Hantaran Rm22,222,22, Zul 2 By 2 Dan Intan Maya The Girls Selamat Bernikah

“Alhamdulillah…apa yang dirancang akhirnya jadi kenyataan apabila saya selamat bernikah dengan Intan Maya,” kata penyanyi dan komposer Zul 2 By 2 yang bernikah buat kali kedua semalam.

Zul, 50, atau nama sebenarnya Zulkifli Majid memilih penyanyi juga bekas anggota kumpulan The Girls itu untuk mengisi kekosongan hati selepas bercerai dengan penyanyi Ismaliza Ismail atau Isma AF7 pada 2018.

Foto: IG

“Kami sah bergelar suami isteri pada jam 10 pagi di masjid Taming Jaya, Balakong. Tarikh istimewa ini dipilih oleh saya sebagai kenangan buat kami berdua.

“Bukan saja tarikh, malah wang hantaran diberikan kepada isteri juga berjumlah RM22,222,22,” katanya.

Zul mula mengenali Intan Maya secara dekat pada majlis berbuka puasa April, tahun lalu dan mereka kemudian bertunang pada Jun. Sebelum itu, kedua-duanya hanya kenal sebagai rakan artis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zul2by2♥️MayaTheGirls (@zul2by2)

Menerusi perkahwinan mereka yang terdahulu, Zul mempunyai lima anak, manakala Intan Maya pula mempunyai empat cahaya mata.

Intan Maya, 39, pula berkata, dia hampir tewas dengan ujian yang dilalui beberapa hari menjelang pernikahan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zul2by2♥️MayaTheGirls (@zul2by2)

“Banyak juga dug4an antaranya penyediaan dokumen kahwin yang terlalu ketat, sampaikan terfikir nak batalkan saja. Tapi, bila dah selesai akad nikah, kami rasa seperti terlepas satu ujian yang sangat berat.

“Dugaan lain pula ialah adik saya dari Johor nak datang ke sini bawa kek kahwin, namun malangnya kereta ros4k hingga kek ca1ir. Dia menang1s kerana tak dapat bersama saya.

“Jurusolek pula positif Cov1d-19 dan akhirnya saya terpaksa bersiap sendiri. Tiga anak abang Zul juga positif dan hanya seorang yang dapat hadir,” katanya.

Intan Maya berkata, Zul juga pernah melahirkan rasa bimbang sekiranya dia bertindak membatalkan perkahwinan mereka dengan apa yang berlaku.

“Banyak sangat tekanan yang dilalui. Sebenarnya tempat kami nak bersanding pula kena ribut yang berlaku sebelum ini.

“Dalam hujan lebat saya berdoa kepada Allah agar permudahkan mana yang tak kena. Jika betul ada jodohku, kau permudahkanlah.

“Rupanya abang Zul pun berdoa yang sama. Saya suruh dia berdoa ketika hujan dan akhirnya satu demi satu urusan dipermudahkan,” katanya.

Mereka yang pernah menyanyi duet lagu Tugu Cinta belum merancang bulan madu atau mempunyai anak kerana mahu fokus pada rakaman lagu Hari Raya bersama Sheeda dangdut, Wan Scoin dan Sam Suhaid selepas ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*