‘Biarlah Dia Sendiri Buat Keputusan’ – Ibu Neelofa Tetap Tak Bagi Walaupun Keluarga di Kelantan Minta

” Kita hormat pilihannya..”

Demikian penjelasan ibu kepada selebriti popular Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang menyerahkan keputusan kepada Neelofa untuk berkongsi gambar cucunya, Muhammad Bilal kepada umum.

Menurut Kartini, sehingga kini dia tidak pernah bertanya kepada anaknya kerana ingin menghormati privasi dan pilihan Neelofa.

” Saya tak pernah sebab keluarga terdekat di Kelantan pun tiada gambar Bilal. Mereka minta pun kami tak bagi.

” Jika diikutkan setiap hari dia akan mengirimkan gambar Bilal walaupun setiap hari berjumpa mereka. Namun, saya tidak akan ambil gambar atau tanya bila dia mahu kongsi.

” Biarlah dia sendiri yang buat keputusan. Kita hormat pilihannya. Saya pun kalau ikutkan banyak benda nak tanya tapi tidak diluahkan sebab ini adalah kehidupan dia.

” Saya percaya sekarang ini pun sudah ramai yang bertanya bila dia mahu ded4hkan wajah Bilal.

” Jadi sebagai ibu saya kurangkan pertanyaan itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid, di sini, hari ini.

Menurut Kartini, Neelofa tidak berdepan sebarang masalah besar ketika menjaga Bilal.

” Selepas berpantang di hspital dan di rumah saya selama seminggu, Neelofa kini memilih untuk berpantang di rumahnya sendiri kerana lebih memberi keselesaan.

” Namun, setiap hari saya akan luangkan waktu di rumahnya selama beberapa jam.

” Walaupun dia sudah ada pengalaman menjaga anak saudaranya sebelum ini, tapi menjaga anak sendiri sangat berbeza.

” Jadi sebagai ibu saya cuba ingatkan mana yang patut. Neelofa seorang yang cepat belajar dan tiada masalah untuk menyesuaikan diri bergelar isteri dan ibu.

” Alhamdulillah Bilal pun mudah sangat untuk dijaga dan tak banyak meragam.

” Bagi saya yang memiliki anak yang ramai dan melihat keadaan Bilal, saya rasa semua dia mudah untuk diuruskan.” katanya.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan mereka selamat menimang cahaya mata pertama 29 Januari lalu.

Neelofa beri gambar macam duduk dalam penj4ra?

Sementara itu pada 16 Februari lalu, Neelofa mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sekeping foto berwarna hitam putih memaparkan sebuah pintu pagar atau jeriji besi.

Neelofa ketika itu turut memberitahu seoalah-olah gambaran hidupnya yang sedang terkurung atau terpenj4ra.

” Kenapa pada fasa awal kehamilan dan berpantang terasa seperti duduk di dalam ini?”

Tidak menyatakan secara jelas mengenai situasi terkininya ketika itu, bekas pengacara MeleTOP itu seperti ingin memberitahu kepada umum tentang emosi dan fizikalnya yang sedang terkurung.

Enggan membiarkan dirinya melalui situasi tersebut seorang diri, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 33, itu turut meminta pandangan ramai dalam InstaStorynya.

” Secara emosi dan fizikal. Saya seorang yang rasa begini atau ramai juga melalui perkara sama?

” Adakah normal? Boleh kongsi nasihat atau pengalaman?” katanya.

Terdahulu, Neelofa yang kini sedang melalui fasa berpantang selamat melahirkan bayi lelaki sulungnya, Muhammad Bilal pada 31 Januari di sebuat pusat perubatan swasta di ibu negara.

Sehingga hari ini, isteri kepada pendakwah terkenal, Haris Ismail itu tidak berkongsi wajah Bilal kepada umum.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021.

Suaminya, PU Riz memaklumkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan bayi mereka ketika itu berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Haris turut memberitahu mereka memilih nama Muhammad Bilal untuk bayi berkenaan.

” Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

” Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

” Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua.

” Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.” ujar PU Riz.

 

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*