Sasha Elite Ditudvh Perampas & Punca Suami Mencera1kan Bekas Isteri?

Baru empat hari berumahtangga, timbul pula cerita kurang enak mengenai penyanyi Sasha Saidin yang did4kwa menjadi punca suaminya Sirhan Wahab yang bercer4i dengan bekas isteri sebelum ini .

Bagaimanapun, Sasha,43, dan juga suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan itu menegaskan segala tuduhan itu adalah tidak benar.

“Kami ingin menjelaskan bahawa berita yang disebarkan oleh seseorang individu tentang rumahtangga kami ini ialah fitnah semata-mata. Kami tahu siapa yang tulis e-mel itu dan inshaallah Allah SWT akan memaafkannya.

“Alhamdulillah majlis pernikahan dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan kami. Kita ini manusia dan hanya mampu merancang tapi sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah SWT,” katanya.

Sasha diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog memaparkan kiriman e-mel daripada individu yang mendakwa Sasha menjalinkan hubungan dengan Sirhan sejak Oktober 2015 dan pernah bercuti bersama-sama ke Itali dan Belanda pada 2019.

Menerusi kiriman e-mel tersebut, Sirhan,42, dikatakan pernah berkahwin dan membawa bekas isterinya itu tinggal bersama di Dubai namun pasangan itu bercerai pada Ogos 2019 selepas wanita berkenaan selamat bersalin anak pertama mereka.

Malah suami Sasha juga dituduh telah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata demi mengejar cinta anggota kumpulan Elite itu.

Selain itu, individu tersebut turut mendakwa keluarga Sirhan tidak merestui perkahwinan mereka berdua.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Zain Saidin ini memberitahu dia akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu(UAE) mengikuti suaminya yang bekerja di negara itu. Pasangan itu juga memilih untuk menunaikan umrah sebagai bulan madunya dalam masa terdekat.

“Keputusan untuk mengikuti suami dan berhijrah ke sana adalah keputusan saya sendiri. Insyaallah saya akan berpindah dalam masa terdekat. Selain itu, saya dan suami juga akan menunaikan umrah, kami mahu berbulan madu di sana,” katanya.

Untuk info, Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner namun bercer4i empat tahun selepas itu. Perkahwinan keduanya dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono turut berakhir pada Julai 2012 dan mereka mempunyai anak Adam Aryasenna Notoesomarson yang kini berusia 11 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Berita Harian,mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*