Pernah Buat Wasiat Mahu Dikebumikan Secara Perempuan, Namun Lain Yg Terjadi Kepada Pelawak P0ndan Setelah Dia Meninggal Dunia

Selebriti dan pelawak tr4nsgend3r Ind0nesia, Dorce Gamalama meninggal dunia pada usia 58 tahun akibat C0vldl9.

Berita duka itu disahkan rakannya, Hetty Soendjaya yang memaklumkan Allahyarham menghembvskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 pagi Rabu selepas beberapa hari melawan C0vldl9.

“Iya meninggal pukul 7 pagi di Rumah Sakit Pertamina kerana C0vldl9. Jadi j3nazah tidak dibawa pulang dan diuruskan di h0spital.

“Mohon doa dan maaf atas kesalahan beliau,” ujarnya seperti dipetik DetikHot.

Sementara itu, biarpun pernah membuat wasiat mahu dikebumi kan secara perempuan, namun ahli keluarganya, Mimi memaklumkan Allahyarham akan urus kan mengikut syariat Islam.

Malah, ustaz yang menguruskan j3nazah juga memberitahu hal yang sama iaitu dikebumi kan sebagai seorang lelaki.

“Tentang proses pemakaman Dorce, rencananya akan dis0latkan dulu di masjid wakaf Bunda Dorce, Al Hayyu.

“Dolce memang mahu dikebumi sebagai perempuan, tapi menurut ustaz Anan itu hanya keinginan, tetap akan dikebumikan sebagai lelaki,” ujarnya seperti dipetik Liputan6.

Dorce yang juga seorang penyanyi itu diketahui menghidap penyakit di4betes dan batu karang pada 2019.

Allahyarham men galami masalah kesihatan yang teruk dan sering keluar masuk hospital sejak 2020.

Arwah juga pernah membuat video meminta bantuan pihak berkuasa untuk membiayai kos rawatan perubatan nya.

Allahyarham lahir dengan nama Dedi Yuliardi Ashadi pada 21 Julai 1963. Beliau merupakan seorang pelawak yang pada awal nya sering membawa watak perempuan.

Jenazah Dorce disolatkan di Masjid Al Hayyu, Lubang Buaya, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Umum, Bantarjati, Jakarta Timur.

Sebagai peringatan, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 memutuskan bahawa seseorang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki manakala seseorang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun (lelaki atau perempuan itu) berjaya menukar kan jantinanya melalui pembedahan.

Pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pem bedahan adalah haram dari segi syarak.

 

Sumber : Mstar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*