Ini 5 Bukti Wan Sharmila Adalah Orang Yang Sesuai Buat Shuib Jadikan Jodohnya!

Sebelum ini, nama pelakon Wan Sharmila dipetik kononnya merupakan individu yang memeluk anak perempuan kepada pelawak, Shuib Sepahtu dan Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Dzahirah Talita Zahra atau Dekta dalam rakaman video yang tular baru-baru ini.

Berikutan itu, Wan Sharmila tampil menafikan dia merupakan individu dalam video yang dilihat memeluk Dekta. Dekta dilihat begitu mesra memeluk wanita yang identitinya dirahsiakan.

Namun, sehingga kini masih belum diketahui siapakah wanita di sebalik rakaman video tular itu.

Terkini, menerusi perkongsian video di laman Instagram Allayarham Siti Sarah, Wan Sharmila atau mesra disapa Lala bertentang mata dengan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu di sebuah pusat membeli-belah.

Rakaman video itu menerima lebih 170,000 tanda suka dan hampir 2000 komen daripada pengikut. Rata-ratanya mengakui turut sebak menonton pertemuan Talita dengan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini. Malah, ada yang berpendapat wajah Talita seiras dengan pelakon tersebut.

Selain itu, peminat turut mengatakan bahawa Lala sememangnya sesuai digandingkan bersama Shuib berikutan ciri-ciri keibuannya yang dapat dilihat semasa bersama Dekta.

Di samping itu, Lala juga menepati ciri-ciri sebagai wanita pilihan Shuib dan cita rasa ibu Shuib sendiri. Dalam satu entri, ibu Shuib, Wan Salamiah berkata calon isteri Shuib itu mestilah pandai memasak kerana anaknya itu kuat makan.

Menerusi Instagram Wan Sharmila itu sendiri, sememangnya dia seorang yang gemar dan pandai memasak. Sebut sahaja masakan melayu kampung atau makanan barat, Lala memang boleh masakkan semua!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila)

Sebelum ini, apabila disoal mengenai ciri-ciri wanita idaman, Shuib memberitahu dia suka wanita yang manja dan pandai menyanyi. Ciri ini juga terdapat pada Wan Sharmila , malah dia juga merupakan pelakon berbakat tanah air.

Wan Sharmila juga mengakui telah jatuh sayang serta turut memuji keperibadian Talita sebagai seorang yang sopan santun dan menghirmati orang yang lebih dewasa.

Malah, bapa mertua Shuib iaitu Raisuddin Hamzah juga mengenali ibu saudara Wan Sharmila iaitu pelakon veteren, Wan Maimunah apabila mereka bersama melakonkan sebuah drama berjuduk Ampunkan Dosaku pada 2012.

Walaubagaimanapun, Wan Sharmila enggan mengulas lebih lanjut menegnai pertemuan mereka kerana bimbang disalh erti oleh mana-mana pihak.

“Kalau boleh saya taknak ulas lebih lanjut mengenai pertemuan itu, bimbang pasti orang boleh salah faham pula.

“Apa-apa pun doakan yang baik-baik untuk saya dan jaga Talita sekeluarga”, ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Instagram Siti Sarah, Wan Sharmila

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*