Pertama kali buat macam ni. Sekali Shuib nyanyi lagu Kesetiaan buat ramai yang tumpang sebak.

9 Ogos 2021 menjadi satu tarikh yang akan dikenang oleh pelawak dan usahawan terkenal, Shuib tatkala isteri tercintanya, Allahyarham Siti Sarah pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya. Kini, Shuib dilihat sibuk menguruskan anak-anak serta peniagaannya.

Mungkin apa yang kita lihat di media sosial, nampak Shuib seperti kuat untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak, namun jauh dari sudut hatinya tiada siapa yang tahu betapa peritnya menahan rindu terhadap insan tersayang.

Shuib nyanyi lagu Kesetiaan

Menerusi video yang dimuat naik oleh Its Me Myjaaaa di TikTok, Shuib dilihat membuat Live di Instagram. Namun apa yang meruntun jiwa warganet apabila pelawak berusia 38 tahun itu menyanyikan lagu Kesetiaan yang dinyanyikan oleh Allahyarham isteri tercinta.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan Shuib mengusap kepalanya dengan mengatakan bahawa ini merupakan pertama kali dia menyanyikan lagu berkenaan. Rasanya seumur hidup first time nyanyi lagu ni. Tak pernah nyanyi lagu ni. Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi satu minit itu meraih lebih 242 ribu tontonan dan mendapat lebih 28 ribu tanda suka ti TikTok. Video: Klik link

‘Shuib seorang lelaki yang kuat’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak dapat menahan sebak apabila Shuib menyanyikan lagu berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang mengatakan Shuib ada seorang yang sangat kuat menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

 

Sumber : itsmemyjaaa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*