[VIDEO] Hafiz Mahamad Menangls Terharu AINAA Clinic Dibenarkan Beroperasi

Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menangis terharu ketika dimaklumkan klinik kulit miliknya, AINAA Clinic kini telah dibenarkan untuk beroperasi setelah mendapat kelulusan.

Hafiz Terharu 

Menerusi sebuah hantaran video di Instagram, kelihatan Hafiz terduduk dan mengalirkan airmata ketika mengetahui akan berita baik itu. Menurutnya, dia berasa terharu dan penat lelahnya selama 5 tahun untuk merealisasikan impian untuk miliki klinik kulit sendiri bersama isteri tercinta, Syafiqah Aina akhirnya tercapai.

“Terduduk & sujud syukur saya terima berita ini. Baca lah apa yang saya tulis & awak akan faham

“Saya dah 2-3 hari tak balik rumah sebab kerja. Tengah buat settlekan team di stesen tv tadi & tiba tiba staff saya update

“Mengalir air mata & lembik terus tubuh badan saya. Allah baik sangat, saya hampir “giveup” untuk teruskan usaha apa yang saya nak ini

“5 tahun saya impikan benda ini, 5 tahun kerja keras bersama pasukan. Kurang masa untuk anak isteri saya hanya untuk bina “hadiah & sejarah” ini” tulis Hafiz

Klinik Kulit Tempatan Pertama Di Malaysia 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Lebih manis, Hafiz turut dimaklumkan bahawa klinik mereka merupakan klinik kulit tempatan yang pertama di Malaysia. Malah, dia juga gembira akhirnya boleh menjawab persoalan ramai mengenai tarikh pembukaan klinik tersebut.

“Impian saya, saya nak Ainaa ada Klinik Kulit sendiri. Mereka kata, “Ainaa adalah 1st local product yang ada “Klinik Kulit” sendiri & ini sejarah baru

“Bila orang tanya “bila buka” “bila buka”

Saya hanya mampu bag jawapan hujung bulan. Itu lah jawapan saya dari 2020 lagi

“Harini, saya dah boleh bagi jawapan yang tepat” bila akan dibuka. Ia akan jadi manfaat yang besar untuk orang ramai” katanya lagi

Dikesempatan itu, Hafiz turut merakamkan ucapan penghargaan buat Aina yang sentiasa membantu orang ramai dan menjadi pembakar semangatnya.

“Terima Kasih isteriku, abang akan terus bekerja untuk nama awak & mengangkat darjat awak sebagai wanita yang berjaya bantu ramai manusia

“Betul lah. “Kejayaan Demi Kebahagiaan” Ayat ini lah yang ada dalam hati saya sekarang. Bismillah, doakan kami @ainaaclinic” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*