Bilal Ada Geng!! Genap Sebulan Kahwin Ibu Umum Athisha Khan Hamil Anak Sulung?

Pempengaruh dan adik kepada selebriti Noor Neelofa, Athisha Khan memaklumkan dia belum lagi berbadan dua seperti yang diusik oleh ibunya, Datin Noor Kartini.

Menerusi platform TikTok, Kartini berkongsi sebuah video ketika menyambut ulang tahun kelahiran anaknya itu sambil gembira mengumumkan yang Athisha sudah hamil.

Menerusi perkongsian berdurasi 19 saat itu menunjukkan anak kelahiran Kelantan itu terkejut apabila ibunya bertindak demikian dan tampil menjelaskan agar pengikut jangan mempercayai kata-kata ibunya.

“Tak, mama menipu. Jangan,” ujarnya.

Malah Athisha turut menunjukkan simbol X menggunakan dua jarinya yang kemudian diusik sebagai tanda + (hamil) oleh ibunya.

@noorkartini66 Pregnant Alhamdulillah#fyp #fypシ ♬ original sound – Noor Kartini

Sementara itu di ruangan komen, pengumuman tersebut mengundang tanda tanya wargamaya yang rata-rata terkejut dengan berita tersebut.

Tidak kurang juga ada yang sudah menitipkan ucapan tahniah buat Athisha dan Kartini.

“@Ciraaaa :serious lah? wahhhh.”

“@nnataliya:Is she pregnant?”

“@beautyscentbynaf:InsyaAllah aamiin baby 2022 geng Bilal.”

“@ʂɛƖɛŋơ℘ɧıƖɛ :Alhamdullilah Moga dapat cucu cicit yang soleh solehah Aunty.”

“@Shariffah Salbiah Sy:alhamdulillah..di hari ulang tahun..Hadiah yang amat bermakna.”

“@Alyaa Mohamed :auntie, saya aminkan moga-moga nanti boleh geng dengan Bilal.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 180,000 tanda suka daripada warga TikTok.

Terdahulu, Athisha dan pasangannya Wan Amirul Haiqal mendirikan rumah tangga pada 22 Januari yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Athisha Khan (@athishakhan)

Pasangan itu dinikahkan oleh sendiri oleh bapa Athisha, Datuk Abdul Halim Khan di sebuah majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*