Siap ambik barang kemas bawak balik. Terkejut bila tiba tiba Puteri Sarah bongkarkan ini perangai sebenar Lisdawati yang ramai tak sangka.

Pelakon Puteri Sarah, memohon Jabatan Imigresen menyenarai hitam bekas pembantu rumahnya dikenali sebagai Lisdawati yang berhajat memasuki negara ini secara haram. Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia terkejut apabila Lisdawati dengan yakin memberitahunya mampu menyelinap masuk ke Malaysia dengan bantuan pihak tertentu.

“Saya terpanggil mahu suarakan hal ini kerana keberaniaannya dengan pengakuan itu, Tolak tepi mengenai perkara buruk yang dilakukannya pada saya sebelum ini tapi niat dia mahu mengikut ‘jalan belakang’ ke negara ini memang membimbangkan.

“Dia (Lisdawati) kini berada di Indonesia dan permit kerjanya di Malaysia sudah tamat tempoh. Dia juga ada menyatakan bahawa dia terpaksa menjaga keluarganya yang dijangkiti wabak Covid di kampung halamannya.

“Jadi saya risau apabila dia bukan sahaaja nak masuk secara haram tetapi dengan virus sekali mahu dibawanya. Saya mohon sangat pihak berkuasa dapat memantau hal ini dan mengesan aktiviti kemasukan haram sebegitu,” katanya. Selain itu, pelakon filem Tipah Tertipu ini berkata, Lisdawati yang bekerja dengannya selama 2 tahun sempat membuat onar dengannya sebelum pulang ke Indonesia, baru-baru ini.

Bukan setakat menyusahkan Puteri Sarah membeli tiket penerbangan, malah bekas pembantu rumahnya itu turut memburukkan namanya serta ambil barang kemas miliknya. “Sewaktu dia pulang ke kampung bulan lalu, saya terpaksa membelikan tiket penerbangan untuknya sebanyak dua kali. Ini kerana dia terlepas penerbangan pertama selepas ujian calitan dibuatnya di lapangan terbang tidak lepas.

“Apabila tiba di Indonesia, saya dapati dia rupa-rupanya sempat memburukkan saya depan kawan-kawan saya. Bahkan dia turut mengatur keuntungan puluhan ribu ringgit malaysia dengan menwarkan diri sebagai ejen membawa pembantu rumah dalam kalangan kenalan saya.

“Lebih mengejutkan dia turut ambil barang kemas milik saya, Itupun saya dapat tahu daripada rakan Lisdawati yang mendedahkan dia akan mendapat wang besar selepas menggadainya di Indonesia,” katanya.

Puteri Sarah juga mengakui k.es ini bukan yang pertama kalinya dialaminya apabila pembantu rumah melarikan diri. Bagaimanapun, dia terkilan apabila perangai Lisdawati adalah yang paling teruk.

“Selama 2 tahun bekerja dengan saya dia adalah pembantu yang sangat baik, bahkan saya menjaganya dengan baik, beri keperluan cukup dan sentiasa berikan pelepasan untuk pulang kampung. Tak sangka rupanya sifat sebenar dia terbongkar baru-baru ini.

“Dia juga enggan kembali ke sini selepas saya menyuruhnya berbuat demikian kerana mahu tolong perbaharui permit kerjanya yang tamat tempoh,” katanya lagi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : Instagram Puetri Sarah Liyana

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*