berkata Iqbal perlu menghadiri uji bakat terlebih dahulu selama dua hari dan usahawan itu lulus dalam ujian berkenaan.

“Iqbal perlu menghadiri sesi uji bakat terlebih dahulu. Keputusan boleh berlakon atau sebaliknya ditentukan oleh pengarah drama, Isma Yusoof.

“Nyata, menerusi sesi uji bakat selama dua hari, Iqbal sangat komited hadir ke sesi latihan dan lulus dalam ujian,” katanya.

Kata Erma lagi, Iqbal hanya akan diberi watak pembantu memandangkan dia masih baru lagi dalam dunia lakonan. Tidak takut dengan kecaman netizen kerana memilih Iqbal sebagai pelakon, Erma berkata ada perkara lain yang lebih ditakuti olehnya.

“Jujurnya, ramai menghantar mesej peribadi meminta saya tidak mengambil Iqbal berlakon. Saya sendiri tidak tahu apa dosa Iqbal kepada mereka.

“Cuma, apa yang membuatkan saya risau kemungkinan saya dijadikan bahan kandungan media sosial seperti yang pernah dilakukannya terhadap individu lain sebelum ini.

“Masa nak bincang mengenai tawaran ini, saya pun bimbang akan keluar cerita tidak enak di laman maya. Jadi, saya minta rakan menemani saya. Sebelum berlaku perkara sedemikian, saya awal-awal lagi sudah beri amaran kepada Iqbal,” katanya.

Difahamkan, penggambaran drama Perempuan Itu yang turut menampilkan Zul Ariffin dan Mimi Lana bermula esok.

Dalam pada itu, Iqbal menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan penglibatannya dalam BS4 sebagai menjatuhkan maruah sendiri.

Iqbal berpendapat, perkataan ‘menjatuhkan maruah’ itu sesuai digunakan jika dia terbabit dengan perkara-perkara yang lebih mengaibkan seperti menjual badan (melacur).

“Saya tidak rasa telah menjatuhkan maruah sendiri selepas menyertai BS4. Saya bukannya menjual badan. Saya rasa lebih bermaruah untuk terus berjuang dan tidak patah semangat.

“Saya tetap akan menyanyi dan keluarkan lagu selepas ini selain tidak akan berhenti daripada mengikuti kelas vokal,” katanya.

Menyentuh tentang komen ‘pedas’ oleh juri tetap, Ajai apabila berterus-terang memberitahu dirinya tidak dikurniakan bakat sebagai penyanyi, Iqbal mengakui tidak terasa hati apabila dilemparkan komen sebegitu.

“Saya tidak terasa dengan komen juri (Ajai) dan ambil serius apa yang dia katakan. Cuma komennya terlalu lantang. Saya jadi termenung dan terfikir semula apabila diberitahu oleh guru vokal bahawa saya boleh lakukan (menyanyi).

“Saya ada suara, bukannya tidak ada. Cuma saya perlu lebih fokus sebab dalam kepada saya terlalu banyak berfikir. Apa pun, saya akan teruskan dalam bidang seni. Ini baru permulaan, bukannya pengakhiran,” ujarnya.

Biarpun digelar ‘kalis kecaman’, Iqbal mengakui adakalanya dia akan menangis apabila membaca komen-komen kecaman netizen, terutama ketika bersendirian.

“Bila saya sendirian, saya jadi sedih tiba-tiba. Sebab saya juga manusia. Sekebal mana pun hati, perasaan itu tetap hidup.

“Saya tahu hati saya kebal, tapi ada ketika, hati saya rapuh juga. Saya mengaku ada masanya saya menangis bila terlalu hebat dikecam netizen,” katanya.

Ahad lalu, Iqbal diumumkan sebagai peserta BS4 pertama yang tersingkir pada konsert mingguan kedua.

Penyingkiran yang disifatkan memuaskan hati ramai itu meraih pelbagai reaksi umum sehingga namanya sohor kini dalam Twitter.

 

Sumber : Trending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*