Beberapa hari lalu, tular di media sosial perkongsian seorang pengguna Facebook, Muhammad Hanis yang mendkwa adik lelakinya, seorang pekerja sambilan di cawangan McDonald’s Forest Height di Senawang telah menerima layanan tidak wajar dari pengurusan di cawangan tersebut.
Menurut Muhammad Hanis, adiknya Aniq Ashraf yang juga seorang Orang Kelainan Upaya Dysl.3xia tidak dilayan seperti pekerja normal lain apabila salah seorang dari pengurus hanya menganggapnya seperti nombor dan bukan sebagai manusia biasa. Ini kerana mereka hanya merujuk adiknya sebagai ‘nombor’ walhal pekerja lain dirujuk mengikut nama masing-masing di dalam jadual harian pekerja. Lebih menaikkan kemarahan keluarganya apabila pengurus berkenaan turut menggelarkan adiknya dengan panggilan ‘bodoh’.
“Kalau U manusia bukan nombor pastikan lobi aku tak bersepah penyapu dekat luar. Manusia dia dengar cakap, kalau nombor dia tak dengar cakap, dia bodoh sikit,” tulis pengurus biadap tersebut menerusi satu perbualan WhatsApp.
Berang dengan perkara tersebut dia kemudian cuba menghubungi pengurus biadap berkenaan namun usahanya tidak berhasil apabila panggilannya tidak dijawab. Dia kemudian bertindak menghubungi McD berkenaan dan dimaklumkan bahawa pengurus terbabit tidak datang bekerja.
Lelaki ini kemudian berjaya bercakap dengan pengurus cawangan berkenaan. Mengakui tindakan pengurus terbabit adalah bersifat peribadi, pengurus cawangan ini kemudian memaklumkan akan cuba menasihati anak buahnya itu.
“Dah bertalu-talu aku m.4ki kan ‘Tan Sri’ ni, aku call semula McD ni and cakap dengan store manager dia, seorang perempuan anak namakan dia ‘Nor’. Aku minta dia explain pasal benda ini dan dia bagi tahu tak boleh buat apa, itu tindakan anak buah dia sebagai individu dan dia tak boleh nak halang. Dia akan cuba bagi nasihat dan aku nak Tan Sri ni diambil tindakan. “Aku demand untuk jumpa store manager (Nor) dan Tan Sri ni sekali yang acah-acah pandai sebab bd.0hkan seorang invidu yang bergelar Orang Kurang Upaya,” tulis Hanis lagi.
Namun apa yang lebih mengejutkan lelaki ini ialah semua pekerja berstatus Orang Kurang Upaya di sana dirujuk sebagai nombor dan bukan nama seperti staf biasa. Jelasnya, perbuatan ini adalah satu bentuk diskriminasi terhadap golongan orang kurang upaya yang bekerja di sana.
Ini Tindakan McD Tentang Apa Yang Berlaku
Terbaharu, McDonald’s Malaysia yang menghubungi The Rakyat Post memaklumkan pihaknya sudah pun menjalankan siasatan dalaman berhubung isu berkenaan. Hasil dari siasatan mereka mendapati perbuatan pengurus restoran terlibat adalah tidak wajar dan telah melngg.4r dasar kepelbagaian dan keterangkuman McDonald’s justeru dia bakal dikenakan tindakan.
Sudah berhubung dengan keluarga
Menurut McD lagi, mereka juga sudah berhubung dengan keluarga krew terlibat untuk memohon maaf dan menyelesaikan isu yang timbul. Kenyataan berkenaan turut dikongsikan McD di laman sesawang mereka.
Sumber: News
Leave a Reply