Akhirnya hakim ini dedah punca Ali Puteh kalah saman terbongkar. Hakim beritahu ini yang terjadi selepas 2 hari abam pergi menghadap ilahi

“Saya sudah rasa lega.” Demikian respons ringkas balu Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali selepas menang kes saman ftnah yang dfailkan adik iparnya, Ali Puteh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.Katanya, dia juga meminta orang ramai menitipkan segala doa yang baik untuk diri dan juga anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak,” katanya dalam nada sebak. Kenyataan fitnah yang dibuat oleh Ali Puteh terhadap kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali dalam laman sosial Instagram, disifatkan amat menjatuhkan maruah dan mengaibkan wanita itu lebih-lebih lagi dalam keadaannya yang baru kehilangan suami.

Mahkamah Seksyen di sini hari ini berpendapat, kata-kata Ali Puteh yang ditujukan kepada balu Abam Bocey sangat melampau sedangkan dia masih bersedih dan kerisauan untuk membesarkan anak yang masih kecil.

Ali, Keluarga Ajak Hidayah Bincang Pasal Harta Pada Hari Kedua Abam Pergi

Hakim Zulqarnain Hassan berpuas hati, pihak yang mengejar harta bukannya Siti Nor Hidayah sebaliknya Ali Puteh dan keluarganya kerana mereka yang mengajak wanita itu berbincang mengenai harta Abam Bocey pada hari kedua pemergian Abam.

Pada hemat beliau, Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan dan kakaknya, Sharifah Nor Wahidah berniat menguruskan harta Abam Bocey apabila mengambil telefon dan beg duit Abam pada hari kedua pemergianya.

“Mereka seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri Abam yang dalam dilema untuk mengharung masa depan dan membesarkan anak yang masih kecil dalam persekitaran yang tertekan,” ujar hakim berkenaan ketika membacakan keputusannya.

Mahkamah menyifatkan kata-kata itu amat keras dan melampau seolah-olah isteri Abam adalah spesies yang kerjanya ambil harta orang tanpa hati dan perasaan. Ujarnya, perkataan aib tersebut jika ditujukan sekalipun kepada pesakit yang uzur dan terlantar di hospital, dia akan cuba bangun dan mempertahankan maruahnya.

Terdahulu, Zulqarnain memerintahkan Ali Puteh membayar ganti rugi am RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah kerana memfitnahnya dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu. Beliau memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan saman balu Abam Bocey terhadapnya dengan kos RM13,000.

Dalam prosiding sama, mahkamah turut menolak tuntutan saman Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya terhadap usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan Siti Nor Hidayah berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Youtube usahawan kosmetik itu.

Mahkamah turut membenarkan permohonan Siti Nor Hidayah untuk mendapat perintah injunksi bagi menghalang Ali Puteh menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya. Dalam keputusannya, Zulqarnain turut mendapati, Siti Nor Hidayah dilayan secara dingin oleh keluarga Ali Puteh berdasarkan temu bual dalam laman YouTube berikutan keengganan mereka pada awalnya untuk memberikan kunci kereta untuk ke klinik.

Ujar hakim itu, keluarga Abam malah mencabut cukai jalan kereta selepas mengetahui Siti Nor Hidayah bercadang pulang ke kampung. Pada hemat Zulqarnain, mahkamah tidak menerima pembelaan plaintif-plaintif bahawa balu tidak boleh menggunakan kereta, mengambil wang dalam dompet atau menggunakan telefon atas alasan urusan harta pusaka belum dimuktamadkan.

Beliau berpuas hati, tiada keterangan yang dikemukakan oleh plaintif yang menunjukkan wujud undang-undang bahawa sekiranya seorang suami pergi menghadap illahi, isteri dilarang sama sekali untuk menggunakan harta suami walaupun untuk kebajikan.

“Jika digunakan sekali pun kereta suami atau diambil wang suami untuk berbelanja, tiada apa yang melarang harta pusaka tidak boleh diagihkan atau diputuskan kerana ia boleh dipulangkan semula kemudiannya,” ujar Zulqarnain. Mahkamah turut berpuas hati, wang RM10,000 yang diambil oleh isteri Abam bukan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, sebaliknya ke dalam akaun anaknya.

Zulqarnain turut berpuas hati, layanan dingin yang diterima seolah-olah menunjukkan Siti Nor Hidayah bukan ahli keluarga terbukti apabila isteri Abam dikeluarkan daripada WhatsApp kumpulan keluarga Abam. Menyentuh penglibatan Aliff Syukri, mahkamah berpuas hati usahawan itu tidak berniat jahat untuk berkonspirasi bersama Siti Nor Hidayah untuk memfitnah plaintif-plaintif kerana temu bual itu bertujuan membantu isteri Abam.

Sehubungan itu, saman keempat-empat plaintif ditolak selepas mahkamah berpuas hati mereka gagal membuktikan tuntutannya terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah. Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga tersebut tercetus selepas pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Ali Puteh bersama, bapanya, Syed Mohd. Ridzuan Syed Hassan, 67; ibunya, Sabariah Arshad, 63; dan kakak sulungnya, Sharifah Norwahidah, 44, memfailkan saman fitnah terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah pada Julai 2020. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga selaku plaintif. – UTUSAN

Kalah kes saman dengan isteri Abam. Terkejut bila Ali tak teragak nak ambik tindakan mahkamah kalau ada warganet buat benda ni.

Pelawak Ali Puteh akur dengan keputusan Mahkamah Seksyen, di sini, hari ini yang memerintahkannya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu. Hakim, Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Hidayah selaku plaintif terhadap Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selaku defendan.

Ia berhubung hantaran ‘Bile balu Abam berhati binatang!!!’, pada dua tahun lalu. Ali berkata, dia bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.

Saya Tak Teragak-Agak Ambil Tndakan Mhkamah, Klu Ada Panggil Saya Ali Hitam Dan Ejekan Tubuh”- Ali Puteh

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akan mengambil tindakan terhadap warganet yang menghina fizikalnya secara keterlaluan. “Kalau ada yang panggil saya dengan gelaran Ali Hitam dan bermain dengan body shaming (ejekan tubuh) agak melampau dan babitkan keluarga, saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan mahkamah.

Negara kita ada undang-undang dan kalau mereka melampau sangat, perkara ini akan dibawa ke mahkamah. Jangan pula kata saya asyik nak saman saja, sebaliknya mereka sendiri yang nak jumpa saya. Saya akan ‘print screen’ dan ambil tindakan,” katanya.

Ali berkata, dia sudah malas untuk bergaduh dengan mereka di media sosial kerana ia hanya membuang masa. “Cara untuk ajar mereka ialah bawa ke mahkamah. Kalau sembang dalam media sosial takkan habis sampai bila-bila. “Kalau dia salah dan kena bayar denda contohnya RM500,000, barulah kesal dan nak minta maaf.

Saya harap doakanlah yang baik-baik dan jangan memaki hamun kerana ini bulan Syawal. Kalau betul nak jumpa saya boleh datang mahkamah,” katanya. Terdahulu, kemelut keluarga membabitkan Ali dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali memaksa kes ini dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ia sudah didengar di hadapan Hakim menerusi prosedur yang berlangsung secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu. Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman pada 27 Ogos tahun lalu. Ibunya Sabariah Arshad adalah plaintif pertama diikuti bapa, Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua), kakaknya Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga) dan Ali (plaintif keempat).

Tindakan ini dibuat sebagai tindak balas terhadap kakak iparnya yang terlebih dulu bertindak menyamannya dengan tuntutan mencecah RM900,000. Pelawak Ali Puteh bersedia menghadapi sebarang kritikan daripada warganet selepas diperintahkan membayar ganti rugi am RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali kerana memfitnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.

Ali berkata, dia tiada masalah untuk berdepan dengan netizen yang akan menghentam atau mencemuhnya di laman sosial. “Dalam dua tahun ini, saya sudah bersedia menghadapi apa saja kritikan. Saya sudah maklumkan kepada keluarga, menang pun kita kena, kalah pun kita kena.

“Jadi, saya tiada masalah dengan warganet sebab kita tahu apa yang kita lakukan dan apa sebenarnya yang terjadi,” katanya. Menurut Ali, dia tidak akan menggunakan platform media sosial untuk membuat sebarang luahan atau ketidakpuasan hati kerana bimbang akan mengganggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

“Kalau saya kongsikan apa-apa lagi di media sosial, saya bimbang akan berlaku masalah di Mahkamah Tinggi. “Tentang warganet, saya memang tak risau apa-apa pun,” katanya. Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat selepas keputusan kes saman fitnah diputuskan hakim, Zulqarnain Hassan semalam.

Pada Mei 2020, Hidayah, 30, memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram yang antara lain menggambarkan dirinya seorang tidak bertanggungjawab. Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya yang lain terhadap Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.

Sumber : Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*